Jumaat, 18 Mei 2012

Tahu tak apa itu "GOGOK"?

Haa.....Mesti ada yang tertanya tanya apa itu gogok? Bahasa nih mungkin juga boleh di kategorikan sebagai bahasa pasar....Dan mungkin ada sesetengah tempat tahu apa yang dimaksudkan apa itu gogok.

Kat area kampung PU, kitorang memang sudah biasa menggunakan perkataan gogok nih. Kalau orang luar dengar, mungkin ada yang terpinga pinga dan tertanya tanya...Gogok?Apa tuh?Haa...meh sini rapat rapat, baca entry PU nih...PU nak terangkan kat korang bagi jelas sikit.....


ihsan pakcik google

Korang nampak tak apa yang sedang dilakukan wanita kat gambar di atas nih???Minum air dari botol kan???

Tahu tak korang apa yang dilakukan wanita kat atas nih dinamakan gogok? GOGOK tuh maksudnya minum air dari botol tanpa menuangkan air dalam botol tuh kat dalam cawan...Faham tak maksud PU nih?Ke berbelit belit ayat PU nih korang nak faham...huhu..Apa la PU nih kan...Pendek kata, secara ringkasnya gogok tuh maksudnya minum air dari botol la....

Family PU pantang kalau air dalam botol (yang disejukkan dalam fridge), digogok oleh sesiapa saja manusia yang kehausan...Kalau nak minum air sejuk dalam botol, kena tuang dalam gelas or cawan dulu..Baru minum...Cuba bayangkan kalau banyak mulut yang gogok air tuh???Agak agak korang, korang nak tak minum air dalam botol tuh...hehehe

So, dah jelaskan apa yang dimaksudkan dengan gogok tuh? Lepas nih, kalau korang ada terdengar orang cakap gogok kat area Port Dickson nih, taklah korang terpinga pinga lagi kan...


3 ulasan:

  1. hihihi Cik rose ajar anak cik rose jangan gogok bekas air...tak elok...

    BalasPadam
  2. ooo itu pggil gogok... kalu org trg, panggil togok.. hihii

    BalasPadam
  3. tu la kalau area pantai timur panggil togok..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.