Rabu, 6 Jun 2012

Ciri ciri suami yang menjadi penawar hati isteri

Dah lama rasanya PU tak share info dengan korang...Hari nih PU nak share tentang suami yang menjadi penawar isteri. Sorry lah pagi tadi takde masa nak update blog agak busy dengan tugasan......

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah S.A.W bersabda : "Orang mukmin yang paling sempurna imannya dalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tingkah lakunya terhadap isterinya."

(HR Tarmidzi, Abu Daud, (Hassan Shahih))


Antara ciri ciri suami menjadi penawar hati isteri :

Sentiasa bersikap manis setiap kali bersama isteri. Mulai pertemuan dengan salam kerana salam itu memberi berkat kepada dirimu dan semua ahli rumah.

Perlihatkan wajah yang berseri setiap kali bertemu kerana wajah yang berseri mendatangkan kebahagiaan dang menghilangkan buruk sangka.

Tutur kata yang baik. Ketika bercakap dengan isteri gunakan perkataan yang baik dan menarik.

Memanggil isteri dengan nama kesukaannya.

Memanggil dengan manja.

Menteteramkan fikiran dan bergurau senda. Islam membenarkan bergurau senda untuk mewujudkan dan mengukuhkan ikatan sayang suami isteri.

Jangan menjadi suami yang terlalu garang dengan isteri dan keluarga

Suami haruslah mendoakan isterinya.

Suami sangat digalakkan membawa isteri bersama ketika bermusafir kerana banyak kebaikannya.
Sentiasa mesra walaupun di meja makan.

Nih antara ciri ciri suami yang menjadi penawar dan dambaan isteri. PU yakin semua isteri di luar sana inginkan suami yang baik, penyayang, memahami dan sebagainya lah kan....

Sebenarnya ada banyak lagi ciri ciri suami penawar hati isteri nih tapi PU pick sesetengah ajelah ya..Kalau korang nak tahu ciri ciri yang lain, korang boleh dapatkan majalah NUR keluaran Jun 2012. Cover depan Datin Norjuma....

1 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.