Sabtu, 20 Oktober 2012

Tips mendidik dan menjaga anak part 4

(ENTRY AUTO PUBLISH)

Assalamualaikum.....


Semalam saya dah share salah satu tip mendidik dan menjaga anak iaitu Tip Kesihatan. Hari nih nak share tentang Tip Pendidikan dan Tip Kasih Sayang.

Tip Pendidikan

Pendidikan juga adalah perkara penting yang perlu diperhatikan. Ibu bapa perlu mendidik anak supaya mengambil berat aspek pelajaran.

Menanam cita cita - Ibu bapa perlu menanam cita cita ke dalam diri anak mereka sejak kecil supaya anak sentiasa mahu maju dan berjaya dalam pelajaran. Anak perlu dididik supaya berjaya dan cemerlang kerana pendidikan dapat menjadi wahana untuk anak bagi mencapai cita cita.

Mengambil tahu perkembangan - Ibu bapa perlu mengambil tahu perkembangan pelajaran anak anak sejak di bangku sekolah lagi. Ibu bapa juga perlu menyelidiki punca masalah kemerosotan pelajaran anak dan mencari jalan bagi memperbaikinya. Ibu bapa perlu mencari jalam supaya anak menjadi lebih maju dalam pelajaran seperti menghantar anak mengikuti program jati diri, tuisyen dan sebagainya.

Memberi motivasi - Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada memaksa anak ataupun mendesak mereka. Apa yang perli dilakukan adalah memberi mereka motivasi dan rangsangan yang berterusan supaya anak mereka berjaya dan rajin menimba ilmu supaya cemerlang dalam pelajaran.

Tip Kasih Sayang

Ibu bapa perlu memberi kasih sayang kepada anak dan menanam sifat kasih sayang dalam diri anak anak.

Berikan perhatian - Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak dalam semua perkara sama ada membabitkan perasaan, masalah, kesihatan dan sebagainya. Menunjukkan perhatian adalah bbukti ibu bapa mengasihi anak anak mereka.

Sikap hormat - Ibu bapa perlu mendidik anak mereka supaya menghormati individu lain sama ada ibu bapa, adik-beradik, teman, guru, jiran dan masyarakat. Sikap menghormati individu lain menunjukkan individu itu menyayangi  individu lain.

Mengasihi semua makhluk - Ibu bapa perlu mendidik anak anak mengasihi semua makhluk termasuk haiwan. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka supaya menjauhkan perbuatan mendera dan menganiaya haiwan kerana perbuatan seperti itu mendatangkan dosa.

5 ulasan:

  1. tips yg bagus.. nasib baik ada dikongsi di sini.. bolehlah akak tumpang aplikasi pd anak2 akak plak..

    dofollo sini...

    BalasPadam
  2. byk tips ni.... info bagus utk ibu bapa di luar sana

    BalasPadam
  3. ye lah kadang2 apa yg disemai kpd anak2 tentang cita2 pasti yg kita dh ckp dulu2 mau diimpikan...hihi..

    BalasPadam
  4. Tima kasih..share info berguna ni :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.