Jumaat, 28 September 2012

Apa itu rengat? Kawan kawan pernah tak kena rengat?

5:06:00 PTG 13 Comments
Rengat? Apa itu rengat? Okey, PU cerita pengalaman kena rengat masa pantangkan Auni. PU kena rengat nih setiap kali Auni menyusu badan. Bila dia menyusu tuh, hanya ALLAH saja yang tahu sakitnya macam mana. Dekat bahagian perut atas ari ari tuh sakit yang teramat sangat macam nak beranak. PU sakit lebih kurang tiga hari lah...Bila sakit tuh sampai, kadang kadang tak mampu nak layan Auni..Kesian Auni kan...

Setiap kali Auni menyusu, terasa macam rahim nih kena tarik dan kena cucuk dengan jarum. Bila sakit tuh, PU buat aksi seolah olah menendang angin sebab nak tahan sakit..Kejap duduk kejap baring...Mak a.k.a nenek PU cakap, PU kena rengat. PU blur la apa rengat tuh kan. So, bila dah dapat tahu dari pembacaan barulah PU faham apa itu rengat...

Rengat disebabkan darah yang terkumpul selama sembilan bulan di dalam merian bersama uri yang digelar 'darah bantal'. Kalau tak keluar sama semasa proses kelahiran, darah nih akan bertukar jadi racun dalam rahim. Saiz darah nih pulak berbeza beza dari sebesar penumbuk hingga ke saiz yang lebih besar dan tekstur darah nih lembik.

Sesetengah ibu yang bersalin akan kena rengat selepas bersalin anak pertama dan ada juga anak kedua dan seterusnya....Macam PU kena rengat selepas bersalinkan Auni. Serius sakit rengat macam sakit nak bersalin. Bisanya tak tahulah nak cakap macam mana...

Kawan kawan pernah tak kena rengat? Sharelah dengan PU..Nak tahu jugak cerita kawan kawan....

Nota kaki* Taip entry sambil dengar bajet 2013