Jumaat, 30 November 2012

Berjimba jimba @ Putrajaya di waktu malam

1:36:00 PTG 21 Comments
Lepas makan makan dekat Restoran Half Moon, kitorang jenjalan kejap kat Putrajaya....Macam orang jakun lagak saya nih..Macam tak pernah pergi Putrajaya kan....Sempat jugaklah snap bebarapa gambar kat Putrajaya time malam.....














Kagum sangat tengok binaan yang dihiasi dengan lampu lampu yang awesome...Saya paling kagum bila tengok masjid2 dan jmabtan berwarna warni.....Teringin nak bawak Aina dan Auni datang sini tapi tak tahulah bila....Incik hubby memanjang sibuk...Tapi takpelah, saya dah mula mencongak congak masa sesuai nak bawak anak anak berjalan.....InsyaALLAH satu hari nanti diorang akan sampai kat sini jugak...

Makan makan @ Restoran Half Moon

11:54:00 PG 29 Comments
Assalamualaikum....

Alhamdulillah dah settle kursus. Hari nih buat kerja sambil melawat rumah kawan kawan sampai lebam...huhuhu....

Oklah nak cerita pasal makan makan pagi Jummat nih....Malam Rabu lepas, officemate saya yang sama sama kursus dengan saya ajak keluar mkan Nasi Arab. Kitorang pergi berenam, 3 lelaki 3 perempuan....Kawan saya nih dah biasa makan dekat restoran nasi arab nih, dia memang syorkan kalau nak makan nasi arab, datang kat restoran nih memang terbaik....Restoran tuh namanya Restoran Half Moon yang terletak kat Serdang...




Antara menu yang disediakan kat restoran Half Moon nih....


Muka tuan tanah kedaung kena ada jugak walaupun muka tak semenggah...hahaha...Keluar dengan orang muka sememeh takpe, keluar dengan suami takpe cantik cantik...


Makanan yang saya order..Kawan kawan yang lain pun sama order yang nih...Yang nih Royal Chicken harga RM12.00...Memang sedap....


Kasi zoom dekat sikit....Yogurt masam yang atas dia ada minyak zaitun nih tak kena dengan tekak saya. So, saya bagi officemate saya habiskan yogurt nih...Nasi pun banyak, jenuh nak habiskan sampai mengah saya dibuatnya.


Mango Milk ????? Saya terlupa pulak nama air nih yang akhir tuh..Adoilah nampak benar dah tua...hahaha...Air nih sedap tau kawan kawan...Terbaik...


Yang nih kawan saya punya....Bread + Deep Fried Meat kot namanya...Pun tak sure...Harga roti RM2 dan harga daging nih saya terlupa sudah..huhuhu...

Roti nih seelok eloknya makan time panas panas. Kalau makan time sejuk dah tak sedap sebab dah keras...


Yang nih pulak Chicken Kebab...Officemate a.k.a tukang belanja punya order...Sedap tau..Yang kuning tuh isi ayam yang diperap dengan kunyit dan bahan bahan yang sewaktu dengannya...


Yang nih pulak air Mint Tea. Seelok eloknya minum sebelum kita makan tapi disebabkan saya nih dah lapar saya bedal dulu. Perut dah penuh baru minum air teh nih. Lepas minum perut yang tegang rasa lega sikit...Air teh nih kena minum panas panas sebelum makan sebab untuk bagi perut kita kembang. So, lepas tuh baru boleh makan banyak banyak.

Secara keseluruhannya, puas hatilah makan kat sini. Rasanya lain daripada yang lain. Memang terbaik...Thanks to officemate sebab sudi belanja makan malam tuh...Syukur syukur rezeki....

Khamis, 29 November 2012

8 Tanggungjawab Suami kepada Isteri

1:00:00 PTG 20 Comments
8 Tanggungjawab suami kepada isteri adalah: 


1. Mengadakan walimah

Walimah atau kenduri kahwin adalah untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum, agar tak timbul fitnah. Rasulullah memerintahkan agar dibuat kenduri perkahwinan walaupun hanya dengan seekor kambing.

2. Berakhlak baik dengan isteri

Walaupun isteri wajib dengar cakap suami tetapi bukan bermakna suami boleh memberi perintah secara sesuka hati. Rasulullah memerintahkan agar isteri digauli dengan lemah lembut, dan suami hendaklah hormat isterinya. Jika berlaku sebarang kesalahan, tegur dengan lembut, bincang sama-sama. Jangan aibkan isteri atau memarahi secara membuta tuli.

