Jumaat, 29 Jun 2012

Menghadiri Bengkel teknik Menjawab Soalan Soalan Peperiksaan KPSL

1:22:00 PTG 3 Comments
Hari ini PU minta maaf bebanyak tak dapat nak terjah rumah korang sebab hari nih PU menghadiri bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan KPSL. 

Minggu depan 03 hingga 05 Julai PU akan menghadapi peperiksaan KPSL. So, dalam minggu dan minggu depan PU agak sibuk dan mungkin akan sunyi seketika daripada blog. InsyaALLAH lepas dah selesai semua, PU akan terjah rumah korang ye.....

Doakan kejayaan PU ye (^_^)

Nota kaki* kalau ada entry entry baru kat blog PU tuh maknanya entry tuh auto publish...Walaupun terpaksa "menghilangkan" diri sekejap tapi tak bermakna PU nak biarkan blog nih bersawang okeh!!!

Khamis, 28 Jun 2012

Nuffnang : Pembiayaan Pendidikan – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

4:53:00 PTG 3 Comments
Ermmm...sana sini sibuk memperkatakan tentang PTPTN....Incik Nuffnang pun tak ketinggalan tau menceritakan tentang PTPTN nih...PU nih duk mengusha Nuffnang nih ha...




Sekali ternampak pulak artikel tentang PTPTN....Rasanya amat bagus info untuk dikongsi bersama. Lebih lebih lagi kepada mereka yang bakal menyambung pelajaran. Taki kiralah adik beradik, anak anak, cucu cicit atau diri sendiri kan...
Haaa...Kalau nak tahu lebih lanjut pasal PTPTN nih, jom baca kat blog Nuffnang. Banyak info yang bagus dan berguna bila korang baca pasal artikel nih...

Thank you Nuffnang for the good information...Sangat sangat berguna untuk generasi akan datang dan seterusnya. (^_^)

Jumaat, 22 Jun 2012

Puding Roti hasil air tangan PU yang entah ke berapa...hehehe (^_^)

4:47:00 PTG 6 Comments
Malam tadi PU saja saja gatal tangan buat puding roti....Alhamdulillah jadi....Bawak kat office kawan kawan puji sedap..Bangga sekejap...


Nampak tak kismis hitam yang bertimbun timbun kat puding roti PU nih ha.....Nampak berkilat kilat lagi puding roti nih kan....Senang aje nak buat puding roti....

Nota kaki* PU tak makan banyak puding roti nih sebab cepat mual..Yelah, banyak guna roti dengan susu kan...Tuh yang mual...hehehe

Selasa, 19 Jun 2012

Mi Sup Bebola Ayam menu buka puasa hari nih (^_^)

8:22:00 PTG 2 Comments

Alhamdulillah, akhirnya PU selesai habiskan ganti puasa. Tuh la,lepas raya tak nak ganti,dah nak dekat puasa baru terhegeh hegeh nak ganti puasa..hehehe..Apa apa pun syukur, PU dah pun selesai lunaskan hutang puasa.

Okeh, stop pasal ganti puasa. PU nak share resipi menu untuk berbuka puasa PU hari nih. Mi Sup Bebola Ayam seperti gambar kat atas.

Nak buat Mi Sup Bebola Ayam nih senang jer.

Bahan bahan

2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu besar serbuk lada hitam ( kalau korang ada lada hitam, korang tumbuk lada hitam sampai lumat)
3 cawan air
1 kiub pati ayam
Bebola ayam (Ayamas - ikut suka berapa banyak korang nak bubuh dalam sup)
1/2 keping dada ayam ( kalau korang nak guna sekeping dada ayam pun boleh) - dipotong dadu
1/2 lobak merah - dihiris
3 biji tomato - dibelah 4
1 biji lada merah - dihiris
1 biji lada hijau - dihiris
1 biji telur
1/2 kg mi kuning
Garam

Cara cara nak buat

Tumiskan bawang merah & bawang putih yang ditumbuk lumat dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan air. Biar seketika dan masukkan lobak merah,tomato,lada merah dan lada hijau. Kemudian masukkan ayam yang dipotong dadu dan bebola ayam. Seterusnya bolehlah masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. ( jangan bubuh garam banyak sangat ye sebab kiub pati ayam nih dah sedapkan rasa sup) Pastu masukkan telur. Akhir sekali, agak agak telur dah masak bolehlah masukkan mi kuning. Biar seketika,agak agak sup dah menggelegak bolehlah tutup api dan hidangkan mi sup.

