Isnin, 29 Oktober 2012

Stokin Ummi jadi mangsa pulak.....

Lagi kisah anak saya si Auni...Sudah saya bilang sebelum nih kan....Yang selalu buat onak si Auni lah..kakak dia kurang sikit...hahaha....

Kisah nih berlaku pagi raya korban dekat rumah mak a.k.a nenek....Time nih masing masing dah kepenatan dan kekenyangan lepas menyungkal nasi impit + rendang.....

Budak budak kecik macam biasalah mereka dengan dunia mereka...Main sana sini...Nak dijadikan cerita, saya nak tidur sekejap....Incik hubby pulak dah selamat terbang ke Itali....Time nak tidur sekejap tuh saya bukak stokin. Masa tengah syok nak layan mata, si Auni boleh ambik stoking saya. Saya perhatikan jelah kan, nak tengok apa dia buat dengan stokin Ummi dia tuh...

Sekali dia sarung kat kaki dia..Saya memang tak sangka dia pandai stokin sendiri. Saya fikir dia tak tahu kegunaan stokin tuh..Yelah dalam kepala duk fikir mungkin Auni nak masukkan tangan ke tak pun main campak campak ke kan..Tak sangka lak dia sarung kat kaki dia...Tapi sarung separuh ajelah sebabnya stokin saya tuh panjang..Kalau pakai memang sampai tutup betis lah....

Bila dah pakai stokin tuh, dia terus sarung selipar...Yang buat gelihati tuh dia sarung sebelah kaki aje, lagi sebelah tak berstokin....Lepas tuh, mula lah dia buat catwalk....Aduh lah anak dara saya seorang nih memang macam macam fiil dia tau....Ada saja yang dia nak buat...


Tengoklah kecumilan kaki dia mengenakan stokin saya yang besar dan agak tak sepadan dengan kaki dia...

Nota kaki* Disebabkan sikap nakal + cute Auni nih la buat saya geram dengan dia....

13 ulasan:

  1. kahkahkah!
    luculah auni ni....
    budak2 biasalah, anak yati pun kdg2 camtu...

    BalasPadam
  2. dlm tak sedar,..anak sebenarnya sedang memerhati apa saja perlakuan kita untuk ditiru....

    BalasPadam
  3. Walau cuma nampak kaki dan betis dia pun kakak geram dan membayangkan dia punya cute tu...

    Cerdik kan boleh pulak dia pakai walau sebelah..

    BalasPadam
  4. ehehee comel jee gelagat anak akak..
    Stoking sebelah je pun jadi..
    Adik eiqa pun kadang2x macam tu jugak..

    BalasPadam
  5. hahaha... anak2 ni kadang2 buat sesuatu yang kita tak jangka kan?

    BalasPadam
  6. Pandai sarung kat kaki tu kan.. Mmg tomei.hehe

    BalasPadam
  7. hahhahhaha ni yg rasa nak geget2 ni/.. comel sgt aksi dia.. hihiii

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.