Isnin, 13 Ogos 2012

Aina tunjuk skill seni dia pulak!!!

Assalamualaikum....

Entry PU yang agak dah basi...Sepatutnya nih cerita bulan lepas tapi disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan program kat tempat kerja, barulah PU berkesempatan nak update entry pasal anak dara sulung PU, Aina.

Alkisahnya, incik hubby PU cuti 2 hari. So, dia cakap anak anak tak perlu hantar rumah makngah, dia nak jaga anak anak. Okeylah kalau dia dah cakap macam tuh kan....

Nak dijadikan cerita masa hari kedua incik hubby jaga anak anak, macam macam lah incik hubby mengadu pasal fiil anak anak dara dia. Tak nak tidur lah apa lah..Time PU jaga Aina dan Auni hujung hujung minggu, confirm diorang akan tidur. Tapi bila abi diorang jaga, diorang tak nak tidur...Lepas tuh, incik hubby buka lah cerita si Aina buat lukisan seni kat dinding...

Masa tuh, PU dengar cerita incik hubby sambil baring baring atas sofa....Bila dengar aje Aina buat lukisan dekat dinding terus PU bangun dan tanya dinding mana. Incik hubby cakap dinding kat sebelah sofa PU tidur tuh la.....Ya ALLAH...Dah dua hari Aina conteng dinding, PU boleh tak perasan....Bila incik hubby tunjuk baru PU perasan. Sekali bila PU tengok lukisan Aina tuh, terus PU cakap kat incik hubby "Tak reti reti lagi ke anak abang bagi hint suruh beli cat..hehehe".



Actually, Aina conteng dinding panjang tau.....Dia start conteng dari awal dinding (gambar atas sekali) sampai lah habis....Pengakhiran dinding tuh kat sliding door.....Kira panjang dinding PU lebih kurang 2 1/2 setengah depa lah...

Yang kelakarnya, bila PU panggil Aina nak tanya pasal dia conteng dinding tuh......

PU : Aina, siapa suruh conteng dinding? (sambil tuh duk usap usap kepala dia)
Aina : Bi....(sambil tuding jari telunjuk dia kat incik hubby)

PU dah tergelak besar bila dengar jawapan Aina. PU tanya soalan yang sama, dia jawab yang sama juga....Incik hubby dengar Aina tuduh dia terus dia cakap "Pandailah cakap orang yang suruh....."Kitorang masa tuh dah gelak. Kecil kecil dah pandai tuding jari kat orang...Yang jadi mangsa abi dia lah..hahaha...

6 ulasan:

  1. hahaha...sabo je lah..sebab dlu my haikalayu mmg kreatif juga tp semenjak dh sekolah ni conteng buku jer

    BalasPadam
  2. hihiihih...senyum baca entry nie...anak kita mmg suka conteng dinding gak walau dah beli buku...

    BalasPadam
  3. hahahhaa..kelakar la Aina ^^
    dia dah nk blaja menulis la kot.

    BalasPadam
  4. heee,anak buah nana suka jgk conteng2 ni,kena perati sokmo,heee......

    BalasPadam
  5. mmg tunjuk skill seni sungguh la tu eheeeee

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.