Nota kaki* Kalau korang nak masukkan sayuran hijau pun boleh,ikut pada selera korang. PU terlupa nak beli sawi,sebab tuh takde sayuran hijau dalam mi sup PU nih. So masak ajelah apa yang ada kan. Janji kenyang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sabtu, 16 Jun 2012

Makan makan @ Ice Room

9:28:00 PTG 3 Comments

Assalamualaikum peeps!!!



PU dengan adik kedua, Dian,,Dia lah manusia yang baik hati belanja kitorang...


PU dengan si cilik Auni..pantang nampak kamera..lalala...



Tropical Mixed Fruits Snow Ice pilihan hati PU..sedap....selak selak jer buah, selak selak jer ada buah...


Aina dan mak lang Cuya..Pose istimewa daripada Aina...


Antara Snow Ice yang di order malam nih.....

Beri salam terus tempek gambar ngko!!!Bukan hape kan update guna tab, beginilah kaedahnya, hehehe....Hopefully korang sihat hari nih. Sekarang PU di Ice Room PD dengan adik PU yang kedua,ketiga dan yang bongsu. Aina dan Auni confirm lah PU bawak kan. Adik PU yang kedua belanja makan malam nih. Dia teringin nak makan aiskrim kat Ice Room.

Sorry lah if ada typin error sebab update entry guna tab.

PU makan Tropical Mixed Fruit Snow Ice,adik PU yang kedua makan Mango Pamelo Snow Ice,yang ketiga pulak order Kiwi Fruit Snow Ice.

Untuk my lil princesses PU order horlick ais dan french fries. Alhamdulillah rezeki PU anak beranak malam nih. Untung Aina dan Auni makngah diorang belanja. Ada rezeki lebih belanja lagi ye makngah Dian.hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

Bakal muncul di AKW Zamzarina TV1, esok Ahad 17 Jun 2012 jam 3.00 petang

10:00:00 PG 4 Comments
Alhamdulillah, blog PU berpeluang muncul di AKW Zamzarina TV1, esok Ahad jam 3.00 petang. Terima kasih kak Fieda sebab tag PU kat FB...Kalau kak Fieda tak tag PU, confirm PU tak tahu..hehehe...


Rasa berdebar debar pulak hati PU nih....Walaupun tuan punya blog tak dapat masuk tv tapi blog dapat masuk pun dah kira syukur alhamdulillah. Tak tahu lah apa reaksi orang kat luar sangat bila tengok blog picisan PU nih kat tv....

Untuk pengetahuan korang, Zamzarina ada buat entry pasal blog PU....Rasa segan pulak bila Zamzarina promote blog PU yang tak seberapa nih..huhuhu....Sebelum nih blog IntaNBerliaN berpeluang masuk AKW...Disebabkan semangat dan dorongan yang diberikan oleh beliau, makanya dengan rasa malu ala ala kucing, PU send lah email kat Zamzarina...

Alhamdulillah, blog PU terpilih..PU ingatkan lambat lagi sebab PU dapat tahu ramai blogger yang blog diorang akan masuk AKW...Tapi tak sangka blog PU akan masuk AKW, Ahad nih 17 Jun 2012. So, kawan kawan jangan lupa tengok tau blog PU, Ahad nih tau.

Jumaat, 15 Jun 2012

Makan makan @ Cowboy Place

1:04:00 PTG 3 Comments
Semalam macam biasa lah kan, balik dari kerja singgah rumah mama kejap....Lepak punya lepak sampai maghrib...PU baru nak balik rumah, sekali adik PU yang second ajak makan kat Cowboy Place. Dia belanja makan. PU mula mula malas nak pergi sebab penat, yelah kan balik kerja terus singgah rumah mama. 

