Mi Sup Bebola Ayam menu buka puasa hari nih (^_^)


Alhamdulillah, akhirnya PU selesai habiskan ganti puasa. Tuh la,lepas raya tak nak ganti,dah nak dekat puasa baru terhegeh hegeh nak ganti puasa..hehehe..Apa apa pun syukur, PU dah pun selesai lunaskan hutang puasa.

Okeh, stop pasal ganti puasa. PU nak share resipi menu untuk berbuka puasa PU hari nih. Mi Sup Bebola Ayam seperti gambar kat atas.

Nak buat Mi Sup Bebola Ayam nih senang jer.

Bahan bahan

2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu besar serbuk lada hitam ( kalau korang ada lada hitam, korang tumbuk lada hitam sampai lumat)
3 cawan air
1 kiub pati ayam
Bebola ayam (Ayamas - ikut suka berapa banyak korang nak bubuh dalam sup)
1/2 keping dada ayam ( kalau korang nak guna sekeping dada ayam pun boleh) - dipotong dadu
1/2 lobak merah - dihiris
3 biji tomato - dibelah 4
1 biji lada merah - dihiris
1 biji lada hijau - dihiris
1 biji telur
1/2 kg mi kuning
Garam

Cara cara nak buat

Tumiskan bawang merah & bawang putih yang ditumbuk lumat dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan air. Biar seketika dan masukkan lobak merah,tomato,lada merah dan lada hijau. Kemudian masukkan ayam yang dipotong dadu dan bebola ayam. Seterusnya bolehlah masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. ( jangan bubuh garam banyak sangat ye sebab kiub pati ayam nih dah sedapkan rasa sup) Pastu masukkan telur. Akhir sekali, agak agak telur dah masak bolehlah masukkan mi kuning. Biar seketika,agak agak sup dah menggelegak bolehlah tutup api dan hidangkan mi sup.

Nota kaki* Kalau korang nak masukkan sayuran hijau pun boleh,ikut pada selera korang. PU terlupa nak beli sawi,sebab tuh takde sayuran hijau dalam mi sup PU nih. So masak ajelah apa yang ada kan. Janji kenyang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.