Kepala pelakon Yatt melekat pada sejadah

Subhanallah!!!Sungguh besar kekuasaanMU Ya ALLAH!!!

Renung renungkan...

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

Teringat kata kata seseorang....

Pakailah tudung walau terpaksa. Bersolatlah walau terpaksa. Puasalah walau terpaksa...Kerana terpaksa itu akan jadi kebiasaan suatu hari nanti.....

6 comments:

  1. Ya Allah ya Tuhanku... beruntungnya Yatt ni.. dpt tgk semua tu.. sedikit sebnyak ia akn buat kita sentiasa mendekati NYA..

    p/s : betoi ke pu nk tlg ambik?.. nak nak.. hihii.. thanks :-)

    ohya, pu, sy nak tanya pu sikit.. pu tau tak, kalu saiz video kita tu besar.. kita boleh kecikkan tak saiz video yer?.. maksudnya dr MG ke KB

    BalasPadam
  2. @InTaNBerliaN betul la IB...okeh nti PU amikkan...

    BalasPadam
  3. Masya-Allah beruntungnya Yatt. Semoga Allah mengampunkan dosanya terdahulu dan semoga dengan cerita ini meningkatkan keinsafan kita.

    BalasPadam
  4. Masya-Allah beruntungnya Yatt. Semoga Allah mengampunkan dosanya terdahulu dan semoga dengan cerita ini meningkatkan keinsafan kita.

    BalasPadam
  5. sunguh..da iktibar ye cerita ni pada wanita3 termaksud diri sendiri...
    takut juga baca ni..err

    BalasPadam
  6. Beruntung betul Yatt...Allah tunjukkan jalan supaya dia bertaubat huhuhu terharu membacanya...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.