Dua jadi empat

Dua jadi empat? Korang tahu kenapa pilih tajuk dua jadi empat. Idea nih tercetus selepas tengok Aina. Ermm....Rasanya korang dapat agakkan mesti ada benda baru yang Aina buat hari ini...Ya, tepat sekali...

Tadi, Aina dah merengek rengek tunjuk bakul yang digunakan untuk letak tarmos air, botol air, botol susu dan susu Aina dan Auni. Dia tunjuk bakul maknanya dia nak minum susu. Selalunya PU akan buat susu untuk kakak dan adik. Kalau buat satu aje confirm yang lagi seorang meraung....

Sebenarnya bukan kisah susu ya PU nak cerita tapi kisah si Aina nih haa....masa PU buat susu, PU sempat cakap dekat Aina tolong ambil dua pampers. Dua okeh!!Dua!! Biasalah untuk Aina dan Auni. Sekali Aina panggil PU "Maaa, nih" Sambil tunjuk empat jarinya kat PU...Cara Aina tunjuk empat dekat PU ialah dia tutup jari kelingking ya. Selalunya kalau kita tunjuk empat kat orang kita akan tutup ibu jari kan....Haa, tapi Aina nih lain pulak caranya.

Nak tergelak pulak PU tengok gelagat si Aina. Puaslah PU ajar dia, siap tunjuk cara nak buat dua dengan jari tapi empat juga dia tunjuk. Bila sebut dua, dia buat empat...Haa..nih la yang PU maksudkan dua jadi empat...

Sekarang nih ummi dia nih sedang berusaha mengajar Aina angka 1 hingga 5 menggunakan jari. Benarlah kata orang, nak didik anak anak perlu guna cara yang berbeza dan kreatif. Dan yang paling penting, SABAR....Ajar anak anak keil nih memang perlukan kesabaran yang tinggi dan ada ketikanya boleh buat kita ketawa...Betul tak kawan kawan??

2 comments:

  1. hihii... comel je aina ni... pndai pulak tunjuk 4 jari tutup jari kelingking yer... :-)

    a'aa betoi tu pu, dari kecik dh kene ajar... ada ank yg cpt tgkap n ada yg sebaliknya, tapi walau camne pun, ianya moment yg sgt indah kan :-)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.