Sabtu, 26 Mei 2012

i-City | Sampai juga kat sini tapi..............

Entry yang agak basi...Dah memang perangai macam nih kan suka sangat peram entry berminggu minggu...Tak berupdate pun...Bukan apa kan..Bila nak update idea nak menaip tuh takde....Sementara ada nih baik update laju laju..huhu

Masa cuti Labour Day lepas, PU sekeluarga hantar adik PU no.3 balik KL selepas 5 hari dia balik kampung kat PD. Lepas hantar dia balik, kitorang menuju ke Shah Alam...Tengok langit gelap semacam je...Dalam hati dah berkata kata nak hujan la nih. Lima minit lepas tuh, hujan turun dengan lebat..Agak frust di situ ye...Kesian dekat Aina dan Auni...Dah lama tak bawa diorang nih berjalan jalan. Bila dah ada kesempatan macam nih, hujan la pula kan. Tapi, hati ummi diorang tetap berdoa agar hujan akan berhenti.

Dari tepi jalan dah nampak i-City nih tapi incik hubby boleh tersalah masuk jalan, so terpaksa la kitorang berpatah semula. Jauh jugak nak pusing tuh...(tak la jauh mana pun tapi disebabkan jammed, nampak jauh la kan...huhuhu)

Alhamdulillah sampai jugak kitorang kat sini. Sangat teruja tengok lampu lampu yang multi colour nih. Yang paling seronok Auni la. Aina mula mula takut tengok patung patung haiwan besar tapi lama lama dia ok. Ada satu tempat yang kitorang nak masuk tapi agak frust sebab hajat kitorang tuh tak tertunai. 


Auni punya excited sampaikan tak dan nak pakai kasut. Terus berjalan sana sini....


Auni tak takut pun naik harimau nih..hehehe






Melopong mulut Aina..Tak tahu la apa benda yang teruja sangat sampai mulut melopong gitu....hehehe


Sangat sangat teruja tengok lighting tree nih....Kan best kalau kidnap poko nih letak depan rumah..Mesti cantik...hahaha




Kitorang nak masuk SnowWalk tapi disebabkan Aina dan Auni berumur bawah tiga tahun, makanya terpaksa la ummi dan abi dia melupakan hajat. Tengok dari luar pun jadi la kan.....Kitorang tak lama pun kat situ. Sebelum balik sempat juga temankan Aina dan Auni naik keretapi..Haiyak pusing pusing banyak kali, ummi diorang dah pening. Abi jadi mandor tengok dari tepi gelakkan ummi. Apa pun tak boleh....

Lepas dah main keretapi, Aina dan Auni main kereta yang siap ada muzik tuh, Abi dia pulak tunjuk skill main game menembak. PU tukang tengok aje...Lepas tuh, PU belikan Aina dan Auni belon Hello Kitty & Angry Bird dan terus balik....

2 ulasan:

  1. macam seronok jugak ye I-city tu..hehe~

    BalasPadam
  2. dah lama tak pergi i city tu..makin meriah tengok...macam-macam dah ada..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.