Sembelit, ubat dan makcik incik hubby meninggal

ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum...

Entry kali nih panjang dan takde gambar...

Sebelum nih saya ada bagitau lepas kena cirit birit saya kena sembelit kan. Sebelum nih, hari Isnin yang lepas saya kena sembelit jugak tapi tak seteruk sembelit kali kedua nih. Kali pertama dulu, hari yang sama jugak saya membuang. Tapi hari Jumaat yang lepas saya kena kali kedua dan terpaksa menanggung kesakitan sembelit sehari semalam. 

Dah lah hari tuh saya kena sembelit, lepas tuh incik hubby pulak hantar mesej bagitau makcik dia ( kitorang panggil mama ) meninggal dunia. Incik hubby ajak balik Melaka lepas kerja. Saya dah lah sakit menahan sembelit nih lepas tuh dengar pulak berita yang menyedihkan. Lagilah bertambah sakit perut sya nih ha. Lepas balik kerja, saya jempt incik hubby kat KTM. Lepas tuh, kitorang singgah rumah kejap nak packing baju lah. Tapi lain pulak yang jadi. Kepala saya sakit dan turun aje kereta saya terus lari kat sinki muntah2.

Lepas tuh, perut dah sakit terus lah masuk toilet tandas duduk nak membuang. Punyalah lama duduk dalam toilet langsung tak keluar. Saya tukar pulak pergi toilet cangkung kat dapur. Duduk lama jugak tak jugak membuang. Penyudahnya saya keluar toilet, masuk bilik saya terus menonggeng atas katil sambil pegang perut. masa tuh dah nak nangis. Dah kurag sakit, saya kemas baju yang nak bawak balik Melaka. Dah siap berkemas, kitorang singgah rumah makngah jemput Aina dan Auni pulak. Sepanjang perjalanan nak ke Melaka, saya tidur aje sebab tak larat sangat sangat. Dengan kepala sakit dan sembelit lagi.

Sampai rumah mak mentua saya, saya terus masuk bilik. Anak anak memang saya dah tak peduli lagi dah. Saya bukak tudung, terus tidur atas katil sambil menahan sakit perut. Saya ada jugak makan ubat yang kawan saya belikan tapi takde kesan. So, saya tertidur sambil menahan sakit perut. Saya tersedar tidur bila mak mentua saya kejut suruh makan dan pegang dahi saya. Tapi saya tak nak. Mak mentua saya suruh saya tidur aje sambil tuh dia selimutkan saya.

Pukul 12.12 tengah malam saya tersedar, saya suruh incik hubby beli ubat sembelit kat klnik Tanjung Agas, Muar pagi Sabtu nanti. Ubat sembelit tuh kaler kuning dan rasa manis. Dulu masa saya pantangkan Aina, saya kena sembelit saya makan ubat tuh memang berkesan. Ubat tuh bertindak melembutkan najis yang keras dan akan gesa kita membuang.

Sabtu pagi saya bangun lambat. Bangun aje tidur, saya memang tak nak sarapan. Saya terus makan ubat sembelit yang incik hubby beli. Tunggu dalam 30 minit, saya terus masuk toilet nak mandi. Tapi sakit ggesa nak buang dah datang. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan.

Malam tuh pulak, ada kenduri arwah kat rumah tok mak. Makcik incik hubby yang kitorang panggil mama meninggal hari Jumaat lebih kurang pukul 2.00 petang. Sebab apa arwah meninggal biarlah menjadi rahsia kelarga kami. Pemergian arwah betul betul membuatkan seisi keluarga rasa kehilangan. Semoga roh arwah mama di tempatkan bersama orang orang beriman. Saya kesian dengan papa dan satu satunya anak arwah yang ada Ita. Sebab Ahad depan (25.11.12) Ita nak langsungkan perkahwinan. Tapi arwah sempat tengok anak dia nikah sebelm nih. Saya ada buat entry majlis pernikahan Ita sebelum nih. Nak tak nak majlis perkahwinan kena teruskan jugak sebab dah hantar kad jemputan.

