Isnin, 22 Oktober 2012

Saya nak memandu jugak!!!

Lagi sekali cerita pasal Auni....Terus terang saya cakap, cerita Auni paling banyak saya simpan sebab dia yang selalu "buat perangai". Kakak dia Aina kurang sikit. So, sebab tuh lah kawan kawan tengok saya kerap pdate cerita pasal Auni. Harap harap hari nih adalah fiil baru Aina pulak..hehehe...

Nih cerita 2 hari lepas. Masa nih saya dah jemput Aina dan Auni dari rumah makngah saya dan on the way nak pergi rumah mama. Start dari rumah makngah lagi, Auni dah merengek dan terus duduk atas pangku saya sambil pegang stereng. Sambil tuh dia siap keluar bunyi "Oooonnnnngggggggggggggggggggg...ooonnnnngggggggggggggg" Konon konon bunyi kereta punya enjinlah kan..

So, bila dia dah duduk kat pangku saya tuh kenalah drive seperlahan yang mungkin. memang pergerakan terbatas lah kan....


Gambar nih saya snap masa kat persimpangan rumah makngah nak ke jalan utama. Auni dengan lagak ala ala pemandu pro, siap pandang kiri kanan tengok kereta. Tengoklah muka dia, serius je kan...Nampak gayanya Auni dah tunjuk ke'profesional'an dia memandu.

Nota kaki* Saya sedar memang bahaya kalau memandu bila pangku anak nih. Sedang berusaha untuk memahamkan anak anak supaya tak duduk atas peha Ummi bila ummi memandu.

9 ulasan:

  1. nasiblah wani tak mcm ni..kalau tak naya ga..huhu

    BalasPadam
  2. hihi...comel je dia khusyuk memandu...

    BalasPadam
  3. amboiii..auni bkn men lg..hihihi..ati2 yer PU :)

    BalasPadam
  4. dah mcm adik sepupu keyrah, kalau ibu dia drive dia suka duduk kat ats peha ibu dia . .

    BalasPadam
  5. c bambam saya pun mcmni jugak. asyik keja nk pegang stereng je :D

    BalasPadam
  6. sy dulu selalu memandu gini, tp dekat je dlm kampung dr umah ke nursery..

    BalasPadam
  7. tak berani bwk camni, takut tak bley nak kawal stereng...klu jarak dekat tak pe kot...

    BalasPadam
  8. qalief pun kdg2 cm ni juga haru betoi la kan haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.