Selasa, 28 Ogos 2012

Aktiviti Hari Raya 2012 Part 3

4:52:00 PTG 9 Comments

Assalamualaikum...

Okey, PU proceed aktiviti hari raya ketiga pulak.....PU masih kat Melaka lagi.....Actually, raya ketiga nih PU dah berjalan ke mana mana pun sebab kat rumah tok mak incik hubby ada buat open house dan pukul 2.00 petang pulak ada majlis pertunangan sepupu perempuan incik hubby....

So, keadaan kat rumah tok mak memang sibuklah orang buat kerja masing masing kan.....PU tolong apa yang patut....Orang yang datang pun tak ramai mana tapi boleh tahan jugak lah kan...Al maklum jelah raya ketiga mesti diorang sibuk beraya sakan kan....

Lebih kurang pukul 2.20 rombongan lelaki sampai. Diorang letak hantaran dan makan dulu. Diorang datang dari Perak, masing masing tengah lapar...

Lepas diorang dah makan, majlis bertunang bermula. PU tak dengar pun butir perbincangan kedua dua belah pihak sebab sibuk sangat nak ambik gambar hantaran nak buat rujukan untuk adik PU...hehehe...










Lepas selesai majlis bertunang nih...PU dan incik hubby bersalaman dengan saudara mara sebab kena bergegas balik rumah...Incik kerja malam tuh.....

Nota kaki* Esok PU cuti...Isnin depan baru start kerja..hehehe

Isnin, 27 Ogos 2012

Aktiviti Hari Raya 2012 Part 2

3:14:00 PTG 5 Comments
Assalamualaikum...

Khamis lepas, PU ada cerita aktiviti yang family PU buat masa raya pertama. Kali nih PU nak cerita aktiviti kitorang pada Hari Raya kedua pulak. Hari kedua pulak, kitorang sekeluarga plan nak beraya kat Kg. Padang Jual, Johol rumah Cik Lan. Kitorang konvoi 6 kereta. Bertolak lebih kurang pukul 11.45 pagi sampai lebih kurang pukul 2.00 petang. 

Sampai sampai jer kitorang duduk makan biskut raya dan borak borak dengan mak saudara dan mama. Lepas tuh, makan untuk tengahari dah siap. PU makan untuk group yg second sebab dah penuh sangat takde ruang nak duduk. 

Lebih kurang pukul 3 lebih, PU sekeluarga dan pak lang sekeluarga bertolak balik ke kampung masing masing. Macam pak lang PU sekeluarga nak balik rumah diorang kat Semerah, Johor dan PU sekeluarga pulak nak balik rumah MIL kat Sg. Rambai, Melaka. Keluarga PU yang lain tak tahulah balik PD pukul berapa.

Sepanjang perjalanan nak ke Melaka, PU tidur aje. Kepala dah pening bagaikan. Tahu tahu incik hubby kejut dah sampai rumah MIL. Sampai sampai rumah MIL, PU duduk rehat sekejap dan makan. Lepas solat Isyak, kitorang pergi rumah tok mak (nenek incik hubby) sebab nak rewang untuk program esok hari. nak tahu apa program untuk esok nanti PU update entry seterusnya.

Macam biasalah, PU bersalaman dengan mak saudara mak saudara incik hubby dan tolong buat kerja apa yang patut. Kerja selesai lebih kurang pukul 11 malam lebih lah. Mata dah mula mengantuk. Auni pun dah meragam menangis. Aina pulak leka main dengan adik adik sepupu incik hubby...So, disebabkan mata memang dah mengantuk gila tak boleh nak tahan, PU tidur sekejap tunggu incik hubby siapkan kerja dia. Actually, rumah tok mak selang sebuah rumah jer dari rumah MIL tapi dah malam malam kan. Nak jalan kaki tuh, agak berat sikitlah....hehehe....

Lepas dah siap kerja semua, incik hubby hantar balik. Dia pulak pergi semula rumah tok mak sambung buat kerja lain pulak. PU, Aina dan Auni mula melayan mata.....Badan memang flat gila lah...

Nota kaki* Entry nih takde gambar sebab langsung tak terfikir nak snap gambar....Aktiviti hari raya ketiga baru ada gambar balik...hehehe...

Khamis, 23 Ogos 2012

Aktiviti Hari Raya 2012 Part 1

3:27:00 PTG 11 Comments
Assalamualaikum.....

