Khamis, 29 November 2012

Suami muda daripada isteri...Ok ke?

Ada tak antara kawan kawan yang kahwin dengan suami yang lebih muda usianya daripada kawan kawan? Rasanya ada kan...Kira satu group dengan saya lah....Sebenarnya kan ada masalah ke kahwin dengan lelaki muda nih..Tak jadi masalah kan? Ok je kan?

Sebab ada jugak saya dengar kalau kahwin dengan lelaki muda nih, tak matang lah apa lah...Bagi sayalah yang berpenagalaman yang berkahwin dengan lelaki lebih muda dari usia kita nih ada pro dan kontranya...

Pada awal perkahwinan memang saya rasa suami saya tidak matang langsung! Tapi bila dah hidup bersama dengan dia (tahun depan nak masuk lima tahun pun kami berkahwin) baru saya dapat ikut rentak suami saya macam mana. Mana yang silap saya akan tegur. Macam tuh jugak dengan dia. Kalau nak kata dia tak matang saya rasa kadang kadang kita yang perempuan nih ada jugak tak matang tapi jarang lah kan....

Bagi saya takde masalah pun berkahwin dengan lelaki muda nih. Nabi Muhammad pun masa baginda berkahwin dengan Khatijah pun baginda muda daripada isterinya kan? So, takde masalah pun kan? Baginda pandai atur hidup dan didik isteri baginda kan...

Sekarang nih pun saya tengok ramai perempuan yang kahwin dengan lelaki muda. Asalkan lelaki tuh tahu tanggungjawab sebagai seorang suami. Kawan kawan saya pun ramai je yang kahwin dengan lelaki muda. Macam adik saya yang nombor dua pun tak lama lagi nak berkahwin dengan lelaki yang mudah tiga tahun daripada dia. Adik ketiga saya pun nak bertunang dengan lelaki yang muda setahun daripada dia....LAgi pulak adik adik saya nih cakap bakal suami diorang matang daripada usia sebenar. Ok la kan....


Tak kisahlah incik hubby saya lagi muda daripada saya janji dia tahu tanggungjawab dia pada keluarga. Walaupun dia muda, saya tetap hormat dia sebagai suami. Kadang kadang saya rasa dia lagi tua daripada saya walaupun hakikatnya saya lagi tua daripada dia...hahaha.....

Ok je kan kalau suami muda daripada isteri? Takde masalah kan....

Nota kaki* Sebenarnya kan saya tak suka kawan dengan lelaki muda nih...Tapi disebabkan incik hubby nak kawan dengan saya, dia tipu umur dia. Saya nih percaya bulat bulat kononnya dia lebih tua daripada saya. Bila dah kawan baru tahu dia muda daripada saya...Masa tuh, berasap asaplah telinga saya sebab kena tipu...huhuhu T_T

29 ulasan:

  1. sy xde pengalaman, mcm tue jgk family...tp kwn2 ramai yg bersuami muda..tp seyes sy tgk seme kwn2 sy ok jer..xde masalah, wpun beza umur smpai 5 6 tahun..

    BalasPadam
  2. sweet gambar muda2 gitu..umur nie bg falsya just a number..nak kata pasal matang, rasenye ade jugak lelaki yg lagi tua dr kite xmatang lagi..semua nie terpulang kat individu tuh sendri kan..;)

    BalasPadam
  3. org kata,somi muda syg isteri tau kak..-..-

    BalasPadam
  4. saya dgn suami beze setahun tp dia matang jer

    BalasPadam
  5. Encik somi saya 28..muda dr saya..yg penting keikhlasan dan kejujuran dalam rumahtangga ..hehe..eh picture tu lawa la..macam zaman2 dolu dolu

    BalasPadam
  6. xdak mslh rsanya..
    pssstt..tunang saya pn muda setahun dr saya..:)

    BalasPadam
  7. hehe tapi takde la nampak akak tua sgt pon... chill :)

    BalasPadam
  8. ayah saya pun lagi muda dari mak saya....:)

    BalasPadam
  9. org ckp kalau popuan tu kawin ngan lelaki muda ... yg popuan tu akan nampak muda.. tapi kalau popuan kawin ngan lelaki tua popuan tu akan nampak sangat tua... betul ke???