3. Meraikan isteri

Suami tunjukkan rasa gembira bila bersama isterinya. Layan isteri baik-baik. Tidak perlu bagi kemewahan, cukuplah dengan kata-kata yang baik, perbuatan yang baik.

4. Cemburu, tetapi jangan cemburu buta

Cemburu adalah sifat yang dikehendaki dalam perhubungan, dan salah satu ciri-ciri pasangan yang baik adalah berperasaan cemburu. Tetapi cemburu biarlah bertempat. Jangan sampai terlalu cemburu hingga menimbulkan prasangka.
Sifat cemburu seorang suami hendaklah ditunjukkan dengan menjaga dan melindungi isterinya, memerintahkan isterinya berpakaian elok-elok dan menutup aurat, serta melarang isteri ke tempat-tempat maksiat.

5. Sederhana dalam memberi nafkah

Maksudnya tidak terlalu kedekut dan tidak terlalu boros. Berpada-padalah. Tidak salah belikan pakaian cantik bila isteri minta, tetapi biarlah mengikut lunas-lunas syarak dan janganlah membazir kerana membazir itu amalan syaitan.

6. Menggauli isteri dengan sebaik-baik adab

Menggauli di sini maksudnya hubungan suami isteri mestilah mengikut adab. Kekerapan hubungan seks juga harus dijaga, sebagaimana saranan Rasulullah, selang 4 hari sekali adalah yang paling sederhana.

7. Tidak membuka rahsia suami-isteri

Rasulullah bersabda bahawa satu perbuatan yang sangat tercela ialah lelaki yang menyebarkan rahsia hubungan bersama isterinya kepada orang lain. Hubungan suami-isteri adalah rahsia peribadi kehidupan rumahtangga yang perlu dipelihara dan juga melibatkan soal maruah. Rahsia dan keaiban isteri adalah tanggungjawab suami untuk menjaganya.

8. Setia

Semua pasangan perlukan kesetiaan. Ini amat penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga sehingga ke akhir hayat. Hubungan yang jujur dan ikhlas amat disukai oleh Allah.

[ Tentang saya ] Fakta 6 - Hantu telur!

8:00:00 PG 19 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum....

Cerita tentang saya lagi.....Disebabkan entry nih auto publish dan idea nak buat entry tuh kureng, so, saya buat entry tentang diri saya.

Untuk pengetahuan kawan kawan, mama dan mak a.k.a nenek saya gelar saya hantu telur. Sebabnya saya nih memang suka sangat makan telur. Hari hari masak lauk telur pun takpe. Saya suka, saya suka....Cuma saya tak suka kalau telur tuh diubah suai sampai rasanya hilangnya...Ala saya bagi contoh senang lah...Telur tuh dibuat telur pindang...Saya memang tak boleh makan telur macam nih. Masaklah apa jenis lauk yang bertemakan telur memang saya akan makan tapi bukan telur pindang....


Macam macam kan kita boleh masak dengan telur nih....Masak sambal, kicap, lemak cili api, telur bungkus dan macam macam lagi....Telur asin pun saya jugak....

Tak tahulah kenapa saya suka makan telur memang sejak dulu lagi...Dekat rumah WAJIB ada telur kalau takde tak sah...Tapi saya cuba belajar kurangkan makan telur nih sebab kalau hari hari makan telur pun tak elok sangat kan kolesterol tinggi....Tapi apa apa pun saya tak kisah lah orang gelar saya hantu telur ke, petelur tegar ke apa ke janji ada saya kisah...Sungguh kurang asam kan...

Rabu, 28 November 2012

[ Tentang saya ] Fakta 5 - Saya pernah dipukau....

8:00:00 PG 17 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum....

Tentang saya lagi...huhu..Mesti bosan kan...Ahhhh saya tak kira saya nak cerita jugak....

Mengimbau zaman saya jadi budak U dulu. Kejadian berlaku masa saya dan bestfriend cuti semester. Tak silap saya masa nih kitorang berumur 19 tahun....Kitorang jenjalan kat Seremban Parade. Masa tengah window shopping, datanglah seorang mamat asbestos nih. Pakaian memang dah kemas gila. Dia tegur kitorang time tuh. Dia tanya adik nih student ke? Kitorang pun ya kan ajelah kan. 

