Khamis, 11 Oktober 2012

Cabaran bila bercinta, bertunang dan berkahwin dengan TENTERA!!!

Entry untuk mereka mereka yang akan bercinta, sedang bercinta, bertunang dan berkahwin dengan tentera...Yang lain boleh baca je..hehehehe

Hah....Bila cerita pasal bercinta, bertunang dan berkahwin dengan kaum Adam yang berkerjaya tentera nih memang macam cabaran dan dugaan tau..Rasanya dari mula bercinta sampai dah beranak pinak cabaran tuh tetap ada...Bila bercinta, bertunang dan berkahwin dengan lelaki berkerjaya tentera nih satu yang kaum Hawa kena tahu dan ingat, kerjaya mereka nih memang tak tentu masa. YOU KNOW WHAT? DI BELAKANG SEORANG TENTERA ITU BERDIRINYA SEORANG WANITA YANG SANGAT KUAT....AND IT'S TRUE!!!!

Sebagai contoh, masa bercinta cinta dulu korang dah berjanji nak keluar makan sama sama hari Sabtu. Dalam kepala dah plan tuh plan nih nak shopping sana sini ketuk duit bf kan kan kan...Tapi tiba masa, terpaksa lah plan korang tuh dicancelkan sebab si bf ada tugas yang lebih penting. Time tuh si gf mula lah merajuk bagai mogok tak nak message tak nak jawab call sebab tak jadi keluar date...Betul tak? Mula la si bf pening kepala nak pujuk gf..kan kan..Sama dengan orang yang menaip entry nih la...Dululah kan...Tapi situasi berlaku mungkin untuk sebulan dua..InsyaALLAH lama lama gf tuh faham lah tugas bf dia sebab dah kerap jadi macam tuh.....Tapi kalau dapat gf jenis tak setia, hi hi bye bye la kat bf tuh ha...Nasib baik dulu saya tak macam tuh....Angkat bakul sendiri...

Lepas tuh korang dah bertunang pulak....Pun jadi benda yang sama. Kena cancel date last minit. Apa yang lagi teruk kena tinggal berminggu minggu lamanya sebab maybe si tunang kena bertugas di luar kawasan (masuk hutan atau belayar) atau kena berkursus. Masa tuh korang yang dah sah bergelar tunang si dia, redha dalam terpaksa. Apa boleh buatkan dah itu tugas dia sebagai tentera.

Bila dah berkahwin lagi lah besar dugaan yang datang....Terpaksa duduk berjauhan dengan suami sebab suami bertugas di tempat lain, korang bertugas tempat lain....Lepas tuh, nak jumpa pun sebulan sekali..Ada yang 3 bulan sekali dan ada jugak bertahun tak berjumpa..Berani cakap macam nih sebab saya macam tuh jugak..hehehe....Ada jugak yang baru berkahwin kena tinggal dek suami kerana tugas. Saya dulu macam tuh la...Selepas kahwin dah kena tinggal sebab incik hubby kena pergi Pulau Lankayan, Sabah ada operasi di sana..Makanya, beraya la sorang sorang ditemani family....

Sebenarnya macam macam dugaan lah kahwin dengan tentera nih. Ada yang kena tinggal time pregnant.Nak check up pun sensorang..Nak bawak anak anak rawatan kat klinik pun sensorang. Bercuti??? Ermmmm....Kadang kadang nak bawak anak anak jenjalan pun kena sensorang. Kadang kadang tuh plan baik punya nak bawak anak anak Cuti Cuti Malaysia tapi last minit terpaksa dibatalkan sebab ayahnya kena panggil bertugas. Nak salahkan siapa? Si isteri dah tentulah faham dan redha...Cuma kadang kadang kasihankan anak anak yang tak faham, memberontak merajuk.....So, dekat sini peranan seorang isteri memang penting. Dia lah ayah dia lah mak. Kena pantau anak anak di kala suami keluar bertugas. Saya masih ingat lagi masa mengandungkan anak yang sulung...Saya dan suami PJJ. Saya di Pulapol Air Hitam, Jempol dia di UPNM, Kem Sg Besi. Segala galanya saya buat sendiri di kala sarat mengandungkan anak kami. Kadang kadang terdetik juga di sudut hati kecil saya, pergi klinik untuk check up bulanan ditemani incik hubby. Timbul juga rasa cemburu lihat isteri lain ditemani suami kala check up. Alangkah beruntungnya mereka. Tapi bila saya sedar SITUASI mereka tidak sama dengan saya, cepat cepat saya istighfar. Ya, rasa bersalah sangat bila timbul rasa itu dalam hati. Kerana bila saya SAH bergelar isteri seorang tentera, inilah salah satu cabaran yang saya harus lalui. Bercinta lain dugaannya, bertunang juga lain dugaannya dan berkahwin apatah lagi. 

