Selasa, 18 September 2012

Bermula episod duka - PU ditinggalkan incik hubby!!!

Assalamualaikum.....

Semoga kawan kawan yang PU sayangi sihat walafiat hendaknya....Kepada yang bekerja selamat bekerja lah ye (termasuk orang yang menaip entry nih)....No Monday Blues kan??hehehe.....

Sebelum PU update entry pasal cerita semalam, semalam dan semalam punya cerita...Nak share dengan korang pasal tajuk kat atas....Erm......Rasa rasanya kan apa yang terlintas kat kepala korang bila baca tajuk tuh????Hakikatnya memang betul PU ditinggalkan incik hubby.....Sedih sangat sangat.......

Tapi bukan tinggalkan selama lamanya tau tapi tinggalkan sekejap je sebab incik hubby berkursus....Gila apa kan kena tinggal terus boleh maintain update entry bagai.....Sedih memang sedih ditinggalkan incik hubby tapi nak buat macam mana kan, as a wife kenalah faham tugas incik hubby sebagai askar.

Incik hubby attend kursus memandu start 10/09/2012 sampai 24/11/2012......So, apa apa program yang PU plan terpaksa dilakukan tanpa incik hubby. Tapi yang gembiranya, incik hubby cakap kemungkinan weekend diorang boleh balik tapi tak tahu lah kebenarannya setakat mana. Bergantung pada arahan semasa pegawai lah kan....

Nasib baik buah hati pengarang jantung Aina dan Auni ada. So, taklah PU sunyi duduk kat rumah kan...Sekurang kurangnya telatah dua beradik nih boleh kurangkan rasa rindu kat incik hubby.....Lagipun, sebelum berkahwin dengan incik hubby, PU memang tahu risiko dan cabaran berkahwin dengan golongan tentera nih. So, mental dan fizikal kena kuatlah kan. Kalau kena tinggalkan dengan suami tuh tak payah cakaplah, memang dah jadi makanan kepada sesiapa yang bergelar isteri tentera nih.....PU pernah berjauhan dengan incik hubby selama 3 bulan sebab dia kena pergi Pulau Lankayan, Sabah.  Masa tuh, kitorang baru berkahwin dan bayangkan hari raya pertama bergelar isteri orang, PU beraya sorang sorang tanpa incik hubby. Bila ramai tanya, suami mana...PU jawab berjuang demi negara..hehehe....Malas nak jawab lebih lebih...

Nota kaki* Hopefully every weekend incik hubby dan kawan kawan yang lain diberi kelonggaran balik rumah....Sebab weekend nih lah banyak plan nak pergi sana pergi sini kan....

5 ulasan:

  1. siannya dia..huhu..takpe anak2 kan ada,,hehehe...cubit2 nuffnang kat sni

    BalasPadam
  2. mimie jgn sdih2, auni & aina kn ade, hehe...

    br tau hubby mimie askar rupenye..

    BalasPadam
  3. Lama jugak tu kena berkursus, takpe PU cobaan ;)

    BalasPadam
  4. cayalah PU...berjuang demi negara..berkorban demi negara jgk la kan klu kna tinggl lame gitu...sabar ye PU :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.