Lepas tuh mamat asbestos nih bagitahulah yang syarikat dia kerja tuh tengah cari partimer student untuk siapkan kertas kerja akaun. So, kiranya hasil kerja tuh berbayar. Mamat asbestos nih nak offer dekat kitorang kerja tuh. Kitorang nih masa tuh tak fikir panjang dan time tuh fikir memang nak cari duit lebih kan. so,kitorang pun setuju nak dengar pejelasan daripada mamat asbestos nih.

Mamat asbestos nih ajak discuss dekat McD. Kitorang pilih meja yang agak tersorok sikit. Mula mula mamat asbestos nih tanya macam macam lah...Belajar kat mana? Ambik course apa? Dah sem berapa? Lepas tuh bincang pasal kertas kerja akaun yang kitorang kena buatlah kononnya lah kan...Lepas tuh, dia mintak handphone saya. Time tuh saya guna Nokia 3315 aje pun. Baru aje sebulan beli. Time tuh kan Nokia 3310 dan 3315 nih popular. Kira handphone bernilai lah time tuh kan. Mamat tadi nak pinjam call bos dia kononnya. Tapi dia mintak saya keluarkan sim kad saya dan guna sim kad dia aje. Saya tanya handphone mana? Dia jawab handphone dia rosak, masuk air masa dia nak ambik air sembahyang. Saya tak fikir panjang bukak sim kad dan tengok aje dia masuk sim kad dalam handphone saya. Dia dail nombor dan dengarlah dia cakap dengan bos dia. Masa tuh, kitorang tak rasa dia tipu sebab memang dia bincang pasal kertas kerja tuh depan kitorang. Tapi, saya tetap perhatikan handphone saya yang kat dia.....Sayang tuh baru sebulan beli...

Nak dijadikan cerita, dia cakap nak belanja kitorang makan. Dia bagi saya RM50.00 dan dia suruh order apa yang saya dan bestfriend nak makan. Bila dapat duit tuh, terus kitorang tak ingat apa ikut aje arahan dia suruh order makanan. Masa tuh langsung saya tak fikir handphone saya kat dia tuh dah. Duk fikir nak order apa kan...Masa tengah beratur kira kira lima minit lah sebab orang ramai. Saya macam tersedar. Saya terus tanya bestfriend saya, "Eh, yang handphone aku mana?" Time tuh, terus kitorang teringat mamat asbestos tuh. Sekali tengok dekat meja kitorang duduk tadi mamat tuh takde....

Hah, apa lagi. Time tuh dah tak fikir nak order McD bagai. Menggagau kitorang cari mamat asbestos tuh. Kitorang tanya kat sorang minah yang jaga kaunter pertanyaan kat Seremban Parade tuh ada tak perasan mamat asbestos tuh lalu kat situ. Kitorang siap bagi details rupa bentuk mamat asbestos + penyangak tuh. Dia cakap memang tak nampak. Dia tanya apa yang dah jadi? Saya cerita dari A-Z...Dia pun inform kawan kawan dia tapi jawapan diorang menghampakan saya. Diorang cakap lepas nih kena berhati hati sebab sebelum nih memang berlaku kes yang sama kat situ. Orang kena pukau tak sedar apa berlaku....


Sungguh saya rindu sangat sangat kat handphone saya nih. Handphone pertama yang saya beli....First time saya kena pukau. Sebelum nih, saya susah nak percaya dengan orang luar yang tak dikenali.

Sejak kejadian tuh, saya memang lebih berhati hati lah. Saya anggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin rezeki saya nak merasa guna handphone setakat tuh aje....

Selasa, 27 November 2012

[ Tentang saya ] Fakta 4 - Drive kereta laju laju

8:00:00 PG 18 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum.....

Hari nih sambung fakta tentang saya siri keempat pulak..Huhuhu...Macam drama berepisod pulak kan.....Fakta 4 tentang saya yang kawan kawan perlu tahu........

Dulu kan masa baru baru belajar drive kereta, saya takut takut lagi nak drive. Kalau drive menggigil lah kepala lutut nih nak tekan klac dan brek.....Itu dulu....

