Ahad, 3 Jun 2012

Lelaki bukan wanita


Tajuk macam tak boleh blah...Dah tentulah lelaki bukan wanita dan wanita bukan lelaki.....Isu yang ingin PU ketengahkan hari ini ialah bukannya soal pertukaran jantina ataupun yang sama waktunya dengannya. Apa yang ingin PU katakan di sini ialah sikap lelaki yang tidak boleh menerima arahan yang terlalu banyak dalam satu masa.

Baru baru ini PU dimaklumkan dengan officemate tentang ilmu yang PU rasakan sangat berguna dalam membentuk rumahtangga yang bahagia dan meningkatkan rasa persefahaman dalam perhubungan suami isteri. Korang tahu tak yang suami kita tidak boleh menerima arahan yang banyak daripada kita si isteri. Sebagai contoh korang baca dialog kat bawah nih..

Situasi A

Isteri : Abang, tolong ayang basuh baju ye. Lepas tuh, sidai baju, sapu sampah kat luar rumah tuh. Dah siap semua kerja tolong mandikan anak anak.
Suami : Ok.

Si suami pun buat kerja yang di suruh si isteri tapi bukan semua kerja yang dibuat ye kawan kawan. Si suami hanya basuh baju saja. Lepas basuh baju dia pun duduk lepak lepak depan tv.

Haaa....si isteri yang tengok laki dia suka suka hati duduk melepak depan tv mula lah membebel kan....

Isteri : Kan ayang suruh lepas basuh baju, sidai baju, sapu sampah...bla bla bla.....Langsung tak boleh diharap...bla bla....

Isteri mula membebel bebel takde penghujungnya...

Situasi B

Isteri : Abang tolong pergi kedai beli bawang besar, telur 10 biji, lada masak, kicap dan ikan bilis ye.
Suami : Ok.

Si suami pun pergi kedai nak beli barang barang yang si isteri suruh. Lima minit lepas tuh, hp si isteri berbunyi, si suami call.

Suami : Ayang. Tadi ayang suruh beli bawang besar. Pastu apa lagi?
Isteri : Ishh, kan ayang dah cakap tadi beli bawang besar, telur 10 biji, lada masak, kicap dan ikan bilis. Tuh lah, ayang cakap tadi tak nak dengar betul betul..bla bla bla....

Ha.....korang faham kan dua situasi berbeza kat atas nih. Dua dua situasi menunjukkan si suami tidak boleh menerima arahan yang banyak dalam satu masa yang sama. Korang nak tahu kenapa? Menurut kawan PU tuh, lelaki memang dijadikan begitu tidak boleh menerima arahan yang banyak dalam satu masa. Kawan PU tuh baru balik dari kursus AKRAB yang berkaitan dengan kaunseling nih. So, apa ilmu baru yang dia terima, dia kongsikan bersama yang lain.

Dia beritahu lagi, lelaki bukan macam wanita yang boleh terima arahan dan buat banyak kerja dalam satu masa yang lama. Sebagai contoh, bila kita sibuk memasak di dapur, dalam masa yang sama kita boleh basuh pinggan, susun pinggan, basuh baju dan menyapu kan? Tetapi bukan lelaki a.k.a suami kita ye.

Lelaki hanya akan melakukan tugasan daripada arahan pertama yang diterima. Kalau kita suruh dia basuh baju lepas tuh sidai baju, dia hanya akan basuh baju sahaja..Sebab basuh baju tuh arahan pertama yang diterima....

Kawan PU tuh cakap kalau nak minta orang lelaki buat banyak kerja biar dia settlekan dulu kerja pertama yang kita suruh. Bila dah selesai, baru kita suruh dia buat kerja yang lain pulak. Kena bagi arahan satu satu tak boleh bagi arahan yang banyak sekaligus.

Menurut kawan PU tuh lagi, di belakang kepala kita (wanita) sebelah kanan mempunyai banyak titik titik yang membolehkan kita menerima arahan tetapi sebaliknya kepada lelaki yang hanya mempunyai sedikit sahaja titik. Apa nama titik tuh PU terlupa sudah. Nanti PU tanya semula kawan PU tuh ye. Sebab tuh diorang tidak boleh menerima arahan yang banyak dan buat kerja yang banyak dalam satu masa yang sama.

Bila PU fikirkan semula, memang betul apa yang dikatakan kawan PU tuh. Sebab PU pun banyak kali alami situasi tuh. Penyudahnya PU sendiri yang sakit hati sebab PU rasa incik hubby nih pemalas. Rupa rupanya dia tak boleh terima arahan yang banyak dalam satu masa. Kalau pergi kedai, 4,5 kali la dia akan call PU tanya semula barang barang yang nak dibeli....PU apa lagi geram lah kan sebab tak reti reti lagi nak beli apa.

So, sebagai penyelesaian kalau nak suruh dia pergi kedai dan nak pastikan barang barang yang kita nak tuh semua ada, kena lah tulis senarai barang kat kertas. InsyaALLAH, dia akan beli semua. Kalau nak suruh dia buat kerja, PU suruh buat satu kerja dulu, baru suruh buat kerja yang lain.

Kawan kawan macam mana pulak??Suami korang macam tuh jugak ke?

4 ulasan:

  1. hihihi biase la tu kak.. :) ketua keluarga katakan. banyak benda nak kene pikir. :)

    BalasPadam
  2. ha ha ha my mom selalu cakap pompan leh wat 10 keje dalam satu masa, tapi lelaki leh wat 1 keje je dalam satu masa...tol tak

    BalasPadam
  3. Si suami kalo nk suruh, sekali jer. Kalu dia buat buatlah, kalu tak, buatlah sendiri...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.