Selasa, 18 September 2012

Majlis pernikahan Ita (sepupu incik hubby) di Sg Rambai Melaka

Ahad lepas, memang takde apa apa nak buat. So, duduk rumah kemas rumah apa yang patut. Incik hubby pulak diberi pelepasan cuti weekend berkursus, so kerja dia membalas dendam dengan tidur membesarkan badan..lalalala...

Lebih kurang petang dalm pukul 5 lebih, incik hubby bersiap siap nak balik Melaka sebab nak attend pernikahan sepupu dia....Incik hubby banyak kali dah ajak PU nak ikut ke tak tapi hati PU berbelah bagi. al maklum ajelahkan dah hujung hujung bulan nih, tinggal nyawa nyawa ikan dah sebab gaji lambat lagi. So, PU fikir kalau incik hubby balik sorang sorang naik motor save sikit duit kan. Tapi bila difikirkan dari satu sudut yang lain, rasa macam tak patut aje PU biarkan incik hubby balik sorang sorang. Yelah kan, bila dah berkahwin nih family suami family kita juga....Bukannya family i, family i..Family u, family u....No no no...

So, bincang punya bincang, PU decided ikut incik hubby balik juga...Sebab kitorang takut nanti majlis perkahwinan sepupu incik hubby yang akan diadakan bulan November nanti kitorang tak dapat attend. Kitorang sampai lebih kurang pukul 8.30 malam. Sampai je, PU solat kat rumah MIL pastu terus pergi rumah tok mak (nenek incik hubby). Majlis pernikahan diadakan lebih kurang pukul 9 malam....PU pun tak ingat masa yang sebenarnya.....

PU tempek beberapa pic suasana pernikahan malam Ahad tuh. Jemputan pun tak ramai lebih kurang 150 orang tuh pun terdiri daripada family kedua belah pihak...Pernikahan nih diadakan last minit dan tergesa gesa atas sebab kesihatan makcik incik hubby (ibu pengantin perempuan, kitorang panggil mama & suaminya pula kitorang panggil papa) yang tidak mengizinkan selepas pembedahan buang rahim...Maka, pernikahan terpaksa dibuat terlebih dahulu sebab sepupu incik hubby cakap kalau mama dia takde nanti, dia tak nak kahwin.

Actually pengantin perempuan nih sangat sangat rapat dengan mamanya memandangkan dia satu satunya anak mama yang tinggal. Sebenarnya pengantin ada dua orang adik beradik tapi adik lelaki dia dah lama meninggal kerana kemalangan. So, kira sepupu incik hubby nih anak perempuan tunggal. Bila keadaan kesihatan mama tak mengizinkan, maka kata sepakat pun dicapai. majlis pernikahan diadakan terlebih dahulu.

Majlis malam tuh berjalan dengan lancar dan sempurna. serba sederhana. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Ita sah bergelar isteri. Syukur segalanya dipermudahkan.....PU sempat snap beberapa pic sekitar majlis. sorry if gambar tak clear sebab ambik guna hp champ jer...Tab PU buat hal lak malam tuh.....


Pic pelamin...Snap dari tepi jer....Sangat simple dan nice...Ibu pengantin perempuan yang duduk dekat kerusi roda (kat pintu)....


Bapa pengantin yang pakai baju ungu......


Pengantin lelaki debar menanti....


Hilang sudah debaran di hati...Akhirnya sah bergelar suami isteri....


Nih pulak gambar adik adik sepupu incik hubby....Yang tengah tengah cecoet tuh buat gaya satu jari tuh Auni.....Kalau bergambar suka sangat buat gaya dia macam tuh...


Muka diorang lagi...Masa nih puas pujuk Aina bergambar tapi dia tak nak....Angin dia tak berapa baik....


Finally, sekian lama memujuk baru Aina nak bergambar sekali...Tuh pun pic tak standby...


Last but not least, Aina bergambar dengan moksu dia ( adik incik hubby yang bongsu)

Lepas majlis selesai, PU sekeluarga bertolak balik lebih kurang pukul 12.15 malam. Sampai rumah dalam pukul 2 pagi lebih....

6 ulasan:

  1. tak jelas lah muka pengantin..apapun selamat pengantin baru..cubit2 HB

    BalasPadam
  2. sis, singgah kat sini sebab tajuk tu menarik minat sy. Kak thanks for the info. Sy rasa sy kenal ita ni. Norita Kamaruzzaman kan? Kawan sekolah sy n rumah pun tak jauh. Siyes tak tau pun dia nikah. Ye la mcm yg akak ckp, semuanye last minute dan jemputan pun tak ramai. Happy for her. Selamat Pengantin Baru Ita :) n semoga mama ita sihat.

    BalasPadam
  3. last2 ada gak pic aina yer... comel je senyum :-)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.