Khamis, 22 November 2012

Kahwini perempuan berusia 13 tahun


Sebelum nih kecoh dekat Youtube dan FB tentang perkahwinan pelajar lelaki dan perempuan yang masih muda....Sekarang nih perkara yang sama berlaku di Kedah..Kali nih pengantin perempuan berusia 13 tahun manakala pengantin lelaki berusia 19 tahun....

Apa nak kata kan....Dah dapat restu keluarga...Lagipun dah ketentuan Tuhan....Jodoh pertemuan di tangan Tuhan....Semoga mereka berdua hadapi alam rumahtangga dengan matang.



KULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.

Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.
“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.
Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

“Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.

29 ulasan:

  1. ada elok nya kawin muda untuk elakkan perkara tak elok berlaku..cumanya kawin usia muda ni, kena bnyak bertahan & bersabar la..kalau ada perselisihan faham, xleh nak melenting..then..takut juga kawin awal2 ni nanti cepat *jemu*..mna la tahu kan, kita sekarang belum kenal dunia luar..kenal rmai orng..

    moga2 adik2 ni dapat menjalani kehidupan mereka dgn sebaiknya..

    BalasPadam
  2. MUDA2 DH KAWEN..TP BGS JUGAK,BOLEH ELAKKAN MAKSIAT..

    BalasPadam
  3. awalnya hai.. dah jodoh diorg.. hope berbahagia la..

    BalasPadam
  4. Emmmm..mudanya!.takpe la utk mengelakkan maksiat..& gejala sosial..semoga kedua-dua mereka matang dgn menempuhi alam rumahtangga nanti.

    BalasPadam
  5. semoga mereka bahagia dan berkekalan. insyaallah. nama pengantin dah sama lak tu. hehe =3

    BalasPadam
  6. moga jodoh mereka kekal utk selama2nya...

    xpalah... dah sampai jodoh, nak kata apa... dr buat mksiat, lg malu family dia

    BalasPadam
  7. ha'ah...doakan yg baik2 je utk diorang...

    BalasPadam
  8. moga bahagia selamanya...elok jg kawen awal boleh elak maksiat

    BalasPadam
  9. muda remajanyer... saya taim ni dok main lagi lompat getah & galah panjang.. bebudak sekarang semoga bertabah dan sabar dalam mengharungi alam perkahwinan

    BalasPadam
  10. dh ank nk sgt..family just kna bimbing jela...smga jodoh mereka berpanjangan..amin

    BalasPadam
  11. muke dieorg sama kan..moga2 perkahwinan dieorg di usia yg sgt3 muda nie kekal hingga ke syurga..amin3..

    BalasPadam
  12. bagus kahwin awal ni, dpt elakkan maksiat,,

    moge kuat n tabah pikul tggungjawab suami n isteri n moge kekal hendaknya amin

    BalasPadam
  13. baguslah bkerja..dr situ mmatangkn dorg.. :)

    BalasPadam
  14. no komen tapi pedapat hana.. belajar la dulu.baik akademik or kemahiran belajar masak ka. belajar apa2 ja..huhu.

    BalasPadam
  15. pengantin laki tu, tak nampak mcm 19 tahun pun kan...

    BalasPadam
  16. akak pun ada terbaca kisah ni tghari tadi. dah jodohkan. kita sama2 doakan semoga diaorg kekal bahagia hingga akhir hayat, jauh lagi perjalanan tu

    BalasPadam
  17. mude nye kawin..
    tp bgus la gak tindakan famly nye utk elak maksiat..

    BalasPadam
  18. ada pro dan kons kawin muda. tapinya sbg husben kena galakkan isteri sambung belajar sebab apa2 pun blh jadik in future kan.

    BalasPadam
  19. moga Allah membantu mereka utk melayari hidup berumahtangga... bagus sebenarnya kawin muda ni... sekarang ni dah macam2 yang kita dgr... perkahwinan salah satu cara nak elak dari perkara2 tak baik...

    BalasPadam
  20. muda nya. tapi dah jodoh kan.lagipun keluarga dah restu :)

    BalasPadam
  21. Dah jodoh tu....harap depa betoi2 bersedia menggalas tanggung jawab yg besaq ni..

    BalasPadam
  22. cepat jodoh mereka...moga mereka pandai uruskan keluarga

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.