Tapi sekarang nih, sejak dah terror drive bukan main lagi saya nih. Dah macam drifter aje, drive kereta tak hengat dunia. Terus teranglah saya cakap ye, saya akan drive kereta laju laju bila lambat nak ke sesuatu tempat. Contohnya kalau lambat nak pergi kerja. Confirm drive laju gila. Paling laju saya drive 180km/j...See...Gila tak gila saya nih...

Kalau ada saudara mara yang ternampak saya kat highway drive kereta laju, memang jadi buah mulut lah...Bila sampai ke pengetahuan family saya, yang panggil kuat membebel nenek a.k.a mak lah....Saya just tersengih sambil jawab " Suami borek, isteri rintik "..hahaha..

Saya nih memang suka drive laju laju. Tapi atas highway la, kalau jalan biasa tuh taklah laju, 80km/j je..Paling perlahan saya drive 20km/j tuh pun time hujan...

Sekarang saya tak drive laju laju lagi sejak berlaku beberapa kejadian di muka akhbar. Timbul keinsafan kat dalam diri. Bila saya rasa laju, saya akan lepaskan pedal minyak....Back to normal. Satu lagi yang menyedarkan saya supaya drive perlahan nih bila saya terfikirkan anak anak. Apa akan jadi kat diorang kalau berlaku sesuatu kepada saya....

So, kesimpulannya saya memang suka drive laju laju tapi dulu. Sekarang saya drive biasa biasa aje...

Jumaat, 23 November 2012

Tutorial : Tempek gambar kat entry ( Print Screen)

12:04:00 PTG 15 Comments
Assalamualaikum...

Semalam ada request daripada salah seorang blogger intanfirdaus247 tanya saya macam mana tempek gambar dalam entry tutorial saya semalam. Untuk pengetahuan intanfirdaus247, gambar dalam entry tuh akak guna kaedah print screen dan tempek dalam entry. Akak ajar awak step by step ye....Sebagai contoh akak ajar cara nak ambik header dekat blog akak.


Nih blog akak yang bahagian atas. Let say lah, intanfirdaus247 nak amik header akak saja. Yang lain tak mau.

1. Mula mula intan cari simbol 'fn' dekat keyboard dan 'insert prt sc'. Pastu tekan kedua dua nya secara serentak.
2. Lepas tuh, klik 'Start' (anak panah pink)  dan akan keluar kotak di sebelah kiri. Klik  'Paint' macam gambar kat bawah nih. (yang akak highlightkan dgn kotak pink)


3.  Lepas tuh, klik Paste kat bahagian atas sebelah kiri macam dalam gambar.


4. Bila dah klik Paste, akan keluar blog yang di print screen tadi.


5. Lepas tuh, cara nak amik header tuh, klik Crop. Dah klik Crop, cari satu kotak kecik tepi gambar tadi lepas tuh adjust ikut size yang kita nak. Lepas tuh, leh juga klik Rotate untuk adjust gambar tuh.

6. Bila dah selesai adjust, klik simbol Disket atau Save gambar yang di crop tadi.


Nih lah hasil gambar yang di crop tadi. Just tinggal header aje kan. So, kalau nak tempek dalam entry blog buat macam biasa. Klik kat simbol insert image lepas tuh klik pilih fail/choose file. Nanti intan carilah pic yang di crop tadi dalam fail yang intan save. So, dah siap. Gambar yang di print screen ada dalam entry.

Khamis, 22 November 2012

Tutorial : Top Commenters

2:49:00 PTG 28 Comments
Disebabkan saya berjaya buat scroll box untuk top commenters, ada kawan kawan yang request buat tutor tuh. So share kat sini lah ye....

1. Mula mula korang klik SINI
2. Lepas tuh akan korang akan nampak page macam form kat bawah nih

3. Pastu korang ikut step by step...Macam gambar kat bawah nih..Saya dah siap bubuh anak panah dan nombor sekali..Buat ikut turutan...


a) Mula mula sekali kalau korang nak tukar Widget title tuh tukarlah..Kalau tak pun boleh...
b) Masukkan link blog korang ye kat Enter your blog's URL
c) Isikan tempoh masa yang korang nak...Setahun ke sebulan ke....
d) Masukkan jumlah commenters yang korang nak..Saya bubuh 10...
e) Tick kedua dua kotak yang saya tunjukkan dengan anak panah nombor 5 tuh dimana author blog dan pengomen Anon tidak termasuk sekali.
f) Kalau korang ada lagi blog yang korang tak nak masuk dalam list top commenter nih just klik Add Commenter Name..Kalau takde proceed step seterusnya...
g) Dah settle semua klik Add this widget to your blog.
h) Lepas tuh akan keluar Add Page Element. Dekat bahagian nih korang klik saja Add widget.

