Ingatkan Aina ada masalah sembelit rupa rupanya.....ermmmm

Sebelum nih Aina ada masalah buang air besar..Bila tengok dia pegang perut dan cakap "Ma, kit." PU dah agak mesti dia nak buang air besar, so PU akan cakap "Buang ajelah." Tapi tunggu punya tunggu tak jugak dia buang air besar..PU dah risau, apa lagi terus capai ubat pancut masuk kat punggung dia. Apa lagi Aina meraung la...Raungan dia jangan cakap la...PU tengok pun nak nangis sebab PU tahu betapa sakit dan seksanya bila kena sembelit dan najis kita tuh keras.....nak nak masuk ubat pancut tuh, perut confirm menggelodak sakit...Sungguh memang PU tak sampai hati tengok keadaan Aina masa tuh. Bila najis dia dah keluar, PU lega sangat sangat.

Tapi PU fikir sekali tuh jelah Aina sembelit tapi rupa rupanya berlanjutan sampai seminggu lebih. Bila pegang ubat pancut tuh, Aina akan jerit sambil menggeleng gelengkan kepalanya sambil jerit "Tak nak! Tak nak!".Korang nak tahu cara Aina bagi isyarat bila dia nak buang air besar. Dia akan letak tangan kiri @ tangan kanan dia kat punggung sambil tuh jalan ke hulur ke hilir. So, time tuh PU memang tahu dia memang nak buang air besar. Tapi bila tengok tak juga dia membuang, automatik la Ummi dia fikir najis dia keraskan...

PU yang tak tahu apa apa nih terus buka pampers Aina dan sambil tuh urut urut perut dia..Bila tengok dia teran tuh, Ya ALLAH sayunya hati....PU fikir sampai bila la keadaan Aina nak jadi macam nih....

Tapikan suatu hari tuh, PU terfikir why not PU ajar Aina buang air besar kat toilet untuk memudahkan Aina buang air besar. Rumah PU ada dua jenis toilet...Satu toilet jenis duduk dan satu lagi jenis cangkung. PU ajar Aina guna toilet cangkung, senang dia nak buang memandangkan dia kerap kena sembelit. Bila PU tengok Aina membuang senang pula najis tuh keluar. Selama nih PU fikir Aina kena sembelit, rupa rupanya dia nak belajar membuang dekat toilet. Dah tak nak buang dalam pampers sebab dia geli. Adoiii la...PU nih lambat sangat tangkap maksud Aina...

Kesian Aina, selama nih PU fikir dia sembelit dan najis keras, punya la sesuka hati cucuk punggung dia dengan ubat pancut tuh...Punya la Aina menahan sakit penangan ubat pancut tuh.....Rupa rupanya dia mula nak belajar membuang kat toilet....Ikutkan najis dia bukan keras mana pun, PU jer terover risau...Yelah, anak kan, hati ibu mana tak risau...Sedangkan kita yang dah tua bangka nih kalau kena sembelit dah menangis tahan sakit ini kan pulak budak sekecil Aina tuh....

Selepas kejadian tuh, kalau sakit perut nak membuang Aina akan cakap " Kit." sambil pegang perut dan tunjuk toilet. Maknanya PU tahu la dia membuang.....

Nota kaki* Macam macam cara anak anak kita beritahu kita kalau jadi something kan??



Post a Comment

5 Comments

  1. huhu..cian aina..yela..mana ler kita nak tau dia xnak berak dalam pampers.. kl saya pun risau kalau anak sembelit..maklumler, saya sendiri pernah sampai berdarah2..sakit x yah cakap ler...

    ReplyDelete
  2. laaa yeke.. tp biasalah pu.. ank 1st nak belajo buang dkt tandas.. kita lum ada pengalaman kan.. tu yg kita xtau...

    ReplyDelete
  3. la..sian dia tak pasal2 kena sumbat ubat..patut lah dia taknak..mmg kita risau giler kalau anak kena sembelit sebab kita sendiri yg alami pun sakit..

    ReplyDelete
  4. ohhhh....macamtu rupanye tanda2 si anak nak yak kat toilet ehh ehehe
    comel lah..
    tp sampai hati mak dia p cucuk ubat sembelit tu..tak pasal2 kena cucuk si kecik tu ehehe

    ReplyDelete
  5. Kesian Aina kena cucuk ubat sembelit ya...hihihi kelakar pulak rasanya...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com