Selamat Hari Raya kawan kawan yang PU sayang semua. Still dalam mood raya lagi kan??Patutlah PU bw blog korang pun masih takde entry baru sebab mood beraya yang masih segar membugar dalam diri memasingkan.....PU aje yang menyibuk mengupdate entry...Maklumlah kalau orang lain masih bercuti, PU dah start kerja pun....huhuhu....

Okeylah, PU nak share cerita dengan korang cerita PU sekeluarga pada Hari Raya pertama.....Pagi pagi sudah menjadi rutin family besar PU berkumpul pagi pagi kat rumah mak a.k.a nenek PU lah....Tapi pagi raya tuh, PU lewat sikit sampai rumah mak sebab PU dari rumah kat Bandar Seri Sendayan. Perjalanan dari rumah PU ke rumah mak lebih kurang 40 minit lah.....Bila PU sekeluarga hampir sampai rumah mak, kitorang terserempak dengan family besar PU yang on the way nak pergi kubur.

So, rutin biasa kitorang pergi ke kubur arwah arwah keluarga......PU sempat pergi ke kubur arwah atok, nenek dan tok long sebelah ayah....Pastu, kubur arwah tok aki, moyang, atok dan pak ngah sebelah mama PU....Ramai jugak dekat kubur pagi raya kan...Masing masing ada yang berteleku lama sedekahkan yassin, al-Fatihah.....Kira memmasing dengan aktiviti sendiri lah kan...

Lepas balik dari kubur, kitorang pergi rumah mak semula duduk berkumpul. Kat rumah mak nih lah segala aktiviti yang kitorang buat. Makan, tangkap gambar bagaikan ngalahkan ko artis kan.....Sebelum nih, PU ada cakap PU takde baju raya lagi kan...Sekali hamek ngko!!!Sekali tiga pasang PU beli...Semuanya total under RM 150.00....Bajunya cantik dan murah...Puas hati lah..Tapi, bila pakai baju raya yang PU pakai nampak gemuk pulak daku nih hah..Terserlah ketembaman....huhuhu....

Pagi raya tuh, PU tak makan sangat. PU cuma makan pulut kuning dan kari ayam aje. Takut nak makan lebih lebih nanti sakit perut pulak......Masa PU banyak dihabiskan dengan bergambar dan bersalam salaman dengan saudara mara, sepupu sepapat dan seperti biasalah bagi duit raya kan.....


PU dengan adik beradik dan sepupu sepapat...Nih sebahagian aje tau....PU, Dian, Farah, Suria dan Ika..


Keluarga tersayang PU....Dari kiri duduk : Ayah, Auni, Baby (adik bongsu), Mama dan Aina....Dari kiri berdiri : Suria (adik no 3), Amar (adik no 4), Dian (adik no 2) dan PU....Adik lelaki PU no 5 dan no 6 takde dalam gambar sebab diorang dah pergi beraya...Gambar incik hubby takde sebab dia sibuk nak makan, orang panggil bergambar sekali dia tak dengar...Sabar ajelah den....


Yang nih pulak gambar adik beradik mama PU....Pakcik PU yang bongsu takde dalam gambar sebab entah mano menghilang eh...

Duduk dari kiri : Mama, Mak a.k.a nenek, Mak Ngah...Berdiri dari kiri : Mak Lang, Cik Jun dan Mak Uda...



Yang nih pulak gambar mak dengan menantu menantu dia...Seorang jer menantu perempuan yang lain semua menantu lelaki....Dalam gambar nih cuma takde gambar arwah Pak Ngah jer...


Jeng jeng jeng...gambar PU sekeluarga dengan mak pulak....Kitorang diberi layanan istimewa sebab PU merupakan cucu sulung.....So, mak sibuk panggil suruh bergambar dengan dia..hehehe


Haa....Nih lah gambar PU dengan adik beradik dan sepupu sepapat yang perempuan....Yang lelaki dah bertebaran pergi raya....Sepupu sepapat lelaki PU semua budak budak kecik dan bersekolah lagi....Sepupu sepapat perempuan yang kebanyakan dah besar belaka....

 Gambar PU dengan buah hati buah hati kesayangan Aina dan Auni....


