Comel jer suara dia bila sebut "KAKAK"

Leka sangat tengok Upin dan Ipin dalam hp mak sedara dia...Langsung tak peduli orang kiri kana..

Minggu nih macam biasa, saya jadi orang nomad lagi...Berpindah randah...Rumah kesayangan kat Bandar Seri Sendayan terpaksa ditinggalkan buat sementara waktu....Sehingga incik hubby tamat kursus barulah rumah tuh kembali berseri-seri...hahaha...

Malam tadi kat rumah mama, saya duduk lepak lepak tengok tv...Tengok gelagat anak anak main main dengan pakcik Amin, pakcik Arif dan moksu Baby diorang....Sekali,saya terdengar Auni sebut "KAKAK"...Saya terus pandang Auni...Macam tak percaya je....Apakah??

Lepas tuh saya suruh dia sebut "KAKAK" lagi...Auni apa lagi dengan suara yang ala ala comel tuh dia ikut sebut "KAKAK"....Happy gila dengar anak sebut perkataan tuh....Over eksited hokey!!!

---------------------------------------------------

Cerita pagi tadi, masa tengah siap siap nak pergi kerja, macam biasalah Aina dan Auni bangun awal....Saya panggil Auni sambil sebut "KAKAK"..Lepas tuh, dia ikut sebut "KAKAK". Time tuh, ayah saya ada terus tergelak sebab dengar suara comel cucu dia sebut "KAKAK"...Satu lagi perkataan baru yang Auni belajar.....

Sebelum nih Auni dah pandai sebut Amin setiap kali lepas baca doa makan..(Lupa pulak nak update pasal nih)...Yang paling sweet sangat sangat bila saya tadah tangan nak baca doa makan dia ikut sekali tadah tangan...Bila dah habis baca doa dia terus sebut Amin dengan semangatnya..hahaha...

Syukur Alhamdulillah, ALLAH kurniakan seorang anak yang kecil dan comel, bijak, cergas dan lasak macam Auni...

Aina pulak saya tetap bersyukur punya anak sebijak dia. Sungguhpun dia agak berat mulut nak bercakap (lambat cakap) tapi otak dia cepat tangkap sesuatu maksud dan cepat meniru segala tingkah laku yang orang lain buat. So, saya dah fikirkan sesuatu untuk buat Aina istimewa seistimewa adik dia Auni...Saya nak anak anak nampak bijak dengan cara masing masing...

Nota kaki* Setiap anak ada kelebihan masing masing. Telatah diorang yang tak terduga tuh buat kita rasa happy jer....Sweet jer kan...

12 comments:

  1. alolo mesti comel . . hee nnt rakam la kalau auni sebut kakak..hee

    BalasPadam
  2. betull..setiap anak2 ada keistimewaan masing2... kdg2 kelebihan itu buat kita terhibur..

    BalasPadam
  3. takper lambat cakap.dia ng otak dia jalan dulu2.hehe semoga anak2 membesar dgn sihat dan cerdik=)

    BalasPadam
  4. alololo mesti comel jer suara auni panggil kakak tu :)

    BalasPadam
  5. alahai mesti bestkan...
    Tingin nak dengar jugak :)

    BalasPadam
  6. hihii comel je.. alisha dia byk belajar word dr cite upin ipin.. walaupun kdg2 sebutan dia xjelas tp saya ibu dia ni, pahamlah apa dia ckp kan.. abah dia pun kdg2 xphm.. hihi

    BalasPadam
  7. hihii comel je.. alisha dia byk belajar word dr cite upin ipin.. walaupun kdg2 sebutan dia xjelas tp saya ibu dia ni, pahamlah apa dia ckp kan.. abah dia pun kdg2 xphm.. hihi

    BalasPadam
  8. mmg excited bila anak2 buat sesuatu yang kita tak sangka... macam sebut perkataan baru, buat something... semuanya seronok... hehe

    BalasPadam
  9. yup. anak2 ni memang sweet dan bijak dalam cara dia orang yang tersendiri.

    BalasPadam
  10. kalau PU amik video auni sebut kakak mesti comel kan!

    betul tu... tiap anak tak sama perkembangannya. masing2 punya kelebihan yg tersendiri.

    BalasPadam
  11. tgk tumbesaran ank2,mak mestilah excited..sronok :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.