Terlalu sedap hingga mata tak boleh bukak!!!!

Assalamualaikum....

Rindu sangat dekat korang....Rasa macam dah bertahun tahun lamanya meninggalkan blog nih...Walaupun tak sempat nak bersawang, tapi rasanya macam dah bersawang pun blog nih =_=.

Sabtu 2 minggu yang lepas sebelum disahkan menghidap campak keladi, PU hantar adik sepupu pergi Terminal 1. Adik sepupu tuh nak balik Batu Pahat. Dia tumpang tidur sehari kat rumah PU. 

Dah sampai Terminal 1, PU teman dia beli tiket. Lepas dah selesai beli tiket, PU ajak adik sepupu pergi makan isi perut yang dah berkerongcong. So, dari tingkat atas nak turun pergi food court kena ikut eskalator lah kan....Sebelum sampai kat tempat yang nak di tuju, PU singgah sat kat kaunter McD beli aiskrim sebab dah lama tak makan aiskrim. PU beli tiga. Satu untuk PU, satu untuk Aina dan satu untuk sepupu PU. Bila sampai kat kedai makan, hamek ngko!!!Auni dah rampas aiskrim kakak dia. Dah si kakak terjerit jerit..Makanya terpaksalah ummi dia mengorbankan aiskrim kat Aina.....


Tengoklah mata Auni sampai pejam pejam makan aiskrim McD....Langsung tak nak pandang kamera...Puaslah PU panggil suruh pandang langsung dia tak hairan....


Tengoklah betapa nikmatnya dapat makan aiskrim nih...Lansung tak dipedulikan orang kiri kanan tau....Terus terang PU cakap Auni nih kalau dapat makan memang tak ingat dunia. Tak dia peduli kiri kanan...Janji dia dapat makan sorang sorang tanpa sebarang gangguan....

Nota kaki* Otak tepu dan jammed tak tahu nak update pasal apa hari nih...

8 comments:

  1. mmg sedap ..auni mkn sampai camtu sekali ye..

    BalasPadam
  2. wah auni... sedapnya dia mkn aiskrim... sampai pejam2 mata yer.. ;-)

    BalasPadam
  3. sedapnye..dh lama xmkn aiskrim mekdi.hihi

    BalasPadam
  4. sedap tu mana nk toleh kiri kanan dah..:)

    BalasPadam
  5. adeh sedap pulak tgk dia mkn aiskrim tu hihi...selera jer

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.