Adab belajar

Antara adab belajar ialah :

Menghormati pendidik - Ibu bapa perlu mendidik anak menghormati pendidik. Tanamkan rasa hormat kepada pendidik dan mengasihi mereka sebagaimana mengasihi ibu bapa.

Meminta izin - Ibu bapa perlu mendidik anak supaya sentiasa meminta izin sama ada mahu bertanya, keluar dari kelas dan sebagainya.

Merendahkan diri - Ibu bapa perlu mendidik anak anak supaya sentiasa merendahkan diri kepada pendidik.

Baca doa - Anak perlu diajar berdoa sebelum belajar. ini bagi memudahkan anak faham dan ingat akan pelajaran.

Berterima kasih - Anak anak perlu dididik supaya sentiasa berterima kasih kepada pendidik.

Menyimpan dan menjaga harta pendidikan - Ibu bapa perlu mendidik anak supaya mencintai ilmu. Justeru, anak anak perlu menyimpan segala buku, buku tulisan dan lain lain dengan sebaiknya. ini menunjukkan individu itu menghargai ilmu.

Post a Comment

5 Comments

  1. barulah ilmu yg dapat berkat dan mudah di ingat yer..tq :)

    ReplyDelete
  2. menghormati pendidik adalah penting dalam mendapatkan keberkatannya...

    ReplyDelete
  3. semoga kita dpt mendidik anak2 menjadi insan yg cemerlang insyaAllah

    ReplyDelete
  4. nice sharing kak...adab belajar sgt2 penting baru la ilmu tu berkat kan

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com