Gambar PU sekeluarga............Actually ada dua gambar yang lagi satu tuh Aina dan Auni langsung tak pandang kamera...Yang nih kira boleh lah....hehehe

Lepas aktiviti bergambar nih, ada lah saudara mara datang bertandang ke rumah mak...Lebih kurang pukul 12 lebih kitorang berkonvoi 10 biji kereta pergi Batu Berendam Melaka beraya kat rumah Tok Anjang PU rumah adik mak.....Lepas tuh kitorang beraya kat rumah mak mentua PU kat Sg Rambai Melaka pulak.Kali nih 5 biji kereta jer yang pergi, yang lagi 5 biji pergi beraya kat Tg Bidara...

Kitorang sampai PD dalam pukul 8.00 malam....PU sekeluarga singgah tumpang mandi kat rumah mama.....Lepas tuh terus pergi rumah mak semula sebab malamnya kitorang buat BBQ pulak....PU terlupa nak snap pic suasana BBQ malam tuh sebab masing masing ingat nak makan jer....Satu jer gambar sempat snap tuh pun dengan adik PU yang kedua...Jadilah kan daripada takde...hehehe...


PU pakai baju raya yang kedua...Tahun nih tema baju raya PU ialah kotak kotak.....hehehehe......

Okeylah, dah habis cerita pasal aktiviti PU sekeluarga pada hari Raya pertama....Esok sambung buat entry hari Raya kedua PU pulak....

Nota kaki* Petang nih nak beraya kek Rombau pulak..Kampung jiran PU, nak ziarah wifenya yang dlm pantang.....Lepas nih berduyun duyun entry PU kena taip...Naik kejang lah jari jari PU menaip..hehehe

Khamis, 16 Ogos 2012

Program Semarak Ramadhan : Kacau Dodol

3:52:00 PTG 4 Comments
Sebelum nih PU ada beritahu korang, PU sibuk dengan program kat tempat kerja kan. Rabu minggu lepas sibuk dengan program Bubur Lambuk (entry tak berupdate lagi dah update pasal dodol..huhuhu), Selasa lepas 14.08.2012 PU sibuk dengan program kacau dodol. Alhamdulillah se,muanya berjalan dengan lancar.....

Program kacau dodol nih adalah pertama kali diadakan kat tempat kerja PU tau. Bubur lambuk pulak kali ketiga....Kacau dodol nih dibuat pun atas permintaan Dato' KP sendiri....So, siapa berani ingkar arahan walaupun hati terbakar siapa yang tahu..hahaha...Yelah, penat bubur lambuk tak habis lagi mengadap pulak kacau dodol nih...Tapi, kitorang tetap profesional okeh!!!Program tetap berjalan seperti yang dirancangkan....

Jom layan gambar gambar sekitar majlis kacau dodol tuh......






Time packing dodol




Muka happy selepas selesai pack dodol.....

Alhamdulillah, segala galanya berjalan dengan lancar. Dodol dodol nih dah pun selamat kitorang agih agihkan. Serius korang dodol nih memang sempat. Sifu dodol nih kitorang import khas dari Bukit Rokan, ayah dan ibu salah seorang officemate PU.

Persiapan Raya PU tahun ini!!!

11:19:00 PG 3 Comments
PU pasti sekarang nih ramai yang sibuk buat persiapan di saat saat akhir bulan Ramadhan sempena nak sambut bulan Syawal yang tinggal beberapa hari saja.....Mesti ada yang dah siap persiapan sempena raya nih 100% dan mungkin yang belum siap apa apa lagi persiapan raya...

PU tak tahulah kenapa tahun nih mood raya PU kurang. Mungkin sebab rasa diri nih dah tua kot.....Tak semeriah raya anak anak kecil....Untuk persiapan raya tahun nih, PU lebihkan pada Aina dan Auni....

Motip tempek gambar nih.....Saja saja je nak meriahkan entry nih..hehehe

Alhamdulillah Aina dan Auni dah ada dua pasang baju kurung. PU belikan diorang baju kurung jenis cotton...Memang cantik corak baju tuh...Yang lagi satu, tok wan a.k.a MIL buatkan untuk diorang....Then, baju jalan diorang pun MIL ada belikan untuk cucu cucu dia.....untuk baju jalan Aina dan Auni dah tak payah beli lagi sebab sebelum nih incik hubby pergi Kelantan belikan anak anak baju jalan....So, Aina dan Auni dah ada dua pasang baju kurung dan dua pasang baju jalan....Cuma yang tinggal nak belikan dua beradik nih kasut raya. InsyaALLAH, lepas berbuka puasa malam nih kat tempat kerja, PU dan incik hubby shopping kasut raya Aina dan Auni.

