Sabtu, 27 Oktober 2012

SimplySiti Kini di Awan Biru

wah, semakin berkembang maju bisnes Siti Nurhaliza nih....Tahniah untuk Siti Nurhaliza....Murah rezeki dia kan....



SEPANG, 25 OKT 2012: Semakin berkembang maju dan dilihat mampu berdaya saing, jenama kosmetik SimplySiti telah melakar satu lagi sejarah baru selepas menandatangani perjanjian usahasamanya bersama syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Kini produk-produk terpilih keluaran SimplySiti boleh dimiliki di laman shopping online AirAsia iaitu AirAsia Megastore yang kini berwajah baru. Apa yang lebih menarik lagi, para penumpang AirAsia kini berpeluang membeli produk SimplySiti ketika dalam penerbangan menuju destinasi sekitar Asia Tenggara.
Sebagai presiden SimplySiti, Dato' Siti Nurhaliza telah berada di ibu pejabat Air Asia di Sepang bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar dan juga Pengarah Urusan AirAsia iVentures, En Dany Buldoc bagi memeterai perjanjian usahasama berkenaan.
Bercakap kepada portal murai.com.my, penyanyi tersohor negara itu merasakan peluang tersebut sebagai permulaan untuk label Simplysiti menembusi pasaran luar negara.
"SimplySiti kini boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang menggunakan Air Asia. Ini perkembangan yang sangat bagus dan dalam masa yang sama kami mengintai peluang untuk menembusi pasaran luar.
"Kalau dahulu ada juga peminat daripada negara jiran yang bertanya bagaimana untuk memiliki produk SimplySiti. Kini kemudahan dan platform telah dibuka oleh AirAsia dan saya berterima kasih bagi pihak SimplySiti setelah diberikan kepercayaan ini,"ucapnya ketika ditemui di ibu pejabat AirAsia, Sepang dua hari lalu.
Perjanjian ini juga dibuat selepas AirAsia Megastore yang telah diperbaharui memilih Simplysiti untuk dipasarkan di dalam laman online shopping milik AirAsia.
"Lebih menarik apabila produk Simplysiti yang dipasarkan di laman ini lain daripada yang boleh didapati di kaunter kosmetik berkenaan. Istimewa buat pelanggan AirAsia Megastore, Simplysiti akan memasarkan barangan terpilih kami eksklusif di laman ini.
"Ini termasuklah pempakejan dan saiz yang dibuat khas untuk dipasarkan di sini dan menepati piawaian serta mudah untuk dibawa jika bercuti. Begitu juga dengan harga yang ditawarkan adalah lebih murah dan terdapat potongan harga daripada 10 hingga 25 peratus daripada harga dipasaran sebenar,"tambahnya lagi.
Sementara itu Aireen Omar melihat perjanjian ini sebagai langkah mereka membantu syarikat daripada Asia Tenggara seperti mereka untuk berkembang dengan lebih pesat.
"Sebagai antara syarikat daripada Asia Tenggara, SimplySiti dilihat sebagai rakan kongsi yang tepat untuk dibawa bersama untuk dikembangkan ke pasaran global. Kini setelah ia dipasarkan di dalam penerbangan dan AirAsiaMegastore.com, Simplysiti boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia,"ujarnya.

Sumber : Murai.com.my

5 ulasan:

  1. tak pernah cube lagi produk siti. nway jemput singgah kat blog bihah..=)

    BalasPadam
  2. as salam,

    makin terang bintang siti nurhaliza...murah rezeki :)

    BalasPadam
  3. wah,kalo banyak duet nana guna sme produk dia,heee.........baru try guna set muka n perfume simplysiti:)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.