Pendek kata, jadi pasangan kepada anggota tentera banyak mengajar diri menjadi lebih kuat, tabah, sabar dan berdikari. Segala galanya kena buat sendiri. Yang paling penting bagaimana nak tepis godaan orang luar di kala kita ditinggalkan pasangan kerana tugas demi negara. Actually, dah banyak kes yang saya dengar bila suami keluar bertugas isteri pasang lain kat belakang suami dan begitu jugalah sebaliknya.

Bagi saya lah, bila dah bergelar isteri tentera nih satu yang kita kena tahu dari segi Islam, apa apa pun kita sebagai isteri wajib taat pada suami, kena jaga maruah suami dan hartanya, dan dalam masa yang sama kita kena betul betul faham TUGAS suami kita sebagai anggota TENTERA yang kerjanya tak tentu masa. Siang malam. Pagi petang, Time cuti pun kena panggil masuk kerja. Itu yang kita kena pegang. Saya sendiri pun, selalu ingatkan diri sendiri, saya dah bersuami dan ada anak anak. Suami keluar cari rezeki, jadi saya kena pandai jaga diri, jaga maruah. Selalu ingat suami No.1 dan syurga saya bawah tapak kaki suami. Jika saya buat sedikit salah sekalipun, saya tetap berdosa. Bila dah tersedar saya buat salah, cepat cepat mintak maaf kat incik hubby takut dapat "ketulahan"...hehehe...

Sebab tuh, kalau adik adik dan saudara mara saya yang nak berkahwin dengan tentera nih saya bagi nasihat satu je, bila berkahwin dengan tentera kita kena faham tugas diorang. Jangan sekali kali mengeluh bila mereka tidak punya masa dengan kita dan keluarga. Kalau tak bersedia nak ada pasangan yang berkerjaya macam nih, baik dilupakan saja niat tuh. Nanti menyesal kemudian hari...Bila kita NEKAD dan nak jugak dia jadi pasangan kita, so, maknanya kita dah betul betul bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi.

Apa yang saya taip nih berdasarkan pengalaman sendiri yang berkahwin dengan anggota tentera. Masa entry nih ditaip, incik hubby takde sebab berkursus 2 bulan...So, saya nak share dengan kawan kawan tentang"life" kami yang berpasangan dengan tentera nih....

Nota kaki* Sekarang nih saya jadi orang nomad....Berpindah randah..Kejap duduk rumah mak a.k.a nenek..Kejap duduk rumah mama....

42 ulasan:

  1. tersenyum bace entry PU..Smga PU tabah selama 2 bln ni yer...ayut pon dlm proses paham dgn sebetul2nya tugas pasangan skrg ni..hrap dptlah nak adapt.skrg pasangan pon ckp,blaja berdikari yer..nnt klu dia takde blh bwak diri.terutama bawak kete dia ckp..hihi.ayut reti nek motor jer.....

    BalasPadam
  2. cian PU yer..hubby takde 2bulan...sabar ok...dia balik je terus terjah!lpskan rindu!hahaha...gurau2 jer PU..

    BalasPadam
  3. Pu mcm kakak bakal tunang keyrah, husband dia kejer Misc, kat laut ..jadi 5 bulan sekali baru balik, ...tabik dekat wife tentera & Misc kerja kapal tue, sebab dia boleh uruskan anak2, boleh berjauhan dengan husband ..

    BalasPadam
  4. hik hik hik..senyummm saje..dari ta pandai betulkan flush jamban, skang dah pandai. dari takot panjat tangga tetinggi, skang dah boley melompat .. yuhu..kene sentiasa bertabahhh..

    BalasPadam
  5. Salam PU..mmg tu la cabaran klu berkahwin dgn pasaukan beruniform ni khasnya tentera/poliskan.para isteri kena tabah...& berdikari.