Selepas kenduri malam tuh, kitorang bertolak balik. Hari Ahad incik hubby kena balik kem awal.

Hari Jumaat lepas meninggalkan sejarah yang saya tak boleh lupa. Sakit sebab sembelit yang teruk dan makcik incik hubby a.k.a mama meninggal dunia.

Nota kaki* Kawan kawan yang saya janji nak pos keychain hari Jumaat lepas, saya mintak maaf tak dapat pos hadiah kat kawan kawan sebab hari Jumaat tuh saya agak kelam kabut dengan sakit sembelit dan makcik incik hubby meninggal lagi sampaikan saya terlupa nak poskan. Saya mintak maaf Kak Ina, Wani, Haryati, MV dan Ayut.
      
              * Alhamdulillah hadiah Kak Ina, Wani, Haryati, MV dan Ayut saya dah pos tadi. Maaf ye saya janji nak pos hari Jumaat lepas tapi saya pos hari nih lak. Segala kesulitan amat saya kesali...cewah ayat tak hengat!!!Pagi nih, saya buat entry auto publish dulu sebab petang nih saya ada pembentangan kumpulan. Agak busy sikit, tak sempat nak terjah rumah kawan kawan. Nanti dah selesai semua, saya terjah.

15 comments:

  1. al fatihah...

    alaa asal hadiah tu no hal la mimi... sian mimi, selalu jadi camni,..

    BalasPadam
  2. takziah..al-fatihah buat arwah...takpe..lambat pin takpe PU

    BalasPadam
  3. Takziah atas pemergian mama. Moga rohnya tenang di sana.

    Dahsyat juga bila dah kena sembelit sampai muntah bagai. Nampak gaya kena ada stok ubat itu.

    BalasPadam
  4. makan la oat time sarapan pg...insyallah perut ok...;)

    BalasPadam
  5. Hi Ummi, you buat saya ketawa bila bacha your expression, 'cirit birit'. I have not heard nor seen that long time.

    I love your humour....I too had similar problems, kena the grandmother of traffic jams wanted to pee tidak bole. Sikit lagi lepas dalam pants. Nasib baik ada old plastic coffee cup I simpan pencils, etc....and saya buat youga dalam kereta, ha ha.

    By the way, maybe you should minum Chinese green tea, good for you.
    You have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
    Senang datang, ya. No need to bring goreng pisang, ha ha.
    Lee.

    BalasPadam
  6. sis, sy pernah kena sembelit mcm tu..masa tu sek. form 6..sakitnya Allah je yang tahu. Tak makan ubt apa pun. 2minggu jgk kut kena..masa tu tahun 2006. tahun 2007 kena balik after setahun. tahun 2008 pun mcm nak kena.berjaga2..alhmdulillah, sekarang ni klau sakit perut je, bnyk kn minum air masak. insyaAllah ok. then cpat2 pegi toilet.

    salam takziah juga ya sis..

    BalasPadam
  7. Al-fatihah untuk arwah.moga tenang di sana :)

    BalasPadam
  8. Ummi, I think you dropped by my previous posting. Tapa la. Always a pleasure you swing by.
    Best regards.
    Lee.

    BalasPadam
  9. Al-fatihah buat keluarga terdekat...

    npe akak kena skit perut je ek?sbb air kotor ke kak?ke mknan punye pasal..?lame dh kot....

    *ayut pon lmbt bg alamat kan..maaf ye PU :)

    BalasPadam
  10. salam takziah..Al-fatihah buat arwah...ala kak xper psl hadiah tu :-)

    BalasPadam
  11. salam takziah... al-Fatihah buat arwah mama.

    kalau sembelit mmg seksa... minum air masak yg cukup n bykkan makan buah n sayur ye PU..

    BalasPadam
  12. Kak, sy pn ada dgr berita ni... Masa ni sy cuti tp sy tak de kat melaka. Makcik2 sy bgtau. Takziah utk ita dan keluarga. Mesti dia sedih. Btw sy dh dpt kad jemputan ita. InsyaAllah kalau tak de aral sy dtg.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.