Aktiviti Hari Raya 2012 Part 2

Assalamualaikum...

Khamis lepas, PU ada cerita aktiviti yang family PU buat masa raya pertama. Kali nih PU nak cerita aktiviti kitorang pada Hari Raya kedua pulak. Hari kedua pulak, kitorang sekeluarga plan nak beraya kat Kg. Padang Jual, Johol rumah Cik Lan. Kitorang konvoi 6 kereta. Bertolak lebih kurang pukul 11.45 pagi sampai lebih kurang pukul 2.00 petang. 

Sampai sampai jer kitorang duduk makan biskut raya dan borak borak dengan mak saudara dan mama. Lepas tuh, makan untuk tengahari dah siap. PU makan untuk group yg second sebab dah penuh sangat takde ruang nak duduk. 

Lebih kurang pukul 3 lebih, PU sekeluarga dan pak lang sekeluarga bertolak balik ke kampung masing masing. Macam pak lang PU sekeluarga nak balik rumah diorang kat Semerah, Johor dan PU sekeluarga pulak nak balik rumah MIL kat Sg. Rambai, Melaka. Keluarga PU yang lain tak tahulah balik PD pukul berapa.

Sepanjang perjalanan nak ke Melaka, PU tidur aje. Kepala dah pening bagaikan. Tahu tahu incik hubby kejut dah sampai rumah MIL. Sampai sampai rumah MIL, PU duduk rehat sekejap dan makan. Lepas solat Isyak, kitorang pergi rumah tok mak (nenek incik hubby) sebab nak rewang untuk program esok hari. nak tahu apa program untuk esok nanti PU update entry seterusnya.

Macam biasalah, PU bersalaman dengan mak saudara mak saudara incik hubby dan tolong buat kerja apa yang patut. Kerja selesai lebih kurang pukul 11 malam lebih lah. Mata dah mula mengantuk. Auni pun dah meragam menangis. Aina pulak leka main dengan adik adik sepupu incik hubby...So, disebabkan mata memang dah mengantuk gila tak boleh nak tahan, PU tidur sekejap tunggu incik hubby siapkan kerja dia. Actually, rumah tok mak selang sebuah rumah jer dari rumah MIL tapi dah malam malam kan. Nak jalan kaki tuh, agak berat sikitlah....hehehe....

Lepas dah siap kerja semua, incik hubby hantar balik. Dia pulak pergi semula rumah tok mak sambung buat kerja lain pulak. PU, Aina dan Auni mula melayan mata.....Badan memang flat gila lah...

Nota kaki* Entry nih takde gambar sebab langsung tak terfikir nak snap gambar....Aktiviti hari raya ketiga baru ada gambar balik...hehehe...

5 comments:

  1. WAH RAYA SAKAN...SMPAI PIC PN X SEMPAT NK SNAP..:)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum, Hana singgah blog comel ni :)BTW, Hana ade tag awak dalam contest. Jemput la join ye :)
    --> http://justforfund.blogspot.com/2012/08/contest-fizgraphic-vector-gambar-saya.html

    BalasPadam
  3. wahh kak sakan beraya..sonoknye ade family sndri ni :)

    BalasPadam
  4. haa tu la kan, kdg2 beraya smpai lupa n xterpikir nak ambik gambo kan.. hihi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.