DAH SIAP.....SELAMAT MENCUBA!!

Rabu, 14 November 2012

Makan makan @ Pizza Hut Seremban Parade

10:00:00 PG 16 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Cerita hari Jumaat lepas....Time nih saya sakit perut lagi tapi kurang sikitlah...Bila sakit perut dan perut kosong tuh tekak pun mula lah jadi jahat kan. Macam macam saya demand nak makan tau. Siap kirim kat oofficemates belikan Zinger Double Down yang set tuh. Sekali saya kecewa tak dapat makan sebab kepci takde air...aptb...

Disebabkan hari Jumaat waktu rehat panjang, officemate saya ajak pergi makan Pizza. Saya on ajelah kan....Lagipun dah lama tak makan Pizza...Sakitlah nak menyungkal kepci je kan.....Tukar selera pulak...


Same drink wif my officemate ~ Milo Ice


First time try makan nih...Seafood Lasagna...Masa makan nih melepur mulut saya tau..Ingatkan dah suam suam kuku sekali makan hamek ngko!!!Panas gila...bayangkanlah bila makanan panas dalam mulut lepas tuh mulut dah melepur takkan korang nak keluarkan balik depan orang kan? SO annoying kan? Tapi seafood lasagna nih memang superb!!


Cheesy Pizza yang kitorang pilih..Regular size....Memang sedap...

Walaupun hajat hati nak makan Zinger Double Down tapi makan pizza pun okey jugaklah kan....Nak tunaikan permintaan officemate yang terhengen nak makan....

Nota kaki* Walaupun hari nih hari bekerja, saya tetap cuti. Hari Jumaat baru start kerja balik....Mood cuti cuti Malaysia...

Isnin, 12 November 2012

Family Day ~ Pulau Pangkor ( Last Part)

10:21:00 PG 16 Comments
Assalamualaikum...

Akhirnya, tiba sudah ke penghujung cerita Pulau Pangkor saya...Saya pun naik jenuh nak taip entry pasal Pulau Pangkor...hehehe....

Last day kitorang kat sini, takde apa aktiviti yang kitorang buat. Pagi pagi hujan dah turun....Kitorang bertolak balik jam 1.30 petang...Sampai kat Jeti Pangkor, kitorang berkumpul untuk taklimat ringkas. Pukul 2.00 petang dah naik feri. Sampai jeti Marina Bay pukul 2.15 petang. Sebelum sampai Seremban kitorang singgah ke Pekan Lumut. Kat sini takde pun saya buat. Just snap gambar Aina dan Auni main main.....


Pose cucuk pipi istimewa daripada Auni untuk auntie2 kat luar sana...hehehe...Masa nih saya snap gambar Auni dekat Jeti Pangkor tengah tunggu kawan kawan yang belum sampai lagi....


Satu satunya gambar yang membuktikan saya akhirnya sampai sini sekian lamanya saya tak jejak kaki ke sini. Dulu saya duduk Lumut tau. Al maklum ajelah kan anak Navy. Tuh yang rasa mimpi dalam mimpi aje bila dah pijak kaki kat Lumut nih...





Seronok aje tengok dua beradik nih main kejar kejar....Macam nak join sekali tapi siapa pulak nak snap gambar kitorang kan...Yang lain dah berterbangan sana sini tak tahu ke mana...

Kitorang sampai perkarangan BAKA (Seremban) pukul 11.35 malam. Mengantuk gila wei...Saya drive pun slow aje sebab dah malam kan....

Nota kaki* Lega cerita pasal Family Day dah selesai.....Naik lenguh jari nih taip entry...

Ahad, 11 November 2012

Family Day ~ Pulau Pangkor (Part 6)

10:00:00 PG 16 Comments
Mesti naik bosan kan baca entry saya pasal Pangkor aje....Yelah banyak sangat nak cerita tuh yang kena buat part by part tuh....Tuh pun ada jugak saya skip nak cerita pasal telematch kan....