    BalasPadam
  10. Sweet laa akak yg bawahhh sekali tuuuu.. Mesti suami akak minat sangat dekat sampai x bagitahu umur sebenar. :)

    Bagi eiqa x salah pun khawin dgn lelaki yg umur nya lg muda asalkan dia tahu tanggungjawab dia dekat keluarga.. even eiqa tak khawin lagi tp eiqa expert bab gini, ahahha xde laa gurau jee.. hehe

    BalasPadam
  11. tak salah kawen dgn lelakilbh muda...semuanya terletak pada kita sendiri mengemudi rumahtangga

    BalasPadam
  12. Tua-muda bukan isu pun. Yg selalu diperkatakan pilih agamanya. Bila ada pegangan agama insya-allah semua yg lain akan jadi lancar dan teratur...

    BalasPadam
  13. asal kita nampak muda ok la. hehe baru orang kata sebaya dengan suami. padahal diorang xtau pun umur berapa. ada ke orang kata "hey awak umur berapa ?" xda kan.. juz tengok luaran je...

    hana tau luaran je lah. pasal matang xmatang, apa suma tu xtau plak

    BalasPadam
  14. muda or tua x penting, yg penting cara pemikirannya. mcm saya, kitorg husb wife sebaya. msg2 ada tahap kematangan msg2. hehehe

    BalasPadam
  15. kalau tgk gambar, tak nampak mcm awak tua dari suamu pun.

    tak kisah lah hal umo.asl bertanggungjawab kan :)
    ade jea yg tua tapi perangai mcm budak2.

    BalasPadam
  16. yup tak kisah tua muda.. yang penting saling hormat menghormati..

    BalasPadam
  17. takpe...dh Tuhan tentukan jodoh..terimalah seadanya...
    semoga jodoh mimi n hubby berkekalan..

    BalasPadam
  18. hihihi,,,kes penipuan di awal perkenalan..sama la kite tp kite tipu len..kes akak tipu len..hihihi :)

    BalasPadam
  19. Xde mslh pn kawen dgn laki muda,yg pnting diorg leh pegang pd komitmen,.ada je laki yg dah 30 an tp perangai mcm budak2...

    BalasPadam
  20. memang xjadi masalah pon, tu lah namanya jdoh kan kak,,yg pnting ade ciri2 suami yg soleh dh cukop,,pakej btanggungjawab,heheh

    BalasPadam
  21. hihihi akak pulak tak suka umur sebaya...alih2 dapat hubby umur sebaya...

    BalasPadam
  22. alhamdulillah..yg penting persefahaman kan mimie>umur itukan cuma figura :)

    BalasPadam
  23. Saya pon kawin ngn lelaki yg lg muda.. 9 thun lbih muda.. Buat msa ni ok.. Kdg2 dia x matang.. Kdg2 saya yg x matang.. Ntahla, sama je rasanya keadaan rmhtgga kami ngn kwn2 yg kwin ngn lelaki lbih tua. Yg pntg 2-2 pihak tau tggjwp msg2 n family msg2 terima seadanya. Sbb suami tinggi n besar maka rmai yg x perasan jarak umur kami..

    BalasPadam
  24. Saya pon kawin ngn lelaki yg lg muda.. 9 thun lbih muda.. Buat msa ni ok.. Kdg2 dia x matang.. Kdg2 saya yg x matang.. Ntahla, sama je rasanya keadaan rmhtgga kami ngn kwn2 yg kwin ngn lelaki lbih tua. Yg pntg 2-2 pihak tau tggjwp msg2 n family msg2 terima seadanya. Sbb suami tinggi n besar maka rmai yg x perasan jarak umur kami..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.