Untuk incik hubby pulak, awal awal lagi dia dah pesan tak payah belikan dia baju melayu. Dia cakap pakai je apa yang ada. Yang penting baju raya anak anak dan PU ada. Tapi, sehingga ke hari nih PU belum beli lagi baju raya tau. Tengah duk mencongak congak nak beli baju raya ke tak. Sebab dalam almari PU masih ada jubah yang cantik dan jarang PU pakai. PU pakai ajelah time raya nanti..Tapi incik hubby dah bagi duit suruh beli baju raya jugak...Tengoklah dulu macam mana kan..

Tema kaler raya tahun nih ialah kaler hentam sajalah Labu!!!hehehe.....Kaler campur campur.....Takde tema yang ditetapkan....Kih kih kih....Takde masa nak set tema kaler lah...Busy dengan tugasan dan program kat tempat kerja..InsyaALLAH, tahun depan baru ada kot. Kena prepare awal awal lah nampaknya kan....

Selasa, 14 Ogos 2012

Kad Raya untuk kawan kawan blogger

3:22:00 PTG 6 Comments

Assalamualaikum...

Hari nih PU update entry cepat cepat sepantas kilat. Tempat kerja PU ada program kacau dodol hari nih. So, tak dapat nak terjah blog korang.

Kepada kawan kawan yang dah hantar alamat untuk kad raya tuh, maaf ye kalau PU hantar lambat. InsyaALLAH esok PU pos ye. Lagi nak dekat raya, lagi banyak program pulak kat office PU nih.

So,korang jangan risau ye. Korang tetap terima kad raya drp PU. Kalau dah terima nanti,inform PU ye. Nak balas,balas lah. Kalau tak balas pun takpe, PU ikhlas nak bagi kat korang. Harap korang sabar menunggu kad raya drp PU.

Nota kaki*Sorry kalau ada typing error. Update entry guna tab je.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Isnin, 13 Ogos 2012

Inisiatif yang PU cari untuk kurangkan atau hilangkan batuk.....

4:11:00 PTG 9 Comments
Entry sebelum nih PU ada beritahu inisiatif yang PU cari untuk kurangkan @ hilangkan batuk... Memang cara nih mujarab lah....Aina dan Auni dah tak batuk lagi. Cuma PU jer still batuk lagi..Tapi dah kurang sikitlah.......Tak seteruk macam minggu lepas......

Rasanya inisiatif atau cara yang PU gunakan untuk kurangkan @ hilangkan batuk nih ramai kot yang dah ikut dan buat....


Caranya, PU beli aiskrim vanilla mangkuk yang besar lepas tuh, sampai kat rumah terus bagi anak anak makan aiskrim. Aina dan Auni biasalah makan sekali tak cukup nak makan mesti dua tiga kali tambah....

Alhamdulillah, batuk Aina dan Auni dah hilang terus. Batuk PU kurang lah.....Balik nih lepas bukak puasa memang mengadap aiskrim vanilla lah jawabnya.

Nota kaki* Nak kemas kemas dah nih....Nak balik rumah..hehehe

PU masih tak sihat lagi!!!

2:22:00 PTG 3 Comments
Entry nih menjawab pertanyaan IntaNBerliaN dari komen entry PU sebelum nih ye....

Untuk pengetahuan kawan kawan semua, alhamdulillah anak anak PU dah siaht sepenuhnya......Cuma PU saja masih belum pulih sepenuhnya....Dah dua hari PU mengalami sesak nafas atau pendek kata kena asma...Nasib baik baik stok ubat asma ada lagi. Dah telan sebiji semalam, alhamdulillah hari nih dah okey sikit tak sesak nafas macam hari hari sebelum nih....

Cuma, PU still batuk dan selsema. Batuk pun tak seteruk sebelum nih.....Dah kira kurang sikit tahap kegatalan tekak...Actually, batuk PU memang teruk gila lah...Dah telan ubat batuk pun tak juga kurang. Makin teruk adalah.....Pernah sekali tuh, PU makan ubat batuk time sahur, bila nak pergi kerja tuh, PU dah mula mengantuk. Bayangkanlah PU drive kereta sambil mata dah kuyu (hampir hampir terlelap), dengan drive perlahan lagi bertambah mengantuk PU dibuatnya. Akhirnya, PU ambil keputusan drive laju sebab nak hilangkan ngantuk tuh. Sampai office, PU tidur sekejap kat sofa..Memang mengantuk gila penangan dari ubat batuk....

