Buku punya pasal!!!

Tadi saya cerita pasal Auni dan seliparnya sekarang nih nak cerita pasal Aina pulak...Kalau adik asyik buat orang ketawa dengan telatah dia, kakaknya pulak suka buat orang bingit telinga...

Bayangkanlah dari dia elok elok main dengan mak pak sedara dia, tetiba suara Aina menangis bergema semesta alam..(nampak sangat tipu di situ okeh!!). Saya mula mula tak kisah sangat bila Aina nih menangis sebab fikir mesti ada yang dok sakat dia kan. Sekali tengok dia menangis tak berhenti, saya pergi dekat Aina. Saya tanya adik adik sepupu yang duduk dengan dia kenapa Aina menangis. Rupa rupanya Aina menangis nak kan buku mak sedara dia (kira adik sepupu saya lah, baru enam tahun). 

Aina meraung nakkan buku tuh juga sebab sah sah dia nak main conteng conteng kan. Saya pujuk jugak cakap kat dia nanti Ummi beli buku lain, dia meraung lagi kuat. Nak jugak buku sekolah mak sedara dia. Saya geram, saya tepuk perlahan bahu dia terus blah. Malas nak layan dan pujuk.

Sekali tengok, adik sepupu saya datang ambil dia dukung dan pujuk dia. Saya pun tak tahu adik sepupu bagi dia pegang apa entah sampai Aina boleh senyap..Ermm, memang tak boleh nafikan lah adik sepupu saya nih memang pandai bab bab memujuk budak budak. Dia penyabar sikit melayan karenah adik adik ataupun anak anak buah dia....


Masa nih Aina menangis lagi, cepat cepat saya snap gambar dia. Dalam kepala, dah fikir nak update untuk entry blog hari nih. Saya nak bila Aina dah besar dan pandai membaca, dia boleh baca kisah dia dan Auni kat blog saya nih. Biar dia tahu macam mana perangai dia..hehehe.....

Lepas nih memang kena beli buku banyak untuk dia...Sebelum nih beli buku habis kulit buku ditanggalkan dan isi dalam buku dia koyakkan. Sebab tuh rasa malas sangat nak belikan buku untuk dia kompom dia koyakkan tetapi memikirkan saya sendiri pupukkan semangat sukakan buku dalam diri dia sejak kecil, saya mengalah. Lagipun ada jugak buku buku yang saya belikan untuk anak anak masih elok sebab saya jaga dengan teliti, kalau tak confirm jadi mangsa kerakusan Aina..hahaha...

Nota kaki* Nak beli buku untuk Aina satu lori biar dia termuntah nak tengok buku buku tuh...hahahaha

11 comments:

  1. ahakz..jgn t dia tidur dlm lnggokan buku yg akk nak beli selori tu sudah..hihi..

    BalasPadam
  2. budak2 nak besar macam2 ragam kan kak. elok jugak disemadikan dalam blog.. kita zaman kecik2 dulu taktau ape yg kita buatkan, mana nak ingat semua.. sekarangni bila anak2 baca tentang susah payahnya ibu bapak membesarkan dorang harap dapatlah memberi sedikit keinsafan dalam diri dorang nanti.. supaya menghargai kita kan.. takpun jangan jadi anak derhaka..

    BalasPadam
  3. saya pun kurang ilmu nak pujuk anak..hihihi..

    BalasPadam
  4. Aina suka menulis la tu :)
    Rajin ni nanti :D

    BalasPadam
  5. nurul nk carik buku mcm mana nk kasi anak tak nanges n meragam..ada tak.huhuhu

    BalasPadam
  6. as salam, bubudak ni memang elok bc buku2 bergambar kan..sbb masa kecik2 dulu sy mmg suka buku ada gambar :)

    BalasPadam
  7. bagus pupuk ank2 minat buku dr kecik.. cam alisha, kak ina kenalkan buku dkt dia ms umo 3 bulan... dlm umo 8 or 9 bulan, dia dah pandai guna buku... mksud kak ina, dia dah xkoyakkan buku la.. tapi duku belek2 tgk gambar or conteng2 tu je la kojenya.. hihii

    BalasPadam
  8. samalah ragamnya ngan anak yati...
    tp kdg2 seronok sbb diaorang suke sesuatu yg baru...

    takpe beli je buku byk2...

    BalasPadam
  9. takpe kak.. beli je buku banyak2.. t dia rajin membaca.. percayalah!

    BalasPadam
  10. bagus dedah buku awal dgn anak2..nanti lelama mesti rajin membaca dan suka dgn buku

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.