Apabila dua beradik tengok Geng : Pengembaraan Bermula Upin dan Ipin

Lepas dua beradik nih mandi, PU buka filem Geng : Pengembaraan Bermula kat lappy tak nak kasi dua beradik nih ganggu ummi dia nak kemas rumah. Nanti satu kerja pun tak jadi. Ada jer sengal diorang berdua nak kacau PU buat kerja.


Tengoklah dua beradik nih leka tgk Upin dan Ipin....Jangan malu dan segan tengok gambar diorang yang seksi nih ya...Dekat rumah memang diorang akan pakai pampers aje sebab kalau pakai baju confirm diorang buka sebab panas....


Aina dan Auni dah perasan ummi dia sibuk snap gambar. Pose menarik daripada dua beradik...Aina tersenyum, Auni dengan muka ketatnya...huhuhu..Ada yang tegur muka dua beradik nih lain lain..Jangan ditanya kenapa lain ya, kalau yang tahu tuh tahu lah kan....


Taktik yang PU gunakan untuk umpan dua beradik nih kalau PU nak buat kerja....Menjadi tak??hehehe

Setiap kali nak buat kemas rumah ke, nak baca novel ke, buat apam polkadot ke, PU umpan dua beradik nih tengok Upin dan Ipin lah....Lagipun kartun lain diorang tak minat sangat. Upin dan Ipin & Boboiboy jela diorang suka....

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen.