Calon UPSR melarikan diri

Assalamualaikum....

Alahai...touching bila baca cerita pasal nih....



JOHOR BAHRU : Keriangan 267 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2 di sini semalam meraikan kejayaan bertukar kecoh apabila salah seorang calonnya melarikan diri kira-kira dua jam.
Semuanya bermula apabila nama pelajar terbabit, Hafeq Shakirin Abdul Halim, 12, tercicir daripada senarai pelajar yang berjaya mendapat keputusan 5A di sekolahnya.
Setelah menyedari kehilangan pelajar itu, pihak sekolah dan keluarga Hafeq panik sehingga membuatkan ibunya, Norlida Mohd. Yusop, 36, dan seorang lagi anaknya, Dania Elliana, 9, menangis di tengah-tengah orang ramai.
Selepas dua jam mencari akhirnya Hafeq ditemui di dalam Dewan Jubli Perak yang terletak satu kilometer dari sekolah dalam keadaan menangis pukul 3.10 petang oleh bapanya, Abdul Halim Abdul Manaf, 40.
Hafeq ketika ditemui berkata, dia kecewa apabila namanya tidak disebut oleh guru sekolah sebagai pelajar mendapat 5A walaupun telah memperoleh keputusan cemerlang itu dan mengambil keputusan melarikan diri kerana tidak mahu melihat ibunya bersedih.
“Saya lihat nama kawan-kawan lain yang dapat 5A sudah dipanggil tapi nama saya tidak. Jadi saya tertekan. Waktu itu saya hanya fikir saya tidak berguna untuk keluarga,” kata anak sulung daripada dua beradik itu sambil menangis teresak-esak. – Kosmo

18 comments:

  1. alahai...siannyer..pelajar skrg mmg struggle sungguh2 kan...apdahal baru upsr..kalau spm ni xtau la cmner...

    BalasPadam
  2. takpe la dik. yang penting dah buat yang terbaik. masih ada lagi peperiksaan penting yang adik akan hadapi.

    BalasPadam
  3. kesiannya dia..pihak sekolah kena alert ni

    BalasPadam
  4. kesiannya dia..pihak sekolah kena alert ni

    BalasPadam
  5. kelalaian cikgu jugak ni..huh..rupanya dpt 5A budak ni...

    BalasPadam
  6. alahai..sian dia..
    takut mak marah ehh hehehehe

    BalasPadam
  7. Eh... tak tahulah kenapa kakak pulak tetiba mengalirkan airmata juga.

    Pasti anak ini anak yg cerdik dan sayang ibu-bapanya.

    BalasPadam
  8. alahai..baru upsr dah tertekan mcm ni. zaman dulu, upsr tak rasa apa2 pun.

    BalasPadam
  9. Ya Allah... sampaicamtu sekali yer... rsnya adik ni mesti ank yg baikkan... byglah, diri lari disebabkan xnk tgk ibunya menangis..

    pe2 pun, tajniah utk adik tu sbb berjaya dgn cemerlang..

    BalasPadam
  10. alahai... ni la sebabnya boleh ada kes bunuh diri kalau tak cemerlang. ini baru lari.

    BalasPadam
  11. ada baca gak kat paper psl ni...kesian dia kan xpasal2 lari....apapun tahniah sbb cemerlang

    BalasPadam
  12. bace gak cite ni smlm..mmg bek la bdk ni rasa yer..apa pon tahniahla..dpt cemerlang :)

    BalasPadam
  13. baru 12 tahun dah rasa ada tggjawab pda ibubapa..bagus budak ni :)

    BalasPadam
  14. serius dah berkaca mjata..so touching..kalau akkpun akk sedih jadi ibu dia..betapa sayangnya dia kat ibu dia sampai mcm2 sekali..

    tahniah pd dia sbb memang dengan perangai dia mcm2 tak mustahil dia boleh cemerlang

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.