Jangan terlalu berharap bila berblog nih dapat duit....

Nak tanya kat kawan kawan la...Apa tujuan kawan kawan berblog? Sekadar suka suka, nak share pengalaman hidup dan bercerita pasal keluarga ataupun sebab nak tambah duit poket? PU akui, dengan berblog nih sedikit sebanyak kita boleh menjana pendapatan atau tambah duit poket kan....Rasanya ramai yang tahu kebanyakkan blogger tambah duit poket melalui Nuffnang.

Tapi apa yang PU nak cakap lah kan, bila berblog nih jangan terlalu mengharap sangat nak tambah duit poket. Nak nak bila sebut pasal BE, ME dan sebagainya. Actually, mula mula dulu PU agak lambat sikit nak faham cara dan konsep BE, ME nih tapi bila ada kawan kawan yang buat entry terangkan apa maksud BE, ME baru PU tahu. Serius, sehingga ke hari ini PU belum berkesempatan dapat walaupun satu BE.

Walaupun dah hantar tiket dekat Nuffnang tanya cara cara nak tambah duit poket dan cara dapat BE, tetapi jika takde rezeki takkan kita nak memberontak, mogok atau boikot Nuffnang pulakkan. Bagi PU, if tak dapat BE sekalipun, sedikit pun tak patahkan semangat PU nak berblog. BAgi PU berblog nih nak share dengan kawan kawan cerita atau coretan hidup PU dan juga info berilmu yang PU tahu. Bagi PU berblog nih untuk bertukar tukar pendapat dan tambah kenalan. Rasanya itu lebih penting.

Rezeki tuh tetap ada di mana mana. If takde rezeki sekarang nih, insyaALLAH suatu hari nanti rezeki itu akan jadi hak kita. Bila kita akan dapat rezeki tuh hanya YA RABB yang tahu. So, jangan terlalu berharap sangat kita akan dapat apa yang kita nak bila berblog nih terutama sekali tambah $$$$. Oleh itu, kita kenalah tingkatkan usaha dan berfikir cara nak nak menarik minat orang lain baca blog kita.

Nota kaki* Sedang berusaha ke arah itu......

8 comments:

  1. A'aa betoi.. berblog, jgn harap $$$.. kak ina kan, berblog sblm ni sekadar nak coretkan kisah alisha n kak ina.. pndek kata, pasal family sendirilah kan..

    tapi alhamdulillah.. bila kita enjoy dgn coretan kita di blog, tanpa disangka2 kak ina blh dpt income.. walaupun xbyk tp bolehlah setakat beli coklat.. hihi

    BalasPadam
  2. saya baru jer tepek nuff..samalah masih tak reti apapun pasal iklan nie..nak hantar tiket apa pulak tuu kat nuff nak dapat BE ???...

    pink ummi nak try masak resepi org gerik?...mai tgk cni..
    http://miaduniaku.blogspot.com/2012/09/rempah-masak-hitam-mudah-dimasak-enak.html
    tq

    BalasPadam
  3. yer kak mna de tuah dtg bgolek..kna la usaha skit hehee :)

    BalasPadam
  4. yg paling penting,orang akan mbca, diperingati dan dihargai pembaca blog sampi bile2..iyer dak?

    BalasPadam
  5. xharap sgt duit dr nuff...wani berblog sekadar berkongsi cerita :)

    BalasPadam
  6. manyakkkk metut..hehe betullah PU..nurulpun tak harapkan duit..pasang nuffnangpun sambil2 lalujer=)suka kenal2 n kutip ilmu bloger2 di luar.mcm blog Pu banyak info yang menarik.pengalaman yang menarik kita leh kongsi=)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.