    BalasPadam
  6. Mmg kagum dgn kesabaran & ketabahan para isteri anggota tentera.. Akak ni ditinggalkan sehari dua dh kelam kabut nak uruskan anak2, apatah lagi berbulan-bulan..

    BalasPadam
  7. kena byk berkorban dan memahami kan..semuanya utk kelansungan hidup :)

    BalasPadam
  8. betul tu. kalau tak sabar dan tak faham dgn tanggungjawab org kesayangan kita tu, baik lupakan je la niat nak hidup semati dgn dia orang kan?

    BalasPadam
  9. Besarnya pengorbanan tentera untuk negara, besar juga pengorbanan isterinya, moga Allah memberkati PU sekeluarga.

    BalasPadam
  10. memang banyak dugaa,... kena sabar dan memahami tugas pasangan...

    BalasPadam
  11. abang saya sorang tentera sorang polis...gitulah ceritanya..hahaah..nasiblah kakak ipar kena tinggal selalu..

    BalasPadam
  12. kak bkn tentera je..byk lg jns pkerjaan yg seangkatan hehee..xpela kalo dah jdoh pe sja halngan haluan blh dtempoh :)

    BalasPadam
  13. Myra faham sebab adik myra kawen ngan tentera, kena tinggal tu boleh kata asam garam lah :)

    BalasPadam
  14. betol2...dalam family lynn ada 2org tentera...pak lang penah kena bertugas kat bosnia time mak lang tengah pregnant anak ke-2...akak sepupu pn selalu kna tinggal...slalunya dia balik rumah mak dia la...xpa la kak...sabar je la...suami berkhidmat untuk negara...=)

    BalasPadam
  15. memang kuat cabaran dan dugaan tue mimi...Harus kesabaran kuat..

    BalasPadam
  16. a'aa betoi tu... yang penting, is3 kene jaga maruah suami kan...

    BalasPadam
  17. a'aa betoi tu... yang penting, is3 kene jaga maruah suami kan...

    BalasPadam
  18. falsya anak askar..paling xsuke bile kene abah kene posting..mmg xde best friend dr childhood pun..sedihkan..

    abah falsya penah ckp yg die xbg sorang pun anak2 pmpn die kawen ngan askar..xtau asal..

    BalasPadam
  19. setuju sgt2 dgn PU...hahaahaa..sbb wani pun mcm PU juga...semua kena berdikari sendiri kan...husband wani pun skang OS kt sarawak huhu..klu belayar pulak lama2 la haha...

    eh husband PU tentera apa yer?

    BalasPadam
  20. takper yg penting pu jaga diri dan anak baik2..

    BalasPadam
  21. betul2..nak berkeluarga dgn tntera ni mcm2 dgaan..actually sy sendiri bertunang dgn tentera..patutnya sy dan dia nikah Julai haritu..tup2 bulan Julai juga dia kena bertugas Misi PBB kat Lubnan tu..menitik juga la airmata ni..tapi dalam hati, sangat bersyukur sebab dia bertugas untuk negara..dan memang sy mencari bakal suami yang bekerja sebagai tentera..alhamdulillah..kalau ikutkan family sy, saudara mara kebanyakan keje tntera..dan ayah sy sndiri tentera..so, sedikit sebanyak mak dan mkcik bg kekuatan..

    BalasPadam
  22. haha.. senyum saja lah... memang betul smua ni.. huhu.. ;)

    BalasPadam
  23. Tq...cik blogger..sy baru tercari2 cam mane tugas tentera ni coz sy baru je kapel ngan tentera...sedih...susah sgt nak ctc...kdg call tak dpt...kene tertugu2 die call je :(...kena belajar besabar la mulai sekarang...tapi ade yg cakap tentera ni buaya..pasang ramai popuan...tu yg takut tu... :(

    BalasPadam
  24. Hahahaha... Betul tu puan blogger. Memang frust gilalah dgn bf yg selalu sibuk ni..asyik2 bergaduh.. Marah marah je dgn dia.. Last last faham juga

    BalasPadam
  25. ehehe klaka jgk bce... sye ni dh 9 bln dtgglakn encik askar =( dy kne pegi brtugas start mse kjadian ops daulat aritu. rye tu blik kjap dlm sbln pstu g blik.. tp xpe jauh2 pn jarang gduh.. hihi miss2 je slalu :) dy pn x pnah lupe nk contact stiap hari. tlg doakn erkk skrg ni dlm proses lg, insyaAllah akan brtunang x lme lg ;)

    BalasPadam
  26. Mgkin entri ni dh lama..tp sy bru jmpe blog ni sbb kebetulan sy bru je berkenalan ngn askar tp sbg driver jer n bru jer putus..memg btol hanya org yg kuat sj yg blh bertahan dgn tugas askar nih..bile si dia terlalu bz kita rskan yg die xperlukan kita jer kan..mesej pon xpenah,.kol apatah lg..memg jodoh sy bkn dgn askar kot..

