Jumaat, 21 September 2012

Terlalu pentingkan dunia, akhirat...???

Assalamualaikum....

Satu perkongsian yang ingin PU share dengan kawan kawan. Kisah yang benar benar berlaku...As a human being, memanglah kadang kala kita alpa dengan tanggungjawab sebagai hamba ALLAH. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Siapa yang tak pernah buat silap kan? Semua orang pernah buat salah tapi bergantung pada diri sendiri untuk berubah ke arah kebaikan. Motivate yourself. It's simple but hard to do it. But if you believe that you can change yourself, insyaALLAH one find day you will. But when and how to change your life it's depends on yourself, right?

Bila orang yang ada hubungan kekeluargaan dengan kita terlalu pentingkan dunia, agak agaknya apa yang korang buat?Diam sahaja dan tengok atau beri nasihat? Mana satu yang kawan kawan akan pilih? Kalau kita hanya berdiam diri dan tengok sahaja mungkin kita dikira bersuhabat dengan dosa yang korang lakukan. Atau korang akan beri nasihat dan mengharapkan diorang berubah.

Tapi kadang kadang bila kita beri nasihat nak ke orang tuh dengar atau saudara kita tuh dengar? Mesti dia akan cakap"Alaa...engkau pun sama jugak. Ada hati nak nasihat aku."

Macam PU lah, yang selalu menimbulkan masalah dan suka fighting fighting nih adik beradik nenek sendiri....Alhamdulillah keluarga PU takde apa apa masalah. Tapi bila adik beradik nenek sendiri buat masalah, sikit sebanyak anak buah dan cucu cucu yang takde kena mengena nih akan terima tempiasnya...Nih semua gara gara tanah punya pasal. Bila tanah pusaka ada banyak nama tuan empunya, masing masing akan mencari lubang ulat ataupun cari pasal dengan keluarga yang lain. Kadang kadang PU tak faham lah dengan perangai sesetengah manusia macam nih.

Kerana tanah, pertalian persaudaraan sanggup diputuskan....Kerana harta dunia, yang akhirat tak dipedulikan....Langsung tak balance. Kadang kadang hilang rasa hormat pada manusia macam nih. Tak kisahlah pangkat atok saudara ke wan saudara ke...Bila sikap tamak menguasai diri inilah jadinya. Bila nasihat tak nak dengar confirm kena fire balik. Bila suruh berubah, bagi alasan yang tak logik langsung.

Langsung ke tak fikir, matinya seseorang itu tak kira muda atau tua, lambat atau cepat....Kita semua tahu kan jodoh dan mati itu di tangan ALLAH. Siapa kita untuk menghalang semua tuh?Jangan kerana terlalu mengejar kekayaan atau harta dunia yang hanya pinjaman nih hubungan kekeluargaan yang suci terputus....Apa yang PU mampu doakan untuk diorang nih, bukakan pintu hati diorang akan bertaubat dan berubah...PU percaya diorang akan berubah walaupun semakin dimamah usia....Bila diorang akan berubah, Wallahualam....

Nota kaki* Apa yang berlaku, adalah dugaan. Apa yang mampu dilakukan, terus sabar dan sabar insyaALLAH ganjaran yang kita bakal terima pasti lebih baik...

5 ulasan:

  1. mmg susah mcm ni..sya pun pernah alaminya..cubit2 nuffnang..

    BalasPadam
  2. ye kak semua dduniawi ni adalah smtara ..itulah hakikatnya..~

    BalasPadam
  3. antara dunia dan akhirat perlu seimbang....banyak dah dgr kes harta pusaka ni begadoh sesama sendiri

    BalasPadam
  4. Betul PU.. Hartalah yg selalu jadi punca pergaduhan dalam keluarga.. Oppss, bukan harta, sikap tamakkan harta.. Jika nasihat tak diendahkan, kita hanya mampu berdoa agar mereka sedar sebelum terlambat..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.