Dan akhirnya PU cari inisiatif untuk hilangkan batuk PU dan anak anak...Alhamdulillah inisiatif yang PU ambil tuh berjaya menghilangkan batuk anak anak PU dan mengurangkan sakit tekak PU nih.....Nanti PU share dengan korang apa yang PU buat untuk kurangkan @ hilangkan batuk.....

Nota kaki* Esok, office PU buat program kacau dodol pulak.....Sebab VIP nih nak kitorang buat dodol. Penat buat bubur lambuk tak habis lagi, dah mengadap pulak buat benda nih...Sabar ajelah...Senangnya bila jadi orang besar @ atasan nih kan..Tahu bagi arahan jer, yang teruk bekerja orang orang bawah macam PU nih la kan.....

Topi baru Auni.....Cantik tak???(^_^)

12:41:00 PTG 8 Comments
Cerita pasal Auni pulak...Malam tadi punyalah seronok Auni mengayakan topi baru dia nih.....Ke hulur ke hilir dengan topi baru....Dengan gaya ala ala seksi tak berbaju hanya pakai pampers saja.....Erm sabar jelah tengok anak dara seorang nih....


Cantik tak topi saya aunty aunty semua??


Tangan kanan letak kat telinga konon konon tengah bercakap kat phone...Yang penting gaya ye aunty aunty semua??

Topi Auni nih mudah didapati di kedai kedai berhampiran kediaman korang ye..hehehe

Aina tunjuk skill seni dia pulak!!!

12:20:00 PTG 6 Comments
Assalamualaikum....

Entry PU yang agak dah basi...Sepatutnya nih cerita bulan lepas tapi disebabkan kekangan masa dan sibuk dengan program kat tempat kerja, barulah PU berkesempatan nak update entry pasal anak dara sulung PU, Aina.

Alkisahnya, incik hubby PU cuti 2 hari. So, dia cakap anak anak tak perlu hantar rumah makngah, dia nak jaga anak anak. Okeylah kalau dia dah cakap macam tuh kan....

Nak dijadikan cerita masa hari kedua incik hubby jaga anak anak, macam macam lah incik hubby mengadu pasal fiil anak anak dara dia. Tak nak tidur lah apa lah..Time PU jaga Aina dan Auni hujung hujung minggu, confirm diorang akan tidur. Tapi bila abi diorang jaga, diorang tak nak tidur...Lepas tuh, incik hubby buka lah cerita si Aina buat lukisan seni kat dinding...

Masa tuh, PU dengar cerita incik hubby sambil baring baring atas sofa....Bila dengar aje Aina buat lukisan dekat dinding terus PU bangun dan tanya dinding mana. Incik hubby cakap dinding kat sebelah sofa PU tidur tuh la.....Ya ALLAH...Dah dua hari Aina conteng dinding, PU boleh tak perasan....Bila incik hubby tunjuk baru PU perasan. Sekali bila PU tengok lukisan Aina tuh, terus PU cakap kat incik hubby "Tak reti reti lagi ke anak abang bagi hint suruh beli cat..hehehe".



Actually, Aina conteng dinding panjang tau.....Dia start conteng dari awal dinding (gambar atas sekali) sampai lah habis....Pengakhiran dinding tuh kat sliding door.....Kira panjang dinding PU lebih kurang 2 1/2 setengah depa lah...

Yang kelakarnya, bila PU panggil Aina nak tanya pasal dia conteng dinding tuh......

PU : Aina, siapa suruh conteng dinding? (sambil tuh duk usap usap kepala dia)
Aina : Bi....(sambil tuding jari telunjuk dia kat incik hubby)

PU dah tergelak besar bila dengar jawapan Aina. PU tanya soalan yang sama, dia jawab yang sama juga....Incik hubby dengar Aina tuduh dia terus dia cakap "Pandailah cakap orang yang suruh....."Kitorang masa tuh dah gelak. Kecil kecil dah pandai tuding jari kat orang...Yang jadi mangsa abi dia lah..hahaha...

Khamis, 9 Ogos 2012

Selesai program bubur lambuk, PU pulak demam....

12:39:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum....

Alhamdulillah, program masak bubur lambuk yang PU kendalikan berjalan dengan lancar. Cuma ada timbul sedikit ketidakpuashatian antara kitorang (staf2) dengan bos kitorang. Tapi masalah tuh dapat diselesaikan dengan baik.

