Picit hidung sambiil sebut "ma...ma...ma..."

Nih kisah si Auni malam semalam.....PU dan Aina dah tidur...Dipendekkan cerita, si Auni nih boleh buat bising...PU nih mata dah ngantuk. Bila dengar dia buat bising, PU nak gelak pun ada nak marah pun ada...Marah sebab dia buat bising tengah malam malam....Tapi hado Auni kesah???

Yang buat PU nak gelak tengok fiil si Auni nih...Dia boleh picit hidung dia sambil sebut "Ma..ma..ma..ma..ma.." dengan suara yang ala ala sengau tuh. Korang cuba bayangkan macam manalah PU tak terjaga kalau dah Auni buat bising tengah tengah malam macam tuh...

Mula mula tuh memang PU tak ambil kisah sangat lantak lah apa Auni nak buat. Lama lama nanti dia penat dan tidur...PU pun fikir dia buat sekali jelah kan..Rupa rupanya, hamek ngko!!!Berkali kali dia buat sampai tak terhitung jari tangan dan kaki PU nih ha.....Korang imagine suara baby yang comel bila disengaukan sambil panggil "Ma..ma..ma.."...PU apa lagi tegur Auni, bisinglah adik..

Terus Auni datang kat PU baring atas badan...Time tuh dah tahu dah dia nak apa sebab siap selak baju PU....Nak menyusu lah kan apa lagi...

Actually, PU terfikir jugak, tuh cara terbaru Auni ke nak kejutkan Ummi dia sebab dia nak susu...Sampai sekarang confuse lagi...

Nota kaki* Sorrylah takde gambar nak tempek kat entry nih..Dah tengah tengah malam macam tuh, otak tak boleh nak fikir nak snap gambar ke apa kan....

4 comments:

  1. hahhahha.. sebijik mcm alisha.. hbs hidung ibu n abah pun kene jugak..hehhe

    BalasPadam
  2. hihihi sweet jer auni buat mcm tu...suara budak2 sengau maunya xkelakar hikhik

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.