Semalam saya cerita pasal BBQ dan penyampaian hadiah untuk staff BAKA yang bertukar kan....Lepas majlis tuh, saya dan officemates yang lain keluar jalan jalan makan angin kat kawasan sekitar....Nak beli belah barang kenangan kat Pangkor....Sambil sambil tuh snap gambar gambar untuk kenangan masa akan datang.....Saya sempat jugaklah beli lima keychain untuk kawan kawan blogger yang bertuah....Siapa lima orang blogger yang bertuah tuh tunggu ajelah entry saya esok ye...Gambar keychain pun saya update esok ye....





Gaya spontan Auni...Happy kemain lagi dia...Bebas sebebas bebasnya...


Gaya ala ala merajuk lah konon...


Gaya peluk tiang...

Sabtu, 10 November 2012

Makan makan @ KFC Port Dickson

10:00:00 PG 13 Comments
Cerita pasal makan makan pulak.....Hari Selasa yang lepas saya bawak anak anak makan KFC. Tetiba teringin nak makan KFC kan....So, dengan rasa bangga dan gagah perkasanya saya nih, saya drive sorang sorang dan ditemani dua orang bodyguard kecik.

Sampai kat KFC, saya order 1 set Zinger Double Down dan Twister Toasted (bekalan kat rumah) dan 2 kotak Chicky Meal untuk Aina dan Auni iatu saya pilih set nugget dan kentang. Bila dah beli Chicky Meal mestilah ada hadiah sampingan kan.....Apa hadiah tuh nanti saya tempek gambar tuh kat sini ye....Lepas dah selesai makan, saya beli lagi 2 kotak Chicky Meal untuk di bawak balik. Sebabnya tak cukup..huhuhu Aina dan Auni memang kuat makan. Bila dah beli kali kedua nih, saya guna 1 Malaysia Privilege Card yang saya pernah cerita kat entry sebelum nih. Harga asal lebih kurang RM18++....Lepas diskaun 5% dapatlah RM17.40...Tapi kena belanja total semua RM20.00 dan ke bawah dlm single receipt sahaja yang boleh guna kad nih ye...Kalau dalam single receipt tuh total melebihi RM20.00 tak boleh guna kad nih....

So, nih lah hadiah jhdaih yang anak anak saya dapat bila beli Chicky Meal nih...



Tadaaa.....Sponge Art dan Stamp Art untuk Aina dan Auni. Actually, learning set nih untuk kanak kanak berumur 3tahun ++ tapi rasanya tak slaah saya bagi anak anak bermain dengan learning set nih. Janji saya ada untuk mengawasi diorang. Manalah tahu kan budak budak nih nak try makan pulak...

 
Sebelah kiri sponge art dan sebelah kanan tuh stamp art....

Lepas nih nak plan nak beli drawing block untuk Aina Auni...Apa diorang nak lukis, tulis ikut suka lah kan jangan dinding jadi mangsa sudah..Tak sanggup mak nak...huhuhu

Jumaat, 9 November 2012

Family Day ~ Pulau Pangkor (Part 5)

4:21:00 PTG 17 Comments
Sambung cerita pasal Pangkor lagi...Ah tak kira nak cerita jugak sampai lebam dan kawan kawan bosan nak baca hahaha......

Sebelum nih saya cerita pasal kitorang pergi Coral Island kan....Malamnya pulak kitorang ada BBQ yang disediakan oleh pihak De Palma....Kitorang just datang makan saja. Bukan setakat BBQ aje tau kitorang ada acara lain juga iaitu majlis perpisahan salah seorang staff BAKA, Kpl Nurain binti Mohd Arof a.k.a blogger Qaseh Qhalisa (newbie dalam dunia blogging nih). Kalau nak terjah blog kawan saya nih, klik aje kat nama dia tuh ye. Lepas tuh acara penyampaian hadiah untuk Ain dan untuk anak anak staff BAKA....Maknanya anak anak saya dapat jugak hadiah kan...




Makan dengan penuh selera....


Tetap maintain bagi pose istimewa walaupun tengah makan...Auni, Auni....


Masa nih turn Aina amik hadiah...Aina salam bos saya dan dapat ciuman istimewa dari bos saya lagi tuh...



Turn Auni pulak dapat ciuman bos saya...




Nih lah hadiah yang Aina dan Auni dapat...T-shirt I Love Pangkor....