Isnin, 29 Oktober 2012

Roti goreng tepung berinti cheese

Nih menu untuk makan tengahari saya. Incik hubby dan anak anak makan nasi beriani dan lauk orang bertunang (sepupu incik hubby bertunang masa raya haji pertama)

Disebabkan ada roti, ada cheese dan ada tepung sikit, maka terciptalah resipi saya macam kat gamabr bawah nih.....



Cheese siap meleleh keluar lagi.....Cara nak buat pun senang aje...Roti (beberapa keping ikut pada kemampuan korang nak habiskan) + tepung (lebih kurang 4 sudu untuk 4 keping roti) + air + garam + cheese...Mula mula bancuh tepung dengan air + garam...Bancuhan tuh jangan pekat atau cair sangat. Ala ala macam nak buat jemput jemput tuh...Lepas tuh letakkan cheese kat atas roti dan lipat dua...Kemudian ambik roti yang berlipat dua tuh korang golek golekkan dalam bancuhan tepung...Panaskan minyak..Bila dah agak panas korang masukkan roti dan goreng macam biasa....Tak lama pun nak goreng...Sedap tau bila makan time panas..Rangup je bila makan roti goreng tuh + cheese yang cair meleleh leleh....

Nota kaki* Kejap lagi nak BW sampai berdarah...huhuhu

11 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.