Sabtu, 30 Jun 2012

Aina dan Auni tak boleh tinggal lama lama dekat kampung, okeh!!!

Rasanya korang pernah dengarkan ada sesetengah ibu bapa yang beri keizinan kepada MIL atau mak diorang jaga anak anak mereka kerana tuntutan kerja, mak mentua atau mak sendiri pujuk agar tinggalkan cucu sebab boleh temankan diorang yang sunyi kat kampung.

Korang ada tak bagi mak atau MIL korang jaga anak atau anak anak korang lama lama..Maksud PU berbulan bulan atau bertahun lamanya.

Mungkin parents yang buat macam tuh ada sebab dan munasababnya kan..Tapi bagi PU lah kan PU tak akan benarkan anak anak PU di jaga oleh mak atau MIL PU. Bukan tak percaya pada kredibiliti diorang menjaga cucu cucu diorang nih tapi korang fahamlah kan naluri seorang ibu mana sanggup nak berjauhan dengan anak anak.

Sebenarnya dah banyak kali MIL pujuk incik hubby tinggalkan Aina kat kampung tapi bila incik hubby discuss dengan PU, PU terus terang cakap tak izinkan. Bukannya nak menghalang seorang nenek daripada jaga cucu dia tapi banyak faktor dan sebab munasabab yang PU tak bagi anak anak PU tinggal dengan mak @ MIL lama lama. Kalau diorang rindu kat cucu cucu, kitorang akan cari masa yang sesuai balik kampung...Namun, nak tinggalkan diorang nih lama lama kat kampung tidak sama sekali.


Kadang kadang duduk kat office pun teringat kat budak kecik diorang nih, rasa tak sabar nak balik kerja. Nih kan pulak nak berpisah lama lama dengan diorang..huhuhu...

Nota kaki* Entry nih auto publish....Masa korang baca entry nih, mungkin PU sedang sibuk mengulangkaji pelajaran (katanya...) sebab 03 hingga 05 Julai nih PU ada peperiksaan KPSL Pen. Pegawai Tadbir...So, wish me luck ye korang.

7 ulasan:

  1. PU..kak fieda pun gitu..tak pernah kasi anak duk umah mak mertua lama2..rasa gelisah duk kat umah kalau anak2 takder.kalau umah mak kt Kuantan tu lagi la tak pernah sbb jauh kan..

    BalasPadam
  2. eh kembar ker ni..nampak sama jer..

    sy pun dulu gitu juga..pernah mil amik juga nk jaga seminggu..huwa dalam kete masa balik air mata dah menitik-nitik..x tahan menahan rindu..tiap-tiap hari call kampung tanya..anak ok ker x..:)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.