Resipi Kek Coklat Moist Kukus yang Sedap dan Lembut | Malam tadi di lorong perumahan ada buat jamuan. Kiranya jamuan ni dibuat kali ke dua sempena meraikan jiran yang akan berpindah ke rumah mereka yang baru siap di Nusari Aman 2. Tak jauh sebenarnya kawasan Nusari Bayu dan Nusari Aman. Selain daripada tu nak berkenalan dengan jiran jiran yang baru menyewa dan pindah di lorong perumahan.
Bab makanan setiap sebuah rumah kena sediakan potluck. Mimi macam biasa kena buat kek atas permintaan jiran sebelah rumah. Gigih sungguh buat kek dengan anak anak kecil yang melasak. Jom baca entry selanjutnya untuk resipi kek coklat moist kukus sedap dan lembut ni.
Resipi Kek Coklat Moist
Untuk pengetahuan semua resipi Choc Moist Cake kali ini diubah sikit bahan bahannya. Sebelum ni, bahan bahan Choc Moist Cake ada di kongsikan di entry nih.
Resipi Choc Moist Cake
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1sdt bikarbonat soda
Ayak semua bahan
Bahan B
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan air panas
1 cawan air biasa
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
4 sdb susu tepung
3 sdb Milo
Masak kesemua bahan B dalam periuk di atas api yang perlahan sehingga sebati.
Bahan C
2 biji telur gred A
1sdt esen vanila
Cara membuat
1. Pukul 2 biji telur sehingga berbuih dan masukkan esen vanila. Pukul sebati.
2.Kemudian masukkan bahan B yang telah dimasak tadi ke dalam telur dan gaul hingga sebati.
3.Akhir sekali, masukkan bahan A ke dalam adunan, mix hingga sebati.
4.Masukkan adunan ke dalam loyang yang di alas baking paper dan di gris. Kukus selama satu jam atau sehingga masak.
Tips * Nak pastikan kek betul betul dah masak, cucuk lidi kat tengah tengah kek. Kalau melekat kat lidi, maknanya kek belum masak sempurna lagi. Kalau dah tak melekat maknanya dah masak.
2 Comments
olo..nampk sedap la pulok..
ReplyDeletewlupun rupa xberapa nk ade, tp rasanye mesti sedap kan..huu teringin nak geget sikit kek tu haha
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com