Perlukah mendiamkan diri bila pasangan CURANG???

Assalamualaikum....

Wah wah wah...Sekian lama berehat daripada blog, terus post entry pasal hot isu....hehehe....Sebenarnya dah lama PU fikirkan pasal nih sama ada nak share dekat blog ataupun tidak....Setelah ditimbang, ditolak, dibahagi dan dilambung lambung, PU share jugak tapi akan ditapislah kan...PU akan cerita direct.

Sejak sejak akhir nih banyak persoalan tentang rumahtangga yang bermain main kat kepala otak PU nih...Pasal orang nih pasal orang tuh.....Dan macam macam lagi lah....Bukan nak menyibuk tepi kain orang tapi bila terlibat secara tak langsung, nak tak nak kena ambil tahu jugaklah kan...

Baru baru nih PU ada tolong kawan kepada kawan untuk beri bukti yang suami dia curang....Tak banyak mana pun PU tolong, tapi mudah mudahan niat ikhlas PU tuh akan bantu dia selesaikan masalah rumahtangga dia secepat mungkin...

Korang bayangkanlah suami dia seorang yang baik, penyayang, tak pernah tinggal solat berubah sekelip mata selepas berkawan dengan seorang perempuan. As a wife, mesti tak percaya suami akan berubah mendadak macam tuh kan. Si isteri nih minta tolong seorang ustaz, apa yang PU tahu ustaz tuh cakap suami dia dah terkena. Nauzubillah...Sampai macam tuh sekali kan cara orang nak porak perandakan rumahtangga kita. Sekarang nih PU tak tahu lah apa yang berlaku seterusnya dengan rumahtangga kawan kepada kawan PU tuh..Tak nak nampak macam busy body pulak kan....

Bagi PU lah kan banyak faktor sebenarnya dalam rumahtangga bila pasangan kita curang...Mungkin sebab sihir, sikap pasangan itu sendiri atau macam macam lagi lah kan....Rasa rasanya kalau suatu hari nanti rumahtangga korang diuji bila pasangan curang, patutkah korang mendiamkan diri tanpa membuat apa apa tindakan atau korang redha saja apa yang terjadi???? 

Kalau disebabkan sihir tuh, kenalah ikhtiar pulihkan kembali pasangan yang dah terkena sihir tuh..Tapi kalau curang sebab pasangan tuh sendiri menggatal memang menjadi kepantangan PU. Kadang kadang PU sendiri tak faham, bila ada pasangan yang dah berkahwin ada keinginan nak berlaku curang. Bila kenal dengan somebody kat tempat lain, mulalah naik minyak. Cakap tak kahwin lagi lah, apalah sedangkan dah berkahwin dan punya anak. Bila kantoi, cakap takde apa apa hubungan pun. Just kawan kawan. Serius, PU tak faham situasi macam nih. Rasanya tak salah nak berkawan dengan sesiapa pun asalkan jujur dan mengaku status diri yang sebenar.

Macam PU sendiri, bila PU kursus atau mengahadiri seminar di luar dari pejabat PU sentiasa ingatkan diri. Niat ke suatu tempat sebab nak cari ilmu, nak cari rezeki dan yang paling penting ingat diri sudah berkahwin dan ada anak anak. Alhamdulillah, sampai sekarang PU terselamat dari sebarang godaan di luar. Yang pentingkan kuatkan iman tuh. Tak perlulah bila kenal orang baru, mulalah jual saham cakap tak kahwin lagi. Bayangkan kalau terkantoi, apa perasaan pasangan ketika tuh? Suka atau sedih? Ketawa atau menangis?

If kita masih ada sayang pada pasangan, usahalah sedaya upaya agar rumahtangga kita dapat diselamatkan. Kalau dah buntu, minta khidmat nasihat kat pejabat agama. Tak semestinya pergi pejabat agama nak berceraikan....Kadang kadang ada pasangan yang nak bercerai, bila dapatkan khidmat kaunseling kat pejabat agama terus tak jadi bercerai. Apa yang penting dapatkan khidmat nasihat dan kaunseling, selepas tuh kalau masih juga nak berpisah terpulang. Tapi kalau boleh usahalah agar rumahtangga tuh kekal hingga ke syurga. Seandainya tak dapat diselamatkan, redha dengan segala yang berlaku. Mungkin ada hikmah di sebalik  setiap yang berlaku.

Korang pernah dengarkan ALLAH takkan uji hambaNYA lebih dari kemampuan hambaNya itu....Jadi, PU percaya sangat sangat setiap ujian tuh ada hikmahnya. Hari ini pasti kita pasti diuji dan bersedih. Jika kita tabahkan hati, kuatkan semangat dan sabar menghadapi segala galanya, insyaALLAH pasti KEBAHAGIAAN itu kan jadi milik kita jua.

Nota kaki* Kebanyakan penceraian berlaku apabila suami @ isteri @ kedua duanya sekali tidak solat. Ingat ingatlah SOLAT itu tiang agama.

3 comments:

  1. mimi sokong 100% dengan akk..solat itu tiang agama..kebanyakkan org yg bercerai ni tak sembahyang tak kuat pegangan agama..kan kan..sedih sangat..hmm..

    klu bole selamatkan rumah tangga tu, cuba lah berusaha selamatkan..
    pikir kat anak²..kesian kat dorang..

    lg satu klu bab curang ni memang mimi xbole terima lah kak, kenapa laa ada orang mcm ni ye..masa bercinta bukan main lg syg2..tp bila dah kawen dah ada anak, mula lah nk berubah hati..itulah punca org yg tak kuat pegangan agama ni..pikir nk seronok je..haishh...(sori kak..emosi lah pulakk)

    BalasPadam
  2. macammana kalau kita nak tahu pasangan kita disihir..rasa agak mushkil nk tahu benda ni..lagi-lagi kalau kita x tahu camner nk tahu..

    BalasPadam
  3. tu la.... pelik kan bila da yg dh kwen duk mgaku lum kawen... kalu psgan dia tau mesti sedih...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.