Tapi adik PU ajak juga pergi. Nasib baik ada baju dan seluar spare kat rumah mama. Kitorang keluar makan dalam jam 8.00 malam.....

Sampai sampai aje, kitorang terus duduk kat meja makan dan order makanan. Semua orang order sama je..Air pun sama, limau ais..hehehe...Sorry la terlupa pulak nak snap pic nasi kukus + ayam bakar sebab sibuk sangat snap pic pose masing masing....


Cowboy Place nih terletak di Batu 6, corner jalan bersebelahan dengan PD Marina.....


My lovely father..Indiana Jonet a.k.a Indera Jonet...hehehe...Walaupun pun sudah tua tapi hati masih muda tau...


Adik PU yang no. 3, Suria dan yang bongsu, Baby...


Aina makan nasi kukus dengan ayam bakar dengan selera sekali. Orang dah pandai makan sendiri lah katakan...Bila Auni curi curi ambil ayam dia, punyalah bising mulut anak dara nih..hehehe


Auni makan peha ayam tapi sambil sambil tuh PU suap dia makan jugak.... 


Keluarga besar PU semua ada kecuali adik lelaki PU yang no.4, dia pergi Seremban ikut bos dia...Incik hubby pun takde sebab dia kerja. Demi negara tuh...

 
Pose sebelum balik.....Perut kenyang hati senang...hehehe.....

Kalau korang datang bercuti cuti Malaysia kat Port Dickson, korang boleh singgah ke Cowboy Place nih...Ada jugak topi koboi untuk dijual....Sebelum nak ke mandi manda kat pantai Telok Kemang, korang boleh nampak restoran nih kat tepi jalan sebelah kanan kalau korang datang dari arah KL-Seremban...Kalau dari Melaka terletak sebelah kanan jalan....Tapi agak tersorok sikit kena alert...Nak lagi senang, restoran nih berhadapan dengan JPAM kawasan Telok Kemang.

Rabu, 13 Jun 2012

Suami biasa vs Suami luar biasa

4:38:00 PTG 6 Comments

Korang nampak tak tulisan tuh???Kalau tak nampak ce klik pic untuk tumbesaran yang sihat ye..

Ahad, 10 Jun 2012

Ikut jejak langkah blogger blogger lain...Apa Kata Wanita Zamzarina TV1 promosi blog korang

11:09:00 PTG 9 Comments
Salam peeps!!!

Sedikit info mengenai rancangan Apa Kata Wanita Zamzarina

Masa & Hari : 3.00 pm - 4.00 pm (Ahad)
                                              1.00 pm - 2.00 pm (Jumaat - Ulangan)
        Bersiaran secara langsung di TV1 dan siaran ulangan di TV2


Hah...rasanya kan di kalangan blogger blogger kita mesti dah tahu mengenai rancangan APA KATA WANITA  bersama ZAMZARINA kan...Rancangan yang di siarkan setiap hari Ahad jam 3.00 petang. PU dapati ramai blogger yang tediri daripada kaum wanita terutamanya, blog mereka telah di promosi di rancangan ini...Sebelum ini, salah seorang kawan blogger yang PU kenal iaitu IntaNBerliaN, blognya telah dipromosikan pada 20 Mei 2012....So, berbekalkan semangat dan sokongan yang diberikan oleh kawan kawan blogger yang lain, PU pun nak ikut jejak IntaNBerliaN....

Nak tahu macam mana blog korang di promosi di Apa Kata Wanita? Untuk pengetahuan kawan kawan yang belum familiar dengan rancangan nih, rancangan ini memaparkan tentang wanita masa kini yang semakin maju ke hadapan. Jika dahulu peranan kaum wanita hanya di pandang sepi dan menganggap wanita hanya layak di dapur tetapi kini tidak lagi. Walaupun wanita dan dapur amat sinonim tetapi itu tidak menghalang daripada kaum wanita mengorak langkah maju ke hadapan.Masa kini, ramai wanita maju ke hadapan di dalam pelbagai bidang yang di ceburi.

