Serah diri lepas bergambar dengan artis



BUKIT MERTAJAM – Teruja apabila melihat kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri setelah hasratnya merakamkan gambar dengan artisidolanya itu tertunai.

Lelaki tersebut menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.

Sewaktu itu polis sedang melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) yang membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.


Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, apabila lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program tersebut.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya serta meminta izin bagi bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis. 

Sumber : http://www.mediasantai.com

Macam macamlah kan fiil orang kita nih kan? Tapi baguslah kalau serah diri kan....

Nota kaki * Start esok sehingga 29hb nih (Khamis) semua entry2 saya auto publish sebab saya berkursus di Bangi....So, mintak maaf kalau saya terjah blog kawan kawan....Jumaat nih saya  akan terjah blog kawan2....

25 comments:

  1. lawak pun ada..macam-macam pun ada..ini orang pun ada ka?hehehe

    BalasPadam
  2. macam2 kan...
    okay selamat berkursus ye..
    dun notty notty tau !!
    Take Care ~~

    BalasPadam
  3. hehe.. lya baca ni kat paper pon tersenyum.. mcmc2 manusia ni kan... tp ok la tu...

    selamat bkursus pink ummi ;-)

    BalasPadam
  4. hahhaa
    macam2x..
    untung lee saiful apek.. :D

    BalasPadam
  5. ada jugak kes mcm ni? bgus laa... myerah diri ..hihi,,,

    BalasPadam
  6. terbaca juga kat berita harian.hehe kalau cmtu kena artis la wat roadblok

    BalasPadam
  7. selamat berkursus ye ummi...!! hehe...jangan noty2..:P

    BalasPadam
  8. Ha ha camtu pun boleh...dasat pengaruh retis ni..

    BalasPadam
  9. penangan saiful apek. apex yg satu lagi ada? hehehe...

    p/s: nanti sambung baca entri. smlm tgh bw laptop jammed. adehhh...

    BalasPadam
  10. senang camtu.. lepas ni ramai lagi pelakon kena turun padang

    BalasPadam
  11. aik..ada jgk begitu ek..penangan artis ni nama ye..hihihi :)

    BalasPadam
  12. laaa, bagus jugak kalau ramai lagi artis yang join operasi nih, nti semua penjenayah serah diri. haha

    BalasPadam
  13. syabas apek.....kerananya penjenayah tu mau serah diri

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.