Isnin, 18 Jun 2012

Sambal Udang Tempoyak & Telur Dadar Mayonis lauk untuk makan tengahari nih (^_^)



Hari nih PU masak makan tengahari lauk sambal udang tempoyak dan telur dadar mayonis. Sedap tau. First time PU buat telur dadar mayonis nih. Selalunya PU buat yang kosong ataupun bubuh cili dan bawang. Kali nih buat telur dadar kosong campur mayonis. Udang pulak PU bubuh tempoyak. Pergh!!! Memang sedap gila,dah lama tak makan tempoyak nih.

Terima kasih ye mamaku sebab bagi tempoyak nih. Dah lama sangat tak makan lauk tempoyak, baru hari nih merasa makan.hehehe..Dulu, PU ada juga makan ayam masak lemak cili api tempoyak, mama PU masakkan.

Nak masak sambal udang tempoyak nih senang jer. PU ambil dari buku resipi 1 Hari 1 Resipi cuma PU ubah sikit aje resipi tuh tak ikut 100% pun.

Sambal Udang Tempoyak

Bahan bahan

Udang

1 1/2 sudu besar tempoyak

1sudu teh gula

Garam secukup rasa

5 biji cili padi }

3 biji lada merah} kisar 3 bahan penumis nih ya

5 ulas bawang merah}

Cara cara

Tumis bahan bahan yang dikisar. Kemudian masukkan tempoyak. Masak seketika. Kemudian masukkan udang,gula dan garam. Biar seketika sehingga udang masak. Dah masak siap untuk dihidang.

Telur dadar mayonis

Bahan bahan

2 biji telur

Garam

1 sudu besar mayonis

Cara cara

Pukul ketiga tiga bahan sebati. Panaskan sedikit minyak dan masak telur dadar. Dah masak

bleh hidang..

Published with Blogger-droid v2.0.4

6 ulasan:

  1. sedap tu... sy sk tmpoyk.... blik dr kg, ambik 1 balang tmpoyak.. hihii

    BalasPadam
  2. tukar header ye kak?nmpk mcm btukar dh.hihi.udang tempoyak?almak,tempoyak mmg xmkn.sbb xreti mkn..cane tu?skrg musim durian..semuanya ada ala-ala tempias ke durian mkn skrg.hehehe..

    BalasPadam
  3. sambal udang tempoyak tu nampak sedap sangat2!

    wani copy resepi yer..thanks sharing hihi

    BalasPadam
  4. sedap sangat sambal udg tmpoyak kan sis,hee...terliur pulak:)

    BalasPadam
  5. sdapnya. kena try jugak ujung minggu nie.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.