Rabu, 28 November 2012

[ Tentang saya ] Fakta 5 - Saya pernah dipukau....

ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum....

Tentang saya lagi...huhu..Mesti bosan kan...Ahhhh saya tak kira saya nak cerita jugak....

Mengimbau zaman saya jadi budak U dulu. Kejadian berlaku masa saya dan bestfriend cuti semester. Tak silap saya masa nih kitorang berumur 19 tahun....Kitorang jenjalan kat Seremban Parade. Masa tengah window shopping, datanglah seorang mamat asbestos nih. Pakaian memang dah kemas gila. Dia tegur kitorang time tuh. Dia tanya adik nih student ke? Kitorang pun ya kan ajelah kan. 

Lepas tuh mamat asbestos nih bagitahulah yang syarikat dia kerja tuh tengah cari partimer student untuk siapkan kertas kerja akaun. So, kiranya hasil kerja tuh berbayar. Mamat asbestos nih nak offer dekat kitorang kerja tuh. Kitorang nih masa tuh tak fikir panjang dan time tuh fikir memang nak cari duit lebih kan. so,kitorang pun setuju nak dengar pejelasan daripada mamat asbestos nih.

Mamat asbestos nih ajak discuss dekat McD. Kitorang pilih meja yang agak tersorok sikit. Mula mula mamat asbestos nih tanya macam macam lah...Belajar kat mana? Ambik course apa? Dah sem berapa? Lepas tuh bincang pasal kertas kerja akaun yang kitorang kena buatlah kononnya lah kan...Lepas tuh, dia mintak handphone saya. Time tuh saya guna Nokia 3315 aje pun. Baru aje sebulan beli. Time tuh kan Nokia 3310 dan 3315 nih popular. Kira handphone bernilai lah time tuh kan. Mamat tadi nak pinjam call bos dia kononnya. Tapi dia mintak saya keluarkan sim kad saya dan guna sim kad dia aje. Saya tanya handphone mana? Dia jawab handphone dia rosak, masuk air masa dia nak ambik air sembahyang. Saya tak fikir panjang bukak sim kad dan tengok aje dia masuk sim kad dalam handphone saya. Dia dail nombor dan dengarlah dia cakap dengan bos dia. Masa tuh, kitorang tak rasa dia tipu sebab memang dia bincang pasal kertas kerja tuh depan kitorang. Tapi, saya tetap perhatikan handphone saya yang kat dia.....Sayang tuh baru sebulan beli...

Nak dijadikan cerita, dia cakap nak belanja kitorang makan. Dia bagi saya RM50.00 dan dia suruh order apa yang saya dan bestfriend nak makan. Bila dapat duit tuh, terus kitorang tak ingat apa ikut aje arahan dia suruh order makanan. Masa tuh langsung saya tak fikir handphone saya kat dia tuh dah. Duk fikir nak order apa kan...Masa tengah beratur kira kira lima minit lah sebab orang ramai. Saya macam tersedar. Saya terus tanya bestfriend saya, "Eh, yang handphone aku mana?" Time tuh, terus kitorang teringat mamat asbestos tuh. Sekali tengok dekat meja kitorang duduk tadi mamat tuh takde....

Hah, apa lagi. Time tuh dah tak fikir nak order McD bagai. Menggagau kitorang cari mamat asbestos tuh. Kitorang tanya kat sorang minah yang jaga kaunter pertanyaan kat Seremban Parade tuh ada tak perasan mamat asbestos tuh lalu kat situ. Kitorang siap bagi details rupa bentuk mamat asbestos + penyangak tuh. Dia cakap memang tak nampak. Dia tanya apa yang dah jadi? Saya cerita dari A-Z...Dia pun inform kawan kawan dia tapi jawapan diorang menghampakan saya. Diorang cakap lepas nih kena berhati hati sebab sebelum nih memang berlaku kes yang sama kat situ. Orang kena pukau tak sedar apa berlaku....


Sungguh saya rindu sangat sangat kat handphone saya nih. Handphone pertama yang saya beli....First time saya kena pukau. Sebelum nih, saya susah nak percaya dengan orang luar yang tak dikenali.

Sejak kejadian tuh, saya memang lebih berhati hati lah. Saya anggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin rezeki saya nak merasa guna handphone setakat tuh aje....

17 ulasan:

  1. Licik betul cara dia nak kenakan. Kalau kakak pun tak sangka. Tapi betullah bila dah kena jadi pengajaran paling berharga.

    Tak selamat punyalah lelaki tu.

    BalasPadam
  2. alhmadulillah belum ada pglmn cmni..risau gak kan..

    BalasPadam
  3. Bahaya jugak kan, kes pukau ni kita tak tau bila dan bagaimana akan terjadi, cuma mampu berhati-hati jela kan

    BalasPadam
  4. ishhh..bahaya tu kak..nasib la hp 331- je..kalo tab ke..nanges x berlagu la jawabnya..hihi

    BalasPadam
  5. dalam jahat2 tu bagi jugak duit 5o,haish..apa punya orang la kan.huhu...

    BalasPadam
  6. mmg klu ayut pon mcm ssh percaya...tp ttp kena percaya bnda ni...tu kena hati2x slalu..

    BalasPadam
  7. peh giler la mamat tu.. memang dia nak henset sgt kot sampai pukau.. nasib simkad dia kan.. kalau dgn simkad2 akak naya tu..

    BalasPadam
  8. oh henfon ni sgt sush nk cari skrg,

    bahaye nye kn pukau2 ni,,moge kite semua terlindung,,takut

    BalasPadam
  9. bahayanya.... kak ina ingat dari dulu sampai skrg, mak selalu pesan, org xkenal jgn layan.. tp tu la, bila dah kne pukau, mana nak sedar kan...

    take care ye mimi

    BalasPadam
  10. betul la kak..kita kena lebih hati2..seeloknya nak g mana2 mulakan bacaan ayt Qursi..insyaAllah..sy kalau rasa tak aman je, cam nak jmpa orng ke apa, msti baca tu..sebab dok ingt perkara pukau ni je la..

    BalasPadam
  11. susah juga kalau kena pukau nihh, kes kes pukau nih pernah kazen saya kena, hilang beratus dalam kedai ou, tapi xdapat cam siapa yang pukau. rugi rugi.

    BalasPadam
  12. haishhh sampai hati lah mamat asbestos tu buat mcm tu.. tak sayang diri tau !!

    >> dulu sanggup tak makn simpan duit nk beli nokia 3310 nih, tengah femes kan..

    BalasPadam
  13. bahayanyer.sebab tu kalau nik , ade yg dtg tegur walaupun nik duk ngan kwn2, nik tak ambik peduli.sebab takut benda mcm ni la.
    nik selalu biar jea kwn nik yg melayan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.