Malam tadi PU jadi ummi yang kejam!!!

Assalamualaikum...

Hari nih entry PU nak cerita kat korang pasal malam tadi....Malam tadi selepas buka puasa, PU solat dan mengaji. Lepas tuh, masa tengah mengaji tuh incik hubby beritahu dia nak pergi kedai beli pampers Aina dan Auni. Incik hubby pergi kedai naik motor. So, takdelah dia bawa anak anak ikut sekali. Nak dijadikan cerita, lepas incik hubby pergi Aina menangis punyalah kuat....Main teran teran suara lagi. Konon konon nak test market lah suara dia tuh kan...

PU nih mula mula boleh sabar lagi, PU pujuk dia suruh duduk sebelah dengar PU mengaji tapi dia menjerit tak nak. Okeylah kalau dia tak nak takkan nak paksakan..PU terus jelah mengaji. Semakin lama semakin melampau pula Aina menangis sehingga mengganggu konsentrasi PU nak mengaji. PU apa lagi kan...Berhenti mengaji sekejap terus pergi dekat Aina PU kurung dia dalam bilik utama. Lama juga lah PU kurung dia sampai PU habis mengaji.

PU ingatkan kalau kurung dia tuh, dia berhenti menangis sebab dah serik rupa rupanya lagi kuat menangis dan menjerit. Tahap kesabaran PU dah sampai tahap maksimum nih...PU terlalu geram, PU bukak sliding door dan gril pintu, PU suruh Aina duduk luar sampai abi dia balik. Lepas tuh, PU kunci gril pintu dan biarkan sliding door terbuka sikit sebab nak senang nak pantau Aina. Punyalah hilang sabar PU pukul gril pintu tuh dengan hanger baju...

Korang tahu tak, PU perasan lah jiran depan rumah PU macam nak datang tengok apa yang jadi. Agaknya dia fikir PU pukul Aina teruk sangat atau istilah mudahnya dera Aina lah..Yelah korang, kalau korang dengar Aina menangis mesti korang fikir Aina kena dera....PU sendiri dengar dia menangis pun boleh hilang sabar tau...

Bila abi dia balik, abi dia pujuk. Terus Aina diam. Incik hubby biasalah mana pernah nak serius, dia tanya PU pun boleh gelak gelak lagi....Dia tanya kenapa Aina duduk luar, PU jawab PU yang letak Aina dekat luar dia boleh gelak....Ish, sabar jelah..Dah lah geram dengan perangai Aina tak habis lagi, incik hubby boleh ketawa dengar jawapan PU...

Walau marah macam mana pun PU kat Aina, PU pujuk dia juga. Anak kan, ibu mana yang tak sayang. PU marahkan Aina sebab nak dia belajar menghormati orang yang sedang mengaji. Kalau azan berkumandang pun, PU ajar Aina dan Auni supaya senyap. Selalunya bila PU mengaji, Aina memang takkan ganggu tapi semalam gara gara tak dapat ikut abi dia pergi kedai hilang terus rasa hormatnya tuh...

Nota kaki* PU memang garang dengan anak anak. Kadang kadang orang tua PU cakap PU terlalu garang dengan cucu cucu diorang. PU bukan apa, PU tak nak anak anak pijak kepala. Nak mendidik anak anak sekarang sangat mencabar zaman sekarang nih. Asalkan PU tak sampai kategori Ummi yang zalim sebab dera anak anak dah kira ok..Bagi PU balance lah cara PU dan incik hubby didik anak anak sebab PU garang tapi incik hubby tak.

9 comments:

  1. PU sama dengan MA. Bila sampai stu tahap anak mengamuk berjemaah MA jugak boleh jadi macam PU. Manakan tidak MA sendiri urus anak2 sendirian. Tiada bantuan dari en hubby yang keje jarang ada di rumah. Tapi hati kite sebagai mak, marah atau garang macam mana pun kite bukan nak seksanye cuma nak bagi pengajaran supaya dia tidak naik lemak.

    BalasPadam
  2. dapat rasa PU garang :) insyaAllah..Aina mesti jd anak yg baik utk PU.

    BalasPadam
  3. biasalah 2..budak2..anak saya pun mcm 2..dan sya pena letak dia kat luar rumah gak

    BalasPadam
  4. PU sama dgn wani la suami wani xgarang lansung dgn anak wani jer yg garang heheee...mmg betul2 balance la PU hahaaa

    BalasPadam
  5. anak anak ni mmg slalu menguji tahap kesabaran kiter....yg penting kite perlu tahu nak kawal perasaan tuh...kiter pun mmg garang ngan anak anak...sbab babanya x garang....

    BalasPadam
  6. kak..kejam kat aina kak..mmg kalau org dengar pon macam kena dera..hehe

    oklatu kontra akak garang hubby tukang pujuk..tu cara mendidik anak kan...

    BalasPadam
  7. sy ngan suami pun gitu..sy agak tegas..tapi en.suami jenis berlembut sikit..:)

    BalasPadam
  8. shida faham stuasi kakak,shida penah alami stuasi mcm aina..lg dpjuk lg kuat dia ngis..huhuhu

    BalasPadam
  9. garangnya pu.. takut lak saya.. hihii

    sy alhamdulillah lah setakat ni blh sabar lg dgr alisha menangis walaupun satu taman dengar.. hehhe...

    bkn pe, sy kan jenis sk psiko n alhamdulillah pulak si alisha ni jenis dgr cakap... normally kalu alisha menangis melampau2 sgt.. sy akn ambik dia n usap rambut dia sambil cakap "alisha budak baik kan.. diam ye.. jangan nangis...".. duk ulang ayat tu 4 5 kali terus dia diam... :-)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.