Khamis, 1 November 2012

Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Kerajaan Malaysia sudah mula mengedarkan Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) bermula hari ini...


Sedikt info:

Kerajaan menjangka mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, 

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ingin mengemaskini data sedia ada seperti pertukaran alamat atau kematian ketua keluarga diminta mendaftar semula.


Boleh kemaskini di 

>>Sini<<


Pendaftaran permohonan bantuan itu bermula pada 1 November ini manakala tarikh tutup akan diumumkan kelak.


 Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah. 

 Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia; 
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Boleh download borang BR1M 2.0 di

>> Sini <<

Ada masalah?

Hubungi sini:

Sebarang persoalan boleh dikemukakan kepada e-mel: br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat bermula 1 November ini.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UPDATE :

Kawan kawan boleh jugak isi borang secara online...
KLIK Sini >>>>  ebr1m.hasil.gov.my

20 ulasan:

  1. alaaaaaa..falsya xleh mohon..sedih..;(

    BalasPadam
  2. nana tunggu voucher buku ni,nak beli novel:)

    BalasPadam
  3. :) yg 1st dh apply utk arwah abah punye...dpt dh...kedua ni,tak kawen lg...hahaha :p

    BalasPadam
  4. hurmmm
    kalau dah terima masa 1st dulu leh mohon utk kali kedua ke dik ??

    BalasPadam
  5. ingatkan boleh apply...xpa, syukur dpt baucer bku :)

    BalasPadam
  6. tunggu dpt utk kali kedua insyaAllah...

    BalasPadam
  7. hehe.. tak layak.tak pe.bagi yg layak kena la mohon.rezeki tu :)

    BalasPadam
  8. Nak cuba apply thn ni sebab tahun lepas tak apply :D

    BalasPadam
  9. dulu abah nurul dapat dah la niepun dapat rasanya=)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.