Adab adab dalam Islam Part 1

Assalamualaikum...

Kali nih saya bermurah hati nak share adab adab dalam Islam dengan kawan kawan....Sharing is caring kan. So, entry nih untuk peringatan saya jugak.....

Adab makan dan minum

Membaca Bismillah - Anak perlu dididik supaya membaca bismillah setiap kali mahu makan dan minum. Ini berdasarkan hadis, "Apabila seseorang hendak makan, demikian sebut nama Allah." Hadis ini direkodkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi, Ahmad dan Ad-Darrimi.

Membaca zikir sekiranya terlupa - sekiranya individu terlupa membaca bismillah apabila hendak makan, demikian ucapkan dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya dengan ayat di bawah :


بسم الله أوله وآخره

"Dengan nama ALLAH, dari mula awalnya sampai akhirnya."

Makan berjemaah - Makan berjemaah adalah lebih baik daripada makan bersendirian. Ini berdasarkan hadis ini, "Berjemaah apabila makan dan sebut nama Allah, Allah akan memberkati makanan kamu." Hadis ini direkodkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim.

Makan makanan di hadapan dahulu - Kita perlu memakan makanan yang ada di hadapan kita dan tidak mengambil makanan yang jauh. Ini berdasarkan hadis, "Baca nama Allah dan makan apa yang ada di hadapan kamu." Hadis ini direkodkan oleh Malik. Ibu bapa perlu mendidik anak bagi mengambil makanan terdekat kerana itu adalah adab yang di ajar Rasulullah.

Jangan membuang makanan jatuh - Sebaiknya, elakkan makanan tumpah atau jatuh. Sekiranya ada makanan jatuh, perlu diambil, dibersihkan dan makan. ini berdasarkan hadis yang menyatakan, "Apabila jatuh secebis makanan, ambil dan bersihkan kotoran, kemudian memakannya dan jangan biarkan syaitan memakannya." Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Elakkan makanan panas - Individu perlu mengelakkan makanan panas. Ini berdasarkan pada hadis yang menyatakan, "Jangan memakan makanan sekiranya belum hilang kepanasannya." Hadis ini direkodkan oleh al-Baihaqi. Selain daripada hadis ini, terdapat hadis lain yang direkodkan oleh Hakim, "Biarkan makanan sejuk dahulu kerana makanan panas tidak berkat."

Elakkan menghembus makanan - Menghembus makanan adalah perbuatan mengeluarkan angin dari mulut. Antara hikmah larangan adalah supaya tidak keluar bau tidak menyenangkan dari mulut ataupun air liur ataupun ludah yang keluar akan menjijikkan orang lain.

Makan duduk - Anas bin Malik berkata, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah makan di atas meja sehingga baginda wafat." Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Ini lebih baik makan bersila daripada duduk di atas kerusi kerana mengikut sunnah Rasulullah. Namun sekiranya individu makan di atas meja adalah diharuskan dan bukan satu kesalahan.

Elakkan berdiri - Walaupun tidak dilarang, elakkan makan ataupun minum berdiri.

Jangan mengaibkan makanan - Abu Hurairah berkata, "Aku tidak pernah melihat Rasulullah mengaibkan makanan sepanjang masa. Apabila baginda suka, baginda makan. Apabila tidak suka, baginda meninggalkannya." Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Makanan adalah rezeki daripada Allah yang Maha Pemurah. Tidak sepatutnya individu mengaibkan makanan. Hikmahnya perbuatan Rasulullah adalah tidak mengecilkan hati individu yang bersusah payah memasak makanan. Malah perbuatan mengaibkan makanan adalah perangai kaum Nasrani kerana mereka suka mengaibkan makanan.

Menggunakan tangan kanan - Rasulullah mengutamakan tangan kanan terutama sekali apabila makan dan minum malah melarang menggunakan tangan kiri.

Membasuh tangan sebelum dan selepas makan - Islam mementingkan kbersihan sebagaimana hadis ini menyatakan, "Kebersihan adalah sebahagian daripada iman." Membasuh tangan adalah membersihkan kekotoran dan mengelakkan kotoran dan kuman memasuki mulut.

Mencungkil gigi - Takhallal ialah mengeluarkan makanan dari celah celah gigi. Sebaiknya selepas makan, memberus gigi bagi membersihkan sisa sisa makanan dalam mulut.

Utamakan makan dahulu - Rasulullah mengajar mendahulukan makan bukan kerana makan lebih besar daripada solat tetapi bagi mengelakkan rasa tidak khusyuk dalam solat. Apabila individu berasa lapar dan makanan sudah tersedia tetapi tidak makan dan menunaikan solat, dikhuatiri fikiran individu sentiasa memikirkan makanan. Justeru, Rasulullah mengajar mendahulukan makan sekiranya sudah tersedia.

Makan sederhana (tidak terlampau kenyang) - Sebaik baiknya makan sederhana iaitu tidak terlampau kenyang. Amalan ini bukan sahaja diamalkan Rasulullah malah para sahabat dan tabiin. Rasulullah menggunakan perutnya 1/3 bagi makan, 1/3 bagi minum dan bakinya untuk diri sendiri.

Mendahulukan orang lebih tua dan mulia - Ibu bapa perlu mendidik anak supaya anak mendahulukan ibu bapa, kakak dan abang, tetamu dan sebagainya. Ini sebagai menghormati orang yang lebih tua dan mulia.

Membaca doa selepas makan - Sekiranya sebelum makan ataupun minum dimulakan dengan bismillah untuk keberkatan rezeki, demikian selepas makan dan minum perlu bersyukur kepada Allah.

Menyelidik halal dan haram - Ibu bapa wajib memberi makan dan minum kepada anak anak daripada rezeki yang halal. Ibu bapa yang memberi makanan dan minum bersumberkan rezeki yang haram adalah ibu bapa yang zalim dan menganiaya anak anak yang bersih dan suci. Ibu bapa juga perlu menyelidiki sebelum membeli makanan dan minuman kerana dikhuatiri makanan dan minuman itu mengandungi pelbagai jenis ramuan yang haram dan syubhah. Sebaiknya ibu bapa perlu mencari logo halal yang disahkan JAKIM sebelum membeli.Ibu bapa perlu mendidik anak anak supaya membeli makanan dan minuman yang mendapat pengesahan halal.

Lalat - "Sekiranya terjatuh lalat di dalam bekas (air atau makanan) seoarang antara kamu, demikian hendaklah dibenamkannya kemudian dikeluarkannya kerana salah satu daripada dua sayapnya mempunyai penawar dan sayapnya yang lain mempunyai penyakit." Hadis ini direkodkan oleh al-Bukhari.

Jangan membazir - Membazir adalah perbuatan syaitan. Ibu bapa perlu mendidik anak menjauhkan pembaziran dalam makan dan minum. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh kepada anak anak dengan menjauhkan pembaziran seperti memasak sekadar cukup dan tidak membazir.

5 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.