Actually sehari sebelum program tuh start PU dah demam tapi tak teruk sangatlah...Tapi semalam, selesai jer program tuh, PU dapat rasa suhu badan naik. PU singgah rumah mama sekejap nak hantar bubur lambuk dan PU tumpang tidur sekejap sebab badan memang dah flat gila....Pastu, ayah PU bagi ubat demam kat PU dia suruh makan 2 biji. PU boleh termenung tengok ubat tuh sebabnya ubat tuh besar gila....Sekali nak telan 2 biji, rasa macam tersengakang kat tekak nih. Tapi, nak elok punya pasal PU makan juga lah kan..Lagipun, kasihan ayah PU susah payah belikan ubat tuh PU pulak tak nak makan..Nanti kecik hati dia kan...

Hari nih, PU ingat nak balas jejak korang tapi PU tak terdayalah...PU cuma BW dan baca entry korang aje...Lagipun, PU nak settlekan kerja hakiki yang wajib dibuat. InsyaALLAH, bila dah settle semua kerja dan PU pun dah sihat, PU akan balas jejak korang.....

Nota kaki* PU demam, selsema dan batuk...Badan pun bisa2..Aina dan Auni pulak batuk....Actually PU selsema dan batuk nih berjangkit kat Auni la..hahaha

Isnin, 6 Ogos 2012

Kenapa bertiga aje???

4:21:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum...

Rentetan entry PU kami bertiga, ada yang bertanya bertiga aje? Mana ayahnya? Mungkin ada yang tertanya kan mana ayahnya....



So, PU jawab ajelah soalan yang ditanyakan oleh kawan dua orang nih ye....Mana ayahnya ye? Actually, PU sekeluarga ada 4 orang lah semuanya....PU, incik hubby, Aina dan Auni...

So, kalau kitorang nak bergambar, PU dan incik kena gilir gilir lah jadi photoG...Kat entry kami bertiga tuh, PU bergambar dengan anak anak. So, yang tukang ambil gambar incik hubby. Kalau incik hubby nak bergambar dengan anak anak pulak, PU pulak ambilkan gambar. Kesimpulannya, memang payahlah nak cari gambar kami berempat.....

Kesimpulannya, kalau korang nak tengok gambar kitorang berempat, tunggulah raya tahun nih ye.....

Ahad, 5 Ogos 2012

1 tahun 4 bulan

8:00:00 PG 5 Comments
ENTRY AUTO PUBLISH

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah hari nih genap umur Auni 1 tahun 4 bulan......Pejam celik pejam celik dah besar pun Auni. Perangai pun semakin menjadi jadi....Biasalah kenakalan baby macam Auni nih. Panjat sana panjat sini, tekan sana tekan sini, koyak sana koyak sini.....



Setiap anak memang perangai berbeza dan cabaran nak jaga diorang juga berbeza.....Antara Aina dan Auni, Auni lah yang paling banyak cabaran untuk PU tempuh dan lalui nak jaga dia.....Mungkin betullah apa orang kata anak kedua nih memang berbeza dengan adik beradiknya yang lain...yang penting pengalaman bersalinkan Auni juga menakutkan PU..Sampai sekarang masih terasa keperitan melahirkan Auni...InsyaALLAH ada masa nanti PU akan cerita pengalaman bersalinkan Aina dan Auni dekat kawan kawan.....Tengok kawan kawan blogger lain yang pregnant cerita pengalaman pregnant dan bersalin...PU teringin juga nak share...hehehe...

Yang paling seronok bila dengar Auni bercakap......Khamis lepas jadi satu peristiwa yang kelakar kat rumah mak ngah PU..Auni punya angkara....hehehe...nanti PU cerita kemudian....

Syukur, hari nih Auni dah 1 tahun 4 bulan.....Tinggal 8 bulan je lagi Auni dua tahun...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Kami bertiga......

8:30:00 PG 6 Comments

Jumaat, 3 Ogos 2012

Majlis Wida' dan Iftar Jam'ie BAKA NS

3:41:00 PTG 10 Comments
Alhamdulillah majlis semalam yang diadakan di tempat kerja PU berjalan dengan lancar......Syukur....ermmm tak tau nak cerita apa...PU cerita di sebalik gambar lah ye...


Majlis Wida' dimulakan jam 0630....Ucapan dari mc semalam ialah Us. Shukri Abdullah..Dia nih photoG juga tau...Tak kira lah untuk majlis apa pun....


