Isnin, 24 September 2012

Macam mana nak kecutkan rahim selepas bersalin?

Kali nih PU nak share dengan kawan kawan yang sedang pregnant ataupun yang dalam pantang macam mana nak kecutkan rahim ataupun peranakan selepas bersalin. Rasanya ramai yang dah tahu tapi PU tetap jugak nak share kat sini. Sebagai rujukan untuk adik adik PU yang bakal berkahwin nanti kan.

Selain daripada kaedah mengurut yang orang orang tua panggil sekak tuh, PU ada cara lain nak bagi rahim cepat kejut. Nih nenek a.k.a mak PU yang ajar tau sebab dia kan tukang urut. Tak kiralah urut bisa bisa badan ke, orang bersalin ke....Yang penting petua yang dia bagi tuh. Nak nak masa PU bersalinkan Auni, mak PU lah yang jaga.

So, sepanjang berpantang tuh, sebelum mandi PU akan rendam dengan air panas + air sejuk serbuk herba Mustika Ratu. Pastu mandi dengan air rendaman tuh. Tujuannya untuk memecahkan lemak dan menyegarkan badan. Pastu, mak PU akan rendam serbuk teh dengan air panas. Kemudian, masa wap tengah naik menjulang tuh PU akan duduk mencangkung atau berdiri atas wap tuh...Kira wap tuh akan masuk ke dalam rongga faraj kita. Tak silap mak sebut nih bersanggang.

Dan satu cara lagi, bila selesai bersanggang tuh, PU gunakan pad herba Bio Sanitary. Pad nih selain daripada mengeluarkan darah beku dengan cepat, pad nih juga kecutkan rahim dengan cepat. Alhamdulillah, dari lahirkan Aina sehingga Auni, nih yang PU amalkan. So, far takde apa masalah setakat nih. Yelah nak pakai lama kan....

Nota kaki* Kawan kawan macam mana pulak? Leh share dengan PU....Nak tau jugaklah kan sama ke tak cara nak kecutkan rahim...

5 ulasan:

  1. nice sharing..boleh amalkan juga manjakani

    BalasPadam
  2. kak.. untuk pantang gugur 6minggu boleh ikut tak cara ni? tapi rahim dah tertutup dah..

    BalasPadam
  3. kt mne nak cari Mustika Ratu tu kak???de gambar tak???

    BalasPadam
  4. pad ni mmg best kan? bau herba tu wangi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.