Rabu, 17 Oktober 2012

Aktivit Auni malam tadi!!!

Malam tadi hujan lebat selebatnya kat area Telok Kemang dan sewaktu dengannya. Macam yang pernah saya bagitau kawan kawan yang saya sekarang nih jadi orang nomad. So, seperti biasalah saya tidur rumah mama saya sepanjang incik hubby takde kat rumah.

Nak dijadikan cerita atap rumah mama saya nih dulu banyak bocor. So, upahlah orang baiki kebocoran tuh. Bajet dah tak bocor lah kan sebab orang yang baiki atap tuh cari inisiatif lain untuk elakkan bocor. So, tukang baiki tuh guna something yang boleh tadah air dan disalur ke luar rumah. (Seperti gambar kat bawah yg dalam bulatan tuh. Saya tak tahu nak panggil apa benda nih)



Tapi entah mana silapnya ada berlaku sedikit kebocoran kat atap rumah mama saya...Jadi dengan bertungkus lumusnya mama saya letak segala baldi dan besen yang ada untuk menadah air hujan....Lepas tuh, mama tutup lampu sebab dah time to sleep sleep walaupun baru pukul 9.15 mlm....Maka gelap gelita lah rumah walaupun tak segelap mana...Port tidur saya betul betul sebelah baldi dan besen tadahan....

Port saya tidur kat sebelah baldi baldi dan besen besen nih la....

Beberapa minit kemudian (nih nak cerita kemuncak enrty nih), adik bujang saya keluar dari bilik pergi ke dapur nak masak mi segera sebab lapar katanya. Si Auni nih pulak, punya bagus dari tadi landing sebelah saya minum susu sekali boleh bangun. Terus dia pergi kat sebelah saya ambik satu baldi dan buat main sorong sorong.....


Nampak tak sesusuk tubuh manusia kerdil yang tengah pegang baldi tuh? Itulah si Auni yang tersangat lah lasak...Orang semua sibuk melayan mata nak tidur dia boleh nak main sorong sorong baldi pulak...Alahai anak saya seorang nih, memang ada jer kerja yang dia nak buat tau....

12 ulasan:

  1. hehe PU, semua tu akan jadi kenangan manis bila anak2 dah besar kelak. Boleh nampak Auni dalam kegelapan dengan baldinya tu hik!

    BalasPadam
  2. hehehe...nak main puas puas sebelum tidur..

    BalasPadam
  3. Budak2 tgh nak belajar kan, anak saya memang jenis tak tido awal.. klu nak suruh tdo awal seisi rumah kena tdo sekalilah jawabnya.

    kretifnya tukang beki ataptu :P

    BalasPadam
  4. auni xngantok lg la tuh sbb tu nak main lg hihihi

    BalasPadam
  5. hahahah budak2 kecik mmg kreatif... macam2 depa nak buat...

    BalasPadam
  6. auni xngantok lg la tuh sbb tu nak main lg hihihi

    BalasPadam
  7. auni nak tolong masak kat dapur ke tu...hikhik...

    BalasPadam
  8. auni nk ajak mainlh tuh..mesti tak ngantuk.mmg awakl ek tido..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.