Teringin anak kembar | Kawan kawan tahu tak bagaimana caranya nak dapatkan anak kembar

Petang tadi sempat la PU shopping barang untuk pastry di TF. Masa tengah ronda ronda nak cari sosej, PU terserempak dengan kawan sekolah dulu. Tak sangka dia dah ada baby. Borak punya borak, rupa rupanya anak dia kembar seiras. Baby boy dan lahir normal. Sangat sangat teruja.

Walaupun sekarang nih PU mengamalkan perancang keluarga dengan mengambil pil, itu tak bermakna PU tak nak pregnant lagi ye. PU memang nak pregnant tapi tunggu Aina dan Auni besar dan pandai berdikari. Senang nanti bila dah ada adik baru, PU boleh harapkan Aina dan Auni bantu sikit sikit ye tak?

Sekarang nih PU dah ada dua gugurl, kalau boleh lepas nih nak boboi lak. Incik hubby memang nak sangat anak lelaki. Dia selalu bergurau dengan PU, kalau dapat anak lelaki, diorang la penyambung waris keturunan FADELI...Ayat memang tak boleh blah..

Dan kalau boleh PU nak dapat anak lelaki dan kembar. Senang kan. Keluar dua orang terus walaupun hakikat sebenarnya PU takut bila dengar orang pregnant kembar nih. Sebabnya fikir majoriti bersalin anak kembar melalui pembedahan, pastu tengok pengalaman orang beranak kembar nih agak payah dan perlu pengorbanan yang tinggi untuk jaga anak kembar nih.

Sebelah family PU ada jugak kembar tapi tak seiras la. Tuh pun kira pangkat moyang la. Sebelah incik hubby memang ramai kembar. Sepupu sepapat la, makcik la, ishh memang ramai yang kembar..Walaupun kira saudara jauh tapi tak mustahil kan nak ikut jejak langkah diorang. Teringin juga nak merasa punya dan jaga anak kembar nih...

Bila tengok ramai kawan kawan blogger yang pregnant, perasaan nak pregnant tuh membuak buak tapi bila teringat kembali perancangan PU, PU terpaksa melupakan hasrat nak pregnant tuh dulu. Sekarang nih PU nak tumpukan perhatian pada Aina dan Auni di samping nak sambung degree tahun depan, insyaALLAH.

Agak agak kawan kawan ada tak terbaca mana mana info mengenai cara mendapatka anak kembar. Bila dah bersedia nak pregnant nanti, PU memang harap sangat sangat dapat anak kembar. tentu incik hubby seronok. Jika ALLAH izinkan, lepas nih PU nak dapat anak lelaki dan kembar terus. Pastu, PU dah boleh rehat panjang la kan...Dah cukup kuota, 2 perempuan 2 lelaki....

1 comments:

  1. Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
    Hanya RM1/pcs
    lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.