Seronoknya bila dengar Aina sebut abjad ABC walaupun dalam bahasa baby....

Assalammualaikum....

Nak share cerita pasal Aina malam tadi....Malam tadi lepas tengok upin dan ipin, PU ajar anak sebut huruf huruf abjad satu persatu. Macam yang pernah PU cerita sebelum nih, Aina agak berat mulut untuk bercakap kalau nak dibandingkan dengan Auni. So, bila bercakap kadang-kadang memang PU faham...Kadang kadang memang tak faham. Ibarat macam itik bercakap dengan ayam lah kan....

Aina nih suka amik hujung hujung...Kalau LEMBU dia sebut BU...Kalau IBU pun dia panggil BU...(Kena tengok pada situasi masa tuh..hehehehe), KAPAL TERBANG dia sebut BANG, ABI jadi BI, SUSU jadi U (disebut bunyi "u" bukan "yu"), KEJAP sebut JAP dan sebagainya lah...Memang hujung hujung punya dia amikkan.....

So, malam tadi PU ajar dia sebut satu satu huruf..Nak tengok sejauh mana kemahiran Aina nih. Alhamdulillah hasil dari sesi pembelajaran Aina malam tadi ada beberapa huruf yang dia sebut betul macam A,B,C,U,O,E,P. So, setiap kali dia sebut huruf huruf dengan betul PU akan cium pipi atau dahi Aina. Walaupun huruf yang lain dia sebut bunyi lebih kurang sama je, PU tetap ekcited. Yelah, sekurang-kurangnya dia taklah berat mulut macam sebelum nih.

As a mom, memang kena banyak sabar mengajar dan mendidik anak anak. Bulan Januari tahun depan Aina dah tiga tahun. Of course sebagai Ummi, PU risau kalau Aina masih belum nak bercakap sepenuhnya. Kadang kadang sangat jeles tengok anak anak orang lain umur baru setahun dua dah petah bercakap. Aina nih nak bercakap ikut mood. Kalau ok mood dia, memang dia akan sebut apa dia nak. Kalau tak, jangan haraplah.....

Walaubagaimanapun, PU tetap bersyukur dikurniakan anak anak seperti Aina dan Auni. Walaupun lambat cakap @ berat mulut, Aina mudah faham apa pun bentuk arahan yang PU bagi. Macam tuh jugak dengan Auni. Auni pulak jenis yang banyak mulut. Ada saja yang dia bebelkan walaupun Ummi dia tak faham sepatah apa pun. Yang PU faham,bila dia cakap nak, taknak, bye bye, bi aje..Yang lain bahasa baby jugak mari...

Nota kaki* Aina dan Auni sama sama demam dan batuk....Dah macam kembar pulak rasanya. Sorang batuk dan selsema, yang sorang mesti ikut jugak...

11 comments:

  1. jangan risau kalau anak lambat bercakap, melainkan kalau memang anak menunjukkkan ciri2 seorang bisu. saya pernah terbaca dulu, kalau anak lambat bercakapni biasanya otak dia laju berfikir,jadi sebab dia fikir lebih advance maka tak terkejar dek mulut(macamtulah lebih kurang, tak reti nak terangkan). .. biasanya anak yang macamni dia cenderung otak kanan ke?- yang lebih kepada math dan sains

    BalasPadam
  2. samalah mimi... kak ina pun risau dgn alisha.. dah setahun 1 bulan tp masih x fasih cakap.. sepupu yg lg muda dr dia pun dah lancar cakap.. alisha cakap kalu perkataan tu, elok je cakap tapi kalu ayat yg panjang ala2 nak bercerita tu, terus msuk bhs german...

    org duk tegur nape xpandai ckp lagi... adehhh... tapi walaupun camtu.. alisha pun sama cam aina.. dia paham apa yg kita suruh or apa yg kita cakap, cuma dia nak balas balik tu je yg dia xreti... mulalah dia balas dlm bhs german...

    BalasPadam
  3. xpe kak.. diaorag dlm fasa pembesaran.. nanti okla tu.. InsyaALLAH.

    BalasPadam
  4. InsyaAllah nanti pasti lancar, pelan2 tu diorang dok belajaq ;)

    BalasPadam
  5. :) tumbesaran setiap kanak2x mgkn berbeza kak.xpe..nnt mesti auni dan aina boleh lancar...
    bile dh ada bersama selalu mmg dh mcm kembar la PU.adik beradik..instinct tu ttp ada :)

    BalasPadam
  6. takper janji ada bunyi cuma kita kna byk komunikasi ngan dia..ajak dia cerita,tnya byk benda kt dia..

    BalasPadam
  7. akak kena kerap berkomunikasi dgn ank2..sellau btnya ajak bsembg bbual..bg dorg biasa :)

    BalasPadam
  8. takper PU..msg2 ada kelebihan tersendiri..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.