Isnin, 30 Julai 2012

Menangis sebab terlalu terperanjat =_='

Assalamualaikum...


Sabtu lepas PU tinggal bertiga dengan anak anak. Macam biasalah incik hubby kojo. Aktiviti PU time time cuti hujung minggu bulan puasa macam biasalah. PU akan masak untuk berbuka puasa dalam pukul 6.00. Lepas tuh, PU sidai baju. Selesai sidai baju, sebelum masuk rumah, PU kunci pintu pagar rumah. 

Selepas berbuka dan solat, PU lepak tengok drama Korea Big kat KBSW Channel 391. Tengah leka tengok drama Korea tuh, tiba tiba kasut Auni jatuh kat sebelah PU. Masa tuh PU landing baik punya kat atas sofa. Pelik jugak macam mana kasut tuh boleh terjatuh kat tepi PU sedangkan kasut tuh PU susun kat atas rak kasut luar rumah. Aina dan Auni nak capai pun memang tak sampai lah. PU ambil kasut tuh terus pandang ke arah sliding door. 

Tengok sliding door terbuka. PU fikir sah Aina yang buka sliding door tuh. PU terus lah pergi ke sliding door nak letak kasut tuh kat atas rak semula. Sekali, mata PU ternampak pagar luar rumah PU terbuka luas. PU dah rasa cuak sebab PU memang yakin 100% lah pagar tuh dah berkunci. Dalam kepala otak nih dah fikir mesti ada orang nak pecah masuk rumah. Area rumah sebelum nih dah banyak kes sama berlaku. Tiba tiba ada satu suara menyergah PU. PU apa lagi menjerit ketakutan sekuat hati lah kan. Auni pun terkejut tengok Ummi dia menjerit terus dia berlari ke arah PU dan peluk.

Sekali, korang tahu PU terdengar suara orang ketawa. Rupa rupanya incik hubby PU. PU dah pegang dada sebab terlalu terkejut sambil tuh mulut tak henti henti sebut Astaghfirullah al Azim.... Badan PU dah menggigil sebab ketakutan, PU terus duduk kat sofa. Lepas tuh apa lagi, PU tekup muka dengan tangan terus menangis teresak esak lah. 

Incik hubby tengok PU menangis terus datang duduk tepi PU. Dia rangkul bahu PU, usap usap dan cakap sudah lah tuh...Lebih kurang 3 minit PU menangis baru PU berhenti. Rasa lega sangat sangat. PU kesat air mata, pastu PU dengar incik hubby ketawakan PU. Jahat tau dia. Lepas tuh dia boleh cakap "Tanjat kita." Kurang asam kan...Dah lah kita tinggal bertiga aje dengan anak anak lepas tuh dia boleh buat lawak hampeh macam tuh..

PU bukan apa tau kawan kawan, PU takut something jadi kat diri dan anak anak. Nak nak incik hubby takde kat rumah. Sekali bila jadi kejadian macam nih, mahu tak terkejut PU dibuatnya. Nak nak incik hubby dah inform yang dia tak balik rumah malam tuh. Memang hati nih geram jer dengan dia tau...Incik hubby PU nih suka buat surprise tapi kali nih surprise dia memang bikin orang sakit jantung boleh mati keras lah...

Nota kaki* Sampai sekarang masih teringat kejadian tuh.....Geram ada, kelakar pun ada...kihkihkih....

9 ulasan:

  1. Kalau sis pun terkejut jugak...buat lawak hubby pu..

    BalasPadam
  2. time tu mesti PU cuak gila kan...klu wani pun kan hihi xtahulah mcm mn

    BalasPadam
  3. hish.... kalau sakit jantung ni dah mati kot..hahaha nakal sungguh abg akak ni... agak2 la nak melawak tu..bahaya..

    BalasPadam
  4. sy baca entry ni sambil bygkan situasi tu.. kalu saya pun sm cam pu gak.. mesti tekejut + menangis..

    BalasPadam
  5. mmg sggt2 tkejut kot...bole pengsan kot sbb tkejut sgt..

    BalasPadam
  6. kalau sy pun mahu kena sakit jantung camtu punya gurau..:)

    BalasPadam
  7. Fuh, cuak giler tgk pagar terbuka kan. Takut..

    BalasPadam
  8. adoii kaka....kalo shida pun tanjatt kak hahaaa...sabar jelahh..

    BalasPadam
  9. Adehhh, kalau myra pun konpem terkujat jugak ha...

    Sabar jela..heheee

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.