Untuk pengetahuan semua, dalam Apa Kata Wanita ada satu segmen iaitu Ada IT, di mana dalam segmen Ada IT ada lagi satu slot iaitu Blog Pilihan. So, blog yang terpilih dan bertuah akan disiarkan dalam slot Ada IT.

Kalau korang nak tahu perkembangan lanjut rancangan Apa Kata Wanita, korang boleh lah LIKE page FB Apa Kata Wanita, www.facebook.com/ApaKataWanitaZamzarina. Zamzarina juga blogger seperti kita dan blog beliau ialah http://zamzarinazambri.blogspot.com. Jangan lupa LIKE page FB dan follow blog Zamzarina tau kalau nak tahu perkembangan lanjut mengenai Apa Kata Wanita dan pelbagai lagi informasi yang berguna untuk kaum wanita. 

Oh ya, sebelum terlupa...Korang nampak tak banner Zamzarina yang terletak cantik di sebelah kiri blog PU tuh...Ha...Untuk pengetahuan korang juga, Zamzarina menjalankan perniagaan menjual produk kesihatan Harmony sesuai untuk kegunaan suami isteri. Macam macam produk ada di jual di Harmony, tak percaya? Korang boleh klik banner tuh terus ataupun korang boleh klik link yang PU sertakan nih, http://www.harmony.com.my & http://www.harmonymall.com.my.

Korang nak blog di promosi di Apa Kata Wanita, email aje tentang blog korang di akwzamzarina@gmail.com. Semua blog layak di promosi tau! (Dulu PU rasa blog PU tak layak pun...hehehe)


Last but not least, jangan lupa tonton rancangan Apa Kata Wanita Zamzarina seperti masa dan hari yang PU state kan kat atas entry nih ya (^_*)

Nota kaki* PU dah pun terima email balasan daripada Zamzarina. Blog PU akan disiarkan pada slot yang kan datang tapi bila tuh masih belum tahu lagi. PU still tunggu email kedua. Sabar menunggu..Sabar tuh separuh daripada imankan....

Akhirnya dapat juga jumpa blogger nih satu family!!!

8:34:00 PG 9 Comments
Salam peeps!!

Seperti yang dijanjikan dekat nota kaki entry pertandingan bowling semalam, PU nak update pasal jumpa blogger gojes mommy kan kan....So, pagi pagi buta PU bangun update entry nih laju laju sementara budak kecil dua orang nih tidur...Lepas nih, baru mulakan operasi mengeluarkan peluh..hehehe...

Kalau korang perasan salah satu gambar pada entry pertandingan bowling semalam, PU ada tempekkan gambar hadiah untuk pertandingan tuh kan...Rasanya korang dah boleh agak kot siapa blogger yang PU dah jumpa tuh kan???

Pada yang tak boleh teka tuh, okey lah PU bagitau korang siapakah gerangan blogger tuh....PU dah pun berjumpa Cute Mum a.k.a Nurul Uyun, mummy Alisha...

Dah rezeki jumpa Cute Mum kan...Sebelum nih hampir hampir berjumpa sebab both of us pernah menang dalam contest InnerShine tapi Cute Mum tak dapat datang. So, PU dapat jumpa Nisa jer...

PU dapat jumpa Cute Mum sebab PU order pin bowling tuh kat dia la...Tuh pun thru FB aje..Mula mula PU dan officemate survey harga pin bowling tuh kat area Seremban tapi mahal. PU pun bagi idea order kat Cute Mum sebab memang tahu husband dia, Aima buat pin bowling dan harga pun murah kalau nak di bandingkan harga di pasaran. 

Pagi Jumaat lepas, PU dan officemate pergi la ke Sg Ramal Dalam nak ambil hadiah pin bowling yang dah siap tuh. Masa tuh, PU tak sangka akan jumpa Cute Mum, Aima dan si cilik yang bijak, Dania sebab sebelum tuh kat chat FB Cute Mum ada cakap dia tinggalkan pin bowling tuh kat rumah MIL dia sebab pagi Jumaat tuh diorang kerja. So, PU tak kisahlah kan sebab faham, masing masing bekerja. PU cuma contact dengan Aima via hp jer sebab nak tahu jalan ke rumah diorang....PU masa tuh tak fikir yang Aima pun ada kat rumah. PU fikir dia jadi orang perantaraan nak inform kat mak dia yang PU nak sampai dah...

