Tak cukup dengan buku, kaki dan tangan pulak jadi mangsa!!!

Assalamualaikum....

Semalam sehari suntuk tak update entry sebab sibuk sikit. Datin jemput datang rumah, dia buat jamuan sikit untuk kitorang.....Nanti PU update cerita semalam ye...Nih PU nak share cerita pasal Auni....

Nih kisah pagi semalam. Macam biasalah PU bangun pagi, terus mandi. Lepas tuh, PU gosok baju nak pakai untuk kerja. Masa tengah gosok baju, Auni dah bangun tidur. Lepas tuh Aina pulak. Bila dua beradik nih dah bangun, PU cepat cepat pakai baju dan basuh botol susu diorang. Terus buat susu. So, diorang minum susu diam diam. PU pulak cepat cepat solat subuh.

Nak dijadikan cerita, lepas dah habis solat PU kemas barang barang yang PU nak bawak balik rumah mak (nak tumpang tidur kat PD rumah mak). Tengah leka mengemas, tetiba aje Auni menangis. PU tengoklah kenapa dia menangis. Rupa rupanya dia menangis nak kan kertas dan pen yang ada kat tangan Aina.

PU pun malas nak dengar budak budak nih buat bising pagi pagi buta, PU cari pen lain dan buku nota kosong terus bagi Auni. Mula mula ok lah dia conteng conteng kat buku. Sepuluh minit tinggalkan diorang buat kerja sendiri, sekali masa nak tukarkan pampers diorang, mengucap panjang PU tengok Auni.....


Tuh dia.....bukan main cantik lagi design kat Auni...Nih baru kaki kanan...Belum tengok kaki kiri dia lagi.....Sabar ajelah....Dah puas dia conteng kat buku, dia conteng kaki pulak....

Yang nih pulak tangan kiri Auni...Sikit punya kreatif Auni nih la...Macam macam design dia buat....Nasib baik Aina conteng kat buku aje...Kalau tak dua dua anak PU nih jadi wall paper bergerak sebab macam macam design ada..hehehe...

Lepas buku, kaki dan tangan pulak jadi mangsa....Dah bagi buku untuk dibuat conteng, nak jugak dia conteng kat kaki dan tangan.

Nota kaki* Sebab tak nak Aina dan Auni tunjuk kekreatifan dekat tangan dan kaki sendiri, PU belikan whiteboard seorang satu untuk buat conteng conteng malam tadi.....Update cerita pasal nih esok jelah, lupa nak snap pic malam tadi.

13 comments:

  1. ala..gambar tak keluar...line tenet ni semput lak..

    kak fieda share video adam dan hawa tu sbb sendiri nk tgk sebenarnya tp tak sangka plk ramai yg minat nk tgk kat situ..tu yg tak pernah miss share tu..

    BalasPadam
  2. hahaha dah besar2 pon main conteng2 lagi..kelakar tol..

    BalasPadam
  3. Heheee, memang kreatif.. :)
    Sama macam Firas semua diconteng sebelum ni, sekarang ni alhamdulillah dah tak conteng merata dah ;)

    BalasPadam
  4. bdk2 begitulah, x boleh nak elak, sama la mcm anak eija pun, Zaquan dulu abis tgn kaki dia conteng, skrg dinding pun dh abis kena conteng, esok adiknya besar, adiknye pulak yg ngikut..huhu..

    BalasPadam
  5. anak2 saya guna whiteboard marker tu kat lantai lepas conteng kat board tu la.

    BalasPadam
  6. hehe..kreatif tu PU, mana tahu ada bakat melukis ni nanti..

    BalasPadam
  7. samalah cam mia..sampai muka n baju pun dilukis...

    BalasPadam
  8. sebijik mcm alisha.. tp alisha lg hebat, xcukup badan dia, bdn ibu dia kne conteng gak.. hihi

    BalasPadam
  9. lepasnie kasik upgrade buat hasil di dinding umah plak=)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.