    BalasPadam
  27. Mgkin entri ni dh lama..tp sy bru jmpe blog ni sbb kebetulan sy bru je berkenalan ngn askar tp sbg driver jer n bru jer putus..memg btol hanya org yg kuat sj yg blh bertahan dgn tugas askar nih..bile si dia terlalu bz kita rskan yg die xperlukan kita jer kan..mesej pon xpenah,.kol apatah lg..memg jodoh sy bkn dgn askar kot..

    BalasPadam
  28. Saye pun alami nasib yg sama.couple ngn askar. Entah mane silapnya dia langsung xdapt dihubungi ..saat entry ditaip rasa rindu menebal..k bakal bertunang dengannya .pasrah jela ..

    BalasPadam
  29. Ye..memang kena byk.brsabar..tunang sy tntera udara dan sy sendiri pon bekerja sbgai nurse di dlm kem tentera fhm tugas tentera mmng sibuk dan yg ad ckp prangai tentera mcm buaya darat tu mmng tak dinafikan..tp x semua mcm tu.

    BalasPadam
  30. Saya pon bknln n brcnta dengn askr..da dkt 2 thun... mcm2 dugaaan... .. dlu kami pnh lost cntct... now cntct blik....mmg btul kne kuat hdpi dugaan.... law x.. mmg xda ksdhn...

    BalasPadam
  31. Bila bace blog ni. Even dah lame ditulis. Tapi tetap isi dia sama. Kami berkenalan hanya di meow chat . sekadar ingin berkawan . tetiba dia mintak saya tunggu dia selame sebulan. Dia ckp dia pasti balik selepas sebulan. Sy pelik sebab dia tak pernah jawab bile saya Tanya kerje apa. Berkawan berkawan makan bulan. Tup tup dia cakap dia nak pergi selama 3 bulan atas urusan kerje . time tu perasaan sayang dah membuak . baru dia berterus terang dia adalah seorang tentera . bersyukur sebab cinta seorang tentera . cinta yang luar biasa . setia dia sangat2 bermakna. Awal tahun depan kami bakal mendirikan rumah tangga. Doakan kebahagian kami . #sekadarBerkongsi

    BalasPadam
  32. Bila bace blog ni. Even dah lame ditulis. Tapi tetap isi dia sama. Kami berkenalan hanya di meow chat . sekadar ingin berkawan . tetiba dia mintak saya tunggu dia selame sebulan. Dia ckp dia pasti balik selepas sebulan. Sy pelik sebab dia tak pernah jawab bile saya Tanya kerje apa. Berkawan berkawan makan bulan. Tup tup dia cakap dia nak pergi selama 3 bulan atas urusan kerje . time tu perasaan sayang dah membuak . baru dia berterus terang dia adalah seorang tentera . bersyukur sebab cinta seorang tentera . cinta yang luar biasa . setia dia sangat2 bermakna. Awal tahun depan kami bakal mendirikan rumah tangga. Doakan kebahagian kami . #sekadarBerkongsi

    BalasPadam
  33. Bila bace blog ni. Even dah lame ditulis. Tapi tetap isi dia sama. Kami berkenalan hanya di meow chat . sekadar ingin berkawan . tetiba dia mintak saya tunggu dia selame sebulan. Dia ckp dia pasti balik selepas sebulan. Sy pelik sebab dia tak pernah jawab bile saya Tanya kerje apa. Berkawan berkawan makan bulan. Tup tup dia cakap dia nak pergi selama 3 bulan atas urusan kerje . time tu perasaan sayang dah membuak . baru dia berterus terang dia adalah seorang tentera . bersyukur sebab cinta seorang tentera . cinta yang luar biasa . setia dia sangat2 bermakna. Awal tahun depan kami bakal mendirikan rumah tangga. Doakan kebahagian kami . #sekadarBerkongsi