Ustaz yang dipertanggungjawabkan untuk membaca doa...Us.Nizam ataupun kitorang panggil bila bergurau abe Nije...


Ucapan khas daripa Us. Nizam (IPD Tampin) yang akan bertukar ke IPD Temerloh, Pahang....

Selesai majlis Wida', kitorang buka puasa minum air + makan kurma...Pastu, continue solat maghrib...Dah selesai solat baru lah start Iftar pulak....


Cupcakes hasil air tangan officemate PU a.k.a kak Aida Sulastry...


Pizza Besar Punyer hasil air tangan our big boss.....


Pencuci Mulut - Tembikai, Oren, Kiwi dan buah Naga


PU kurang sikit buah Naga kaler putih nih...PU suka yang kaler merah tuh...Tapi tuh la kaler merah tuh melekat kan kaler dia kalu kita pegang....


Yang paling penting...buah kurma okeh, PU import mari dari Port Dickson


Antara potluck dessert yang ada....Macam macam ada...


Air jambu batu + nata de coco = hasil air tangan orang bujang + tak bujang..hehehe


Makan makan time.....


Sambil makan, borak borak.....


Turn ambil air..Dah tak sabar nak minum nih...Geram je tengok air nih....Sila abaikan muka PU tanpa mekap tuh..hehehehe.Sekarang PU dah tak rajin nak mekap...Keluar rumah pun pakai foundation + lip smooth jer.....


Sesi membungkus lebihan lauk pauk bawa balik ke rumah....Buat makan untuk bersahur nanti...hehehe...Majlis tamat lebih kurang jam 2100.....

Sangat seronok dan enjoy dengan majlis semalam.....Syukran..

Nota kaki* Dah dapat bayangkan majlis Wida' yang akan berlangsung lepas nih. Salah seorang pegawai awam pejabat PU akan bertukar ke Perlis. 

Yeayyy!!!Terima kad raya daripada blogger.....

2:41:00 PTG 10 Comments
Semalam balik rumah tengok ada surat dalam peti surat....Satu bil astro..Satu lagi kad raya untuk PU...Mula mula tertanya tanya juga siapa yang baik hati bagi PU kad raya...

Bila dah bukak kad raya tuh baru tahu siapa yang bagi....Tersenyum lebar PU....Sebenarnya masa baca kat raya tuh PU tertanya juga mana blogger nih dapat alamat PU...PU ada bagi ke?Bila???Sah lah kan PU nih memang pelupa....


Nih la kad raya yang PU terima tuh...Terima kasih Waniey...Kad raya nih cantik tau....Sweet jer kaler kad nih...


Nih bahagian dalam kad raya - Ucapan raya daripada Waniey....So sweet :)..Thanks a lot to Waniey for the Kad Raya...

Nota kaki* Kepada bakal penerima kad raya daripada PU, harap bersabar ye...InsyaALLAH by next week PU pos selepas selesai program besar besaran PU tuh...

Alhamdulillah, hampir selesai tugas yang diamanahkan....

1:17:00 PTG 2 Comments
Assalamualaikum....

Entry sebelum nih PU minta maaf kat kawan kawan blogger lain sebab tak dapat nak tinggalkan jejak. Majlis berbuka semalam pun dah selesai....Alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pu pun ada war warkan PU diamanahkan untuk mengendalikan program masak bubur lambuk next week kan...Syukur, tugasan yang diberikan hampir selesai tinggal nak buat aturcara program dan preparation for next week saja. Mudah mudahan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Disebabkan hari nih hari Jumaat, masa rehat pun panjangkan....PU akan jejak rumah korang dan komen entry entry korang yer.....PU akan cuba selesaikan hari nih jugak sebab start hari Selasa, PU dah mula sibuk. Dan PU akan cuba buat entry baru untuk hari nih.

Nota kaki* Nak buat auto publish entry untuk hari esok dan Ahad....

Ce teka masa nih PU pregnant kan siapa? Aina atau Auni?

8:30:00 PG 11 Comments

Khamis, 2 Ogos 2012

Mohon maaf kat kawan kawan semua

12:41:00 PTG 10 Comments
Assalamualaikum..

Entry yang ditaip dengan sepantas kilat. 