Tapi tak sangka pulak, masa sampai kat rumah Cute Mum, Alisha dan Aima ada dekat rumah...Serius, mula mula nampak Alisha, PU terus senyum kat dia dan cubit cubit sayang pipi dia. PU dah lama nak jumpa Alisha face to face sebab geram tengok aksi dia dalam gambar. Comel jer...Geram geram...

Bila masuk rumah, terus lah PU discuss dengan Aima pasal pin bowling tuh. Time tuh, Cute Mum basuh pinggan. Bila dia datang dia salam kawan PU dulu, PU tak dan nak salam dengan dia sebab tengah discuss dengan Aima. Lepas tuh, baru dapat salam Cute Mum...Serius, memang Cute Mum a.k.a Uyun nih comel dan cute. Memang sesuai sangatlah nama Cute Mum dengan dia...

Selesai je, kitorang terus balik. Nak kejar masa...Memang takde masa nak snap gambar bagai. InsyaALLAH, one find day if ada rezeki berjumpa lagi..Hah, masa tuh ambil gambar puas puas sampai nak termuntah..hahaha

Nota kaki* Kitorang sesat masa nak cari Jalan Nazir nak ke rumah Cute Mum...Sebab konfius ada tiga jalan simpang 4. Sampai dua orang penduduk kat situ kitorang tanya mana satu Jalan Nazir..huhu...Rupa rupanya lorong rumah Cute Mum bersebelahan dengan Jalan Imam. Jalannya memang kecil, kalau tak alert dan perasan memang boleh terlajak..hehehe..

Sabtu, 9 Jun 2012

Pertandingan bowling warga BAKA Kontinjen N.Sembilan 2012

9:22:00 PTG 6 Comments
Salam peeps!!!

Petang semalam, office PU ada pertandingan bowling di Ampang Bowl Seremban Parade...Acara yang sepatutnya bermula 2.30 petang terpaksa ditunda ke jam 3.00 petang sebab ada beberapa masalah teknikal...Actually aktiviti bowling nih merupakan aktiviti tahunan program BAKA tempat PU bertugas. Setiap tahun, admin BAKA akan menganjurkan boling nih....

Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan lancar. Pertandingan nih tamat lebih kurang jam 5.00 petang...Jom layan gambar gambar sepanjang pertandingan...Takde idea nak taip panjang panjang..huhuhu...


Hadiah istimewa untuk para pemenang dang pengkalah...hahaha..Kira semua dapatlah kan..Fair..Sangat puas hati dengan piala pin bowling nih tau...Big boss siap puji lagi hadiah nih cantik...hehehe


Ce teka mana satu incik hubby PU...Dua jejaka yang tak berapa jejaka beradu tenaga..hahaha...


PU dengan officemate....Imam kesayangan Dato'...Bujang nih..Ada sesiapa nak buat calon adik ipar....hehehe          






Wif my officemate juga Nur...




Sesi pengiraan markah....PU di bantu officemate, Ustaz Nizam a.k.a abe Nije...hehehe

 

Group BAKA + family Kontinjen Negeri Sembilan. Actually ramai lagi sebenarnya warga BAKA tapi tak dapat join sebab cuti sekolah kan..faham faham jelah...hehehe....

Walaupun tak menang, PU puas hati sangat sangat...Sekurang kurang dapat bawak balik hadiah pin bowling saguhati..Sama dengan incik hubby..hehehe

Nota kaki* Next entry PU nak update pasal PU berjumpa seorang blogger mommy gojes..Siapakah dia? Tungguuuuu........

Khamis, 7 Jun 2012

KELEBIHAN berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

4:28:00 PTG 3 Comments
Untuk perkongsian bersama kawan kawan blogger yang lain...


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa,, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.?

Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.