    BalasPadam
  34. Bila bace blog ni. Even dah lame ditulis. Tapi tetap isi dia sama. Kami berkenalan hanya di meow chat . sekadar ingin berkawan . tetiba dia mintak saya tunggu dia selame sebulan. Dia ckp dia pasti balik selepas sebulan. Sy pelik sebab dia tak pernah jawab bile saya Tanya kerje apa. Berkawan berkawan makan bulan. Tup tup dia cakap dia nak pergi selama 3 bulan atas urusan kerje . time tu perasaan sayang dah membuak . baru dia berterus terang dia adalah seorang tentera . bersyukur sebab cinta seorang tentera . cinta yang luar biasa . setia dia sangat2 bermakna. Awal tahun depan kami bakal mendirikan rumah tangga. Doakan kebahagian kami . #sekadarBerkongsi

    BalasPadam
  35. Bila bace blog ni. Even dah lame ditulis. Tapi tetap isi dia sama. Kami berkenalan hanya di meow chat . sekadar ingin berkawan . tetiba dia mintak saya tunggu dia selame sebulan. Dia ckp dia pasti balik selepas sebulan. Sy pelik sebab dia tak pernah jawab bile saya Tanya kerje apa. Berkawan berkawan makan bulan. Tup tup dia cakap dia nak pergi selama 3 bulan atas urusan kerje . time tu perasaan sayang dah membuak . baru dia berterus terang dia adalah seorang tentera . bersyukur sebab cinta seorang tentera . cinta yang luar biasa . setia dia sangat2 bermakna. Awal tahun depan kami bakal mendirikan rumah tangga. Doakan kebahagian kami . #sekadarBerkongsi

    BalasPadam
  36. Ya Allah lega jugak sy dgr pengalaman saudari tentang pengalaman tu..saya ni baru je setahun berkahwin dgn suami seorg anggota tldm..sedih sgt2 bila kdg2 dia xdpt blk dan xdpt nk confirm tarikh blk..mula2 asyik fikir negative je..hubby dh buat permohonan bertukar tp masih x dpt2 smpai skung..en hubby janji lps kawen dia mintak tukar..tp sampai skung xde..nk mintak kuarters x dpt2 penuh..sy tengah mengandung dan mmg tgh mkn ubat hormon sbb hypothyroid..mencabar btl kehidupan sy seharian..sy x blh stress..Wlu apa pun sy Cuba bersabar dan redha dgn kerjaya suami..tp smpai bila..bila dgr org lain suami xblk smpai 3 bulan ngeri sgt2..husb x blk nk dekat 2 bln pun sy dh meroyan..huhu..rupa2nya ada yg lebih tabah dr sy..

    BalasPadam
  37. Susah ka nk jdi isteri tentera nie??sbab sya bakal jdi isteri tentera..takut pla rsanya dngr mcm nie..

    BalasPadam
  38. ASSALAMUALAIKUM , SAYA BARU LEPAS BERTUNANG 5 FEBRUARY 2017, SAYA KENAL TUNANG SAYA TAHUN LEPAS BULAN 5. DIA BARU SAJA 1/4/17 PERGI TRAINING TENTERA DARAT. HATI RASA SUNYI SEMASA DIA TIADA. SEBAB SELAMA NI DIA SELALU MENEMANI SAYA,MANJAKAN SAYA.SELERA MAKAN PUN HILANG. SEMUA PERKARA JADI TAK KERUAN. MUNGKIN ADA HIKMAH UNTUK SAYA DAN TUNANG SAYA. SEMOGA SETIAP SOLAT KU, DOAKU DITERIMA DAN DIREDHAI ALLAH SWT. DAN HATI TERUS SABAR DAN TABAH MENUNGGU DIA PULANG DARI LATIHAN 6 BULAN. AMIN .

    BalasPadam
  39. seronok baca artikel ni.. terima kasih bagi kata2 yg memberi semangat.. at least sya boleh beesedia menerima cabaran jika berjodoh dgn dia.. Amin.. semoga dapat bertahan dan tabah seperti akak.

    BalasPadam
  40. Askum admin
    mon share artikel yg sangat bermanfaat. Kredit kpd pinkummi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.