(1) PU nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada kawan kawan yang sudi singgah blog picisan PU dan tinggalkan komen dan jejak korang. Terima kasih sekali lagi...Sayang korang semua ketat ketat (>_<)...Tapi PU nak minta maaf bebanyak kat korang sebab PU tak berkesempatan nak tinggalkan komen. Hanya ada dua tiga blog sahaja yang PU sempat komen entry yang lain PU sekadar baca. PU tak menang tangan nak terjah rumah korang sebab PU sangat sangat sibuk.

(2) Banyak cerita nak share dengan korang tapi satu pun PU tak dan nak taip apatah lagi nak buat draf. Untuk pengetahuan korang, PU diberi amanah dan kepercayaan oleh  bos PU untuk mengendalikan satu program anjuran tempat kerja PU sempena bulan Ramadhan iaitu memasak bubur lambuk. Program tuh akan berlangsung minggu depan hari Rabu (08.08.12)..PU dapat makluman yang PU diberi mandat untuk pikul tanggungjawab nih hari Selasa baru baru nih. Korang bayangkanlah, hari Selasa baru tahu PU kena mengetuai program nih dan program nih nak buat Rabu minggu depan...Mahu tak kelam kabut dibuatnya...Memang stress la,h tinggal beberapa hari sahaja lagi PU perlu siapkan semua dokumen berkaitan, hari hari buat meeting bincangkan pasal bubur lambuk nih.....

(3) Tuh pasal bubur lambuk....Ha...petang nih pun ada program juga..Majlis berbuka puasa dan majlis perpisahan staf...PU diamanahkan bawa apam polkadot..Kawan kawan office yang lain bawa menu masing masing lah kan....Hari nih, dengan sukacitanya PU maklumkan PU balik lewat...InsyaALLAH sampai malam..Terpaksa ambil anak anak malam malam...PU tawakal jer drive malam malam nih sebab mata tak berapa nampak..Cermin mata tertinggal dekat rumah pulak.....Doakan supaya semuanya selamat.

(4) InsyaALLAH, bila PU dah tak busy, PU akan terjah rumah rumah kesayangan pengarang jantung PU ye...Mungkin tiada entry daripada PU....PU cuma akan auto publish beberapa gamabr utnuk tonton korang saja..Ohya, untuk penerima kad raya by next week la PU post yer...Sekali dengan hadiah IB....Minggu nih sehingga Rabu depan merupakan hari paling busy buat PU. 

Nota kaki* Doakan segala yang dirancangkan oleh PU dan kawan kawan office berjalan dengan lancar ye..Amin.

Rabu, 1 Ogos 2012

Jangan risau saya tak terasa hati pun.....

9:53:00 PG 10 Comments
Assalamualaikum....

Semalam PU ada cerita pasal kaki Auni terluka kan...Alhamdulillah dan terima kasih kepada kawan kawan yang komen entry PU tuh....

Banyak banyak komen yang ada, PU tertarik dengan satu komen nih......


Haaa...nih la komen yang menarik perhatian PU..Masa PU baca komen Mrs Valentine nih PU senyum aje...So, don't worry la yang ye...PU tak terasa hati pun. Lagipun setiap orang ada pendapat masing masing kan....

Mungkin Mrs Valentine nak ingatkan PU supaya tak menderhaka kat suami..hehehe...Apa apa pun terima kasih ingatkan PU. PU manusia biasa yang akan buat kesalahan tanpa disedari. Mungkin bagi PU tuh perkara biasa tapi bagi orang lain tidak...So, if PU ada buat kesalahan after this, dengan tangan dan hati terbuka PU terima semua teguran sayang sayang PU nih semua....

Actually Mrs Valentine, PU memang ada cakap macam tuh kat incik hubby. Respon pertama yang PU dapat daripada incik hubby, dia gelak bila PU cakap macam tuh. Pastu dia cakap dah anak nak jatuh nak buat macam mana....BIla dia cakap macam tuh, PU senyum jelah kan....

Yela, badan letih sebab baru balik kerja, puasa lagi. Balik rumah macam tongkak pecah dibuat anak anak, memang kadang kadang apa yang keluar dari mulut tuh PU tak fikir dulu sebelum cakap. Tapi setakat nih alhamdulillah, incik hubby tak terasa pun apa yang PU cakap. Dia pun pernah beritahu PU, kadang kadang apa yang PU cakap tuh bagi dia kelakar sebab tuh dia ketawa. Bagi dia kelakar lah kan, bagi PU tak kelakar pun.....

Nota kaki* PU manusia biasa je...Takpe, PU sedia terima teguran kawan kawan....Sayang korang semua (^_^)