Khamis, 28 Jun 2012

Busy menyiapkan presentation filem Ombak Rindu

Haa........Mesti korang hairan kerja apa yang PU buat sampaikan busy sangat nak buat presentation pasal filem Ombak Rindu.

Meh meh, PU terangkan kat korang. PU nih sebenarnya Pembantu Tadbir (Kewangan) dan bekerja di bawah PDRM. Tugas PU buat claim anggota dan pegawai PDRM. Selain daripada itu, PU ada juga buat memo, semboyan dan surat surat menyurat rasmi.

Al maklum ajelah kerja dengan PDRM, makanya bos PU nih telah mengarahkan kitorang buat Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) untuk meningkatkan keyakinan diri kitorang bila bercakap di khalayak ramai. LDP yang kitorang buat nih ada pelbagai kategori antaranya LDP Kumpulan, LDP Individu dan LDP Buku.

Nampak tak slide slide yang PU dah buat tuh..Tuh baru 20% tau...Belum siap sepenuhnya. Malam nih habislah PU kena pulun habis habisan siapkan slide slide nih....Isnin nih kena present kat depan officemates....Esok sehari suntuk PU takde kat office sebab PU ada bengkel.

Sabtu dan ahad adalah masa untuk PU kemas rumah dan berehat...(berehat lah sangat, kena ulangkaji jugak sebab minggu depan dah exam)

So, malam nih jelah PU ada untuk siapkan kerja kerja nih...Itupun kalau badan tak letih lah, kalau letih terpaksa sambung buat malam esok....Semoga ALLAH permudahkan segala urusan PU dan berjalan dengan lancar.

Nota kaki* Pinggang dah mula sakit sebab terlalu lama duduk mengadap lappy nih...Nak berdarah bijik mata nih rasanya....

3 ulasan:

  1. kalau mengadap benda nie memang sakit...Cik rose sakit punggung hihihi

    BalasPadam
  2. ooo, keje under pdrm ye....tu dikira polis gak ke?

    BalasPadam
  3. hihi..topic best ni buat presentation.. citer best, xde la debar sgt nk present nnt.. (kot2 terover syok cerita sampai terlupa tgh